Arecibo, Puerto Rico

Arecibo (IPA Sepanyol: aɾeˈsiβo) ialah sebuah munisipaliti di pesisir pantai Lautan Atlantik pada sebelah utara Puerto Rico. Ia terletak lebih kurang 80 km dari San Juan, ibu negara Puerto Rico. Penduduknya seramai 96,000 (tahun 2010).

Arecibo juga dikenali sebagai La Villa del Capitán Correa (Villa Captain Correa) sempena wira Puerto Rico, Kapten Antonio de los Reyes Correa, seorang anggota Tentera Darat Sepanyol yang mempertahankan Arecibo semasa serangan British yang diketuai oleh laksamana muda William Whetstone pada 5 Ogos 1702. Laksamana Whetstone cuba menawan Arecibo dengan angkatan dua kapal Tentera Laut Diraja Britain dan 40 orang tentera. Kapten Correa menyerang hendap tentera Whetstone dan berjaya membunuh 22 orang kelasi. Kerugian Sepanyol hanya seorang maut dan tiga orang tercedera.

Balai Cerap Arecibo yang memuatkan teleskop radio terbesar di dunia, terletak di sini.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.