Asid karboksilik
Asid karbosilik merupakan sejenis asid organik yang disifatkan melalui kewujudan sekurang-kurangnya satu kumpulan karboksil.[1] Formula asas asid karbosilik ialah R-COOH, di mana R merujuk kepada kumpulan berfungsi monovalen. Sesebuah kumpulan karboksil merupakan kumpulan berfungsi yang terdiri daripada karbonil (RR'C=O) dan hidroksil (R-O-H), yang mempunyai formula kimia -C(=O)OH yang biasanya ditulis sebagai -COOH atau -CO2H.[2]
Asid karboksilik boleh mempunyai lebih dari satu kumpulan berfungsi. Asid karboksilik yang memiliki dua kumpulan karboksil dipanggil asid dikarboksilik (alkandioat), asid trikarboksilik (alkantrioat) jika tiga kumpulan tersebut dijumpai, dan begitulah seterusnya.
Senarai asid karboksilik
suntingBilangan atom karbon |
Nama umum | Nama IUPAC | Formula kimia | Kegunaan dan tempat umum |
---|---|---|---|---|
1 | Asid karbonik | Asid karbonik | OHCOOH | Darah dan tisu |
1 | Asid formik | Asid metanoik | HCOOH | Sengatan serangga |
2 | Asid asetik | Asid etanoik | CH3COOH | Cuka |
3 | Asid propionik | Asid propanoik | CH3CH2COOH | Pengawet bagi penyimpanan bijirin, bau badan dan bahan tenusu |
4 | Asid butirik | Asid butanoik | CH3(CH2)2COOH | Mentega |
5 | Asid valerik | Asid pentanoik | CH3(CH2)3COOH | Valerian |
6 | Asid kaproik | Asid heksanoik | CH3(CH2)4COOH | Lemak kambing |
7 | Asid enantik | Asid heptanoik | CH3(CH2)5COOH | |
8 | Asid kaprilik | Asid oktanoik | CH3(CH2)6COOH | Kelapa |
9 | Asid pelargonik | Asid nonanoik | CH3(CH2)7COOH | Pelargonium |
10 | Asid kaprik | Asid dekanoik | CH3(CH2)8COOH | Minyak kelapa dan isirong sawit |