Artileri gerak sendiri

Artileri gerak sendiri (juga dipanggil sebagai artileri bergerak atau artileri lokomotif) merupakan sejenis kenderaan yang memboleh artileri untuk bergerak. Istilah ini merangkumi meriam gerak sendiri (atau howitzer) dan artileri roket. Ia merupakan kenderaan yang bermobiliti tinggi, biasanya menggunakan runut caterpillar dengan membawa sebuah meriam howitzer atau meriam medan yang besar, sebuah mortar atau di dalam bentuk pelancar roket atau peluru berpandu. Artileri gerak sendiri biasanya digunakan untuk pengeboman jaak jauh bagi menyokong pasukan di medan pertempuran.

Sebuah howitzer gerak sendiri, M109A6 Paladin milik Amerika Syarikat.
Panzerhaubitze 2000 adalah sebuah artileri gerak sendiri buatan Jerman.
SPA 2S19 Msta buatan Rusia.

Dahulunya, artileri gerak sendiri merangkumi kenderaan tembakan terus seperti meriam serbuan dan pemusnah kereta kebal. Kenderaan ini dilengkapi dengan perisai berat, yang memberi bantuan tembakan dekat untuk pasukan infantri dan kenderaan khusus bagi tugas anti kereta kebal.

Kenderaan artileri gerak sendiri moden meskipun menyerupai sebuah kereta kebal, ia secara umumnya memiliki perisai yang nipis, yang mana sukar melepaskan diri daripada tembakan terus di dalam pertempuran. Walau bagaimanapun, ia masih dapat melindungi krew daripada serpihan peluru dan senjata kecil dan kerana itu dikelaskan di dalam kenderaan tempur berperisai. Banyak kenderaan ini juga dipasang dengan mesingan untuk mempertahankan diri daripada tembakan infantri musuh.

Mortar sunting

 
Mortar Makmat 160 mm milik Pasukan Pertahanan Israel (rujuk kereta kebal Sherman).

Kebanyakan kenderaan menggunakan bantuan mortar asap untuk mempertahankan diri. Mengambil kira kenderaan membawa mortar sebagai senjata utama, beberapa kenderaan merupakan "pembawa" (pengangkut) mortar dan mortar ini boleh ditembak dari dalam kenderaan. Kenderaan yang dipasang mortar sebagai senjata utama dan boleh ditembak dari dalam kenderaan termasuk kenderaan separuh-runut M4 buatan Amerika Syarikat. Kereta kebal seperti Makmat milik Israel yang dipasang pada kerangka kereta kebal M4 Sherman juga memiliki versi yang dipasang dengan mortar.

Tentera Darat Rusia menggunakan mortar berat gerak sendiri 240 mm, 2S4 Tyulpan (Tulipin). Patria Hägglunds, satu usahasama di antara syarikat dari Finland Patria dan Sweden BAE Systems Hägglunds mengeluarkan AMOS (Sistem Mortar Termaju) yang mana merupakan satu turet mortar automatik 120mm berlaras kembar dari jenis suapan belakang.

Meriam dan howitzer sunting

 
Sebuah Bandkanon 1 buatan Sweden.

Artileri gerak sendiri kekal menjadi peralatan penting di dalam kebanyakan pasukan tentera moden. Ia memainkan peranan penting sepanjang tempoh Perang Dingin dan Perang Teluk.

Roket dan peluru berpandu sunting

Roket memiliki jarak yang lebih jauh dan membawa "kelongsong" yang lebih kompleks berbanding meriam disebabkan kerana kurang kekangan dari segi saiz kaliber. MLRS boleh digunakan bagi meranapkan satu kawasan yang luas dengan bom-bom kecil.

Lihat juga sunting

Nota sunting


Sumber sunting

  • Kungliga artilleriet: Det ridande artilleriet (1987) editor: Jonas Hedberg (summary in English) ISBN 91-85266-39-6

Pautan luar sunting