Cuka (Jawi: چوک, pinjaman Sanskrit: चुक्र cukra[1]) adalah sejenis cecair yang sebahagian besarnya terdiri dari sebatian asid asetik dan air, asid ini dihasilkan melalui pemeraman etanol oleh bakteria asid asetik.[2][3] Ia masa kini digunakan di dapur, tetapi dalam sejarah, ia merupakan asid sederhana yang paling biasa didapati, ia memiliki pelbagai kegunaan pengilangan, perubatan, dan domestik.

Pelbagai cuka perisa dijual di Perancis (baris bawah)

Cuka pengilangan dihasilkan sama ada melalui proses penapaian pantas atau perlahan. Secara umum, kaedah perlahan digunakan dengan cuka tradisi, dan proses penapaian berlaku perlahan-lahan dalam tempoh beberapa minggu atau bulan. Tempoh penapaian lebih lama membenarkan pengumpulan lendir bukan toksin oleh bakteria asid asetik. Kaedah lebih pantas menambah induk cuka (contohnya kultur bakteria) pada sumber cecair sebelum menambah udara melalui sistem pam venturi atau turbin bagi menggalakkan proses pengudaraan untuk mendapatkan penapaian yang lebih pantas. Dalam proses penapaian pantas, cuka boleh dihasilkan dalam tempoh 20 jam hingga tiga hari.

Variati

sunting

Cuka putih

sunting

Lihat cuka suling

Cuka malt

sunting

Cuka malt, juga dikenali sebagai Alegar, dihasilkan menggunakan pemeraman barli, menyebabkan kandungan gula dalam bijiran bertukar menjadi maltosa. Kemudian ale disuling dari maltose dan dibiarkan menjadi cuka, yang kemudian diperam. Air cuka yang dihasilkan biasanya bewarna perang cerah.

Di United Kingdom, cuka malt merupakan bumbu tradisi bersama garam bagi memperisakan sajian kentang goreng baik yang jenis jejaro mahupun kerepek.

Cuka wain

sunting
 
Sebotol cuka sherry

Cuka wain biasanya dihasilkan dari wain merah atau putih, dan merupakan cuka paling biasa digunakan di negeri-negeri Mediterranean dan Eropah Tengah. Sebagaimana wain, terdapat julat rasa yang luas bagi mutu cuka yang dihasilkan. Cuka wain paling bermutu tinggi diperam dalam kayu sehingga dua tahun, dan menunjukkan perisa kompleks serta lembut. Cuka wain cenderung memiliki keasidan lebih rendah berbanding cuka putih atau apel. Kebanyakan cuka wain lebih mahal dibuat dari jenis wain tersendiri seperti cuka champagne, cuka sherry, atau pinot grigio.

Rujukan

sunting
  1. ^ Monier-Williams, Monier (1981). A Sanskrit-English Dictionary. Delhi, Varanasi, Patna: Motilal Banarsidass. m/s. 399. - melalui Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini. Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 54.
  2. ^ http://jb.oxfordjournals.org/content/46/9/1217.extract Studies on acetic acid-bacteria Retrieved Oct. 21, 2011.
  3. ^ Nakayama T (1959). "Studies on acetic acid-bacteria I. Biochemical studies on ethanol oxidation". J Biochem. 46 (9): 1217–25. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-27.

Pautan luar

sunting