Arda Güler (sebutan Turki: [aɾˈda ˈɟylæɾ] ( dengar); lahir 25 Februari 2005) ialah pemain bola sepak Türkiye yang bermain di barisan tengah penyerang untuk kelab La Liga Real Madrid dan pasukan kebangsaan Türkiye.

Arda Güler
Foto Güler pada tahun 2022
Maklumat peribadi
Nama penuh Arda Güler
Tarikh lahir (2005-02-25) 25 Februari 2005 (umur 19)
Tempat lahir Altındağ, Ankara, Türkiye
Ketinggian 175 cm (5 ka 9 in)
Posisi permainan Tengah penyerang[1]
Maklumat kelab
Kelab terkini
Real Madrid
Nombor 24
Kerjaya remaja
2014–2019 Gençlerbirliği
2019–2021 Fenerbahçe
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2021–2023 Fenerbahçe 32 (7)
2023– Real Madrid 0 (0)
Pasukan kebangsaan
2021–2022 Türkiye B-17 10 (4)
2022– Türkiye 4 (1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 11 Jun 2023
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 19 Jun 2023

Kerjaya kelab sunting

Kerjaya belia sunting

Güler memulakan kerjaya bola sepaknya dengan menyertai kelab tempatan Ankara, Gençlerbirliği tahun 2014.[2] Ia berpindah ke Istanbul pada tahun 2019 bagi menyertai pasukan belia Fenerbahçe ketika berusia 14 tahun.[2]

Fenerbahçe sunting

Güler menandatangani kontrak profesional pertamanya, sepanjang dua setengah tahun bagi membersamai perlawanan Fenerbahçe, pasa 13 Januari 2021.[3] Di negaranya ia diakui sebagai kanak menakjubkan dan dianggap membawa harapan besar bagi negara untuk selanjutnya.[4]

Musim perlawanan 2021–22 sunting

Penampilan perdana kelab senior Güler bermula pada perlawanan menentang kelab Finland Helsingin Jalkapalloklubi pada Pusingan Play-Off yang diadakan Stadium Şükrü Saracoğlu pada 19 Ogos 2021, mata perlawanan tamat 1–0 bagi Fenerbahçe.[5] Pada perlawanan pertama di Süper Lig tiga hari selepasnya, dia membantu Miha Zajc menjaringkan gol pembeza di minit kritikal dan memenangi perlawanan.[perlu rujukan]

Pada bulan Mac 2022, Güler rasmi diiktiraf sebagai penjaring gol Süper Lig termuda dalam sejarah kejohanan. Setakat Mei 2022, Güler telah mengasas 3 jaringan gol dan membantu 3 jaringan gol tercipta dengan hanya bermain selama 255 minit sahaja. Ramai daripada pencari bakat belia dari kelab-kelab kelas dunia dari Eropah yang ingin menjemputnya menyertai skuad mereka, kelab-kelab seperti: Arsenal, A.C. Milan, Bayern Munich, Borussia Dortmund, Barcelona dan Ajax Amsterdam menunjukan keinginan bagi membelinya.[6][7][8]

Musim perlawanan 2022–23 sunting

Bersaranya Mesut Özil sebagai pemain bola sepak ialah bermulanya Süper Lig 2022-23 bagi Fenerbahçe. Güler mendapat nombor punggung 10, bagi penyokong kelab, nombor itu memiliki kekhasan sendiri kerana pernah dipakai oleh johan pahlawan Fenerbahçe seperti Alex de Souza dan Jay-Jay Okocha.[9] Pada perlawanan musim pertama menentang Kasımpaşa, dia menjaringkan berani semasa 21 minit penampilan di padangnya.[10] Pada tarikh 3 November 2022, dia menjaringkan gol perdananya di kejohanan Europah, dan membantu jaringan gol dalam kemenangan 0–2 menentang Dynamo Kyiv di Peringkat Kumpulan Piala Europa UEFA.[11]

Pada 11 Jun 2023, Güler menjadi pemain terbaik di padang selepas memenangi perlawanan 2–0 di pentas akhir Türkiye Kupası 2022-23 menentang İstanbul Başakşehir.[12]

Selepas kempen kejohanan bola sepak itu, Güler memberikan salam perpisahan dalam muat naik akaunnya di Instagram.[13]

Real Madrid sunting

Pada 6 Julai 2023, Güler telah menandatangani kontrak bersama kelab La Liga Real Madrid dan tertulis bahawa ia akan menyertai kelab dalam kesepakatan itu selama 6 tahun sampai bulan Jun 2029.[14][15] Pada akhir 2023, selepas ramainya skuad utama yang mendapat cedera Güler pun memulakan debutnya pada perlawanan Real Madrid dalam kejohanan Copa del Rey menentang Arandina pada 6 Januari 2024,[16] membantu kelab atas kemenangan dengan mata 3–1.[17][18]

Pada 14 Januari 2024, Güler memenangi piala pertamanya bersama Real Madrid dalam pentas akhir Pentas Akhir Supercopa de España sederum El Classico. Pada perlawanan itu Real Madrid berjaya menewaskan saingan lama mereka, Barcelona dengan mata berkesan 4–1.[19][20]

Kerjaya antarabangsa sunting

Güler telah tampil dalam perlawanan antarabangsa belia Türkiye sejak awal 2021 bagi Türkiye B-17, kemudian dinaikan taraf kepada Türkiye B-21 di usianya yang ke-16 tahun. Güler memulakan penampilan perdana seniornya bagi Türkiye pada tarikh 19 November 2022 di usianya yang ke 17 tahun, dalam perlawanan pertunjukan 2–1 menentang Republik Czech. Dia menjaringkan gol pertama semasa menentang Wales di Kelayakan UEFA EURO 2024 pada tarikh 19 Jun 2023, saat berusia 18 tahun.[21]

Pencapaian sunting

Fenerbahçe

Real Madrid

Rujukan sunting

  1. ^ "Arda Güler". UEFA. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 August 2021. Dicapai pada 20 August 2021.
  2. ^ a b "Son dakika! Fenerbahçe, Arda Güler için Gençlerbirliği ile anlaştı! İşte ödenecek rakam..." Habertürk. 15 December 2022. Dicapai pada 31 January 2023.
  3. ^ "Altyapı futbolcumuz Arda Güler'le profesyonel sözleşme imzalandı" [A professional contract has been signed with our infrastructural player Arda Güler] (dalam bahasa Turki). Fenerbahçe S.K. 13 January 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 August 2021. Dicapai pada 20 February 2021.
  4. ^ "Arda Guler: The Turkish wonderkid the whole of Europe wants to sign". Goal (website). 19 April 2022.
  5. ^ "Fenerbahçe (TUR) 1–0 HJK (Finland)". UEFA. 19 August 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 August 2021. Dicapai pada 20 August 2021.
  6. ^ "Arda Guler: The Turkish wonderkid the whole of Europe wants to sign". Goal (website). Dicapai pada 18 August 2022.
  7. ^ Sport (6 June 2022). "PSG join Barça on the list of clubs that want Arda Guler". sport. Dicapai pada 18 August 2022.
  8. ^ "Fenerbahçe Yolunuz Açık Olsun… Armamızla, Uzun Yıllar Nice Başarılara – Fenerbahçe Spor Kulübü". Dicapai pada 28 June 2023.
  9. ^ "Fenerbahçede yeni on numara Arda Güler!". Fanatik. 8 August 2022. Dicapai pada 18 August 2022.
  10. ^ "Kasımpaşa vs Fenerbahçe (0–6) Aug 15, 2022 Match Stats". FootballCritic. Dicapai pada 18 August 2022.
  11. ^ "Dynamo Kyiv 0–2 Fenerbahçe". UEFA. 3 November 2022.
  12. ^ a b "Fenerbahçe-Başakşehir finaline Arda Güler damgası!". 11 June 2023.
  13. ^ Garlan, Victor (6 July 2023). "Arda Güler fait ses adieux au Fenerbahçe". Foot Mercato (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 6 July 2023.
  14. ^ "Official Announcement: Arda Güler". Real Madrid C.F. 6 July 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-07-08. Dicapai pada 6 July 2023.
  15. ^ "Arda Güler becomes a Real Madrid player". Real Madrid. Dicapai pada 6 July 2023.
  16. ^ "Madrid will be patient with Guler after debut, boss Ancelotti says". Reuters. 2024-01-07. Dicapai pada 2024-01-07.
  17. ^ "Madrid book place in Copa del Rey last 16". Real Madrid C.F. (dalam bahasa Inggeris). 2024-01-06. Dicapai pada 2024-01-07.
  18. ^ "Atletico, Real win to advance to Spanish Cup last 16, Betis knocked out". Reuters. 2024-01-06. Dicapai pada 2024-01-07.
  19. ^ "Spanish Super Cup champions!". Real Madrid C.F. (dalam bahasa Inggeris). 2024-01-14. Dicapai pada 2024-01-15.
  20. ^ "Arda Güler, Real Madrid ile ilk kupasını kazandı!". beIN Sports (dalam bahasa Turki). 2024-01-14. Dicapai pada 2024-01-15.
  21. ^ "Wales' Euro hopes in tatters after defeat in Turkey". BBC Sport. Dicapai pada 20 June 2023.
  22. ^ "Real Madrid win back their Super Cup crown (4-1)". Real Federación Española de Fútbol (dalam bahasa Inggeris). 2024-01-14. Dicapai pada 2024-01-15.