Formula struktur asid oksalik, asid dikarboksilik teringkas.

Asid dikarboksilik merupakan sebatian organik yang memiliki dua kumpulan karboksil, -COOH. Formula am asid dikarboksilik boleh ditulis sebagai HO2C(CH2)nCO2H,[1] di mana n ialah sifar atau lebih dan HO2C−R−CO2H, di mana R ialah sebatian aromatik mahupun alifatik. Asid-asid dikarboksilik secara umumnya memiliki sifat kimia dan kereaktifan yang serupa dengan asid karboksilik biasa.

Asid dikarboksilik digunakan dalam penghasilan kopolimer seperti asid adipik, sebatian pelopor kepada nilon. Sebatian dikarboksilik juga ditemui dalam alam sekitar seperti asid aspartik dan asid glutamik yang muncul sebagai asid amino dalam manusia.

Senarai asid dikarboksilikSunting

Asid dikarboksilik tepuSunting

Asid-asid dikarboksilik linear tepu
n Nama umum Nama IUPAC Struktur pKa1 pKa2 PubChem
0 Asid oksalik Asid etanadioik   1.27 4.27 971
1 Asid malonik Asid propanadioik   2.85 5.05 867
2 Asid suksinik Asid butanadioik   4.21 5.41 1110
3 Asid glutarik Asid pentanadioik   4.34 5.41 743
4 Asid adipik Asid heksanadioik   4.41 5.41 196
5 Asid pimelik Asid heptanadioik   4.50 5.43 385

Asid dikarboksilik tak tepuSunting

Jenis Nama umum Nama IUPAC Isomer Struktur
Monotak tepu Asid butenadioik Asid maleik Asid (Z)-butenadioik cis  
Asid fumarik Asid (E)-butenadioik trans  
Asid glutakonik Asid (Z)-pent-2-enadioik cis  
Asid (E)-pent-2-enadioik trans  

RujukanSunting

  1. ^ Boy Cornils, Peter Lappe "Dicarboxylic Acids, Aliphatic" in Ullmann's Encyclopedia of Industrial Chemistry 2006, Wiley-VCH, Weinheim. DOI:10.1002/14356007.a08_523