Asif bin Barkhiya
Asif bin Barkhiya (Bahasa Arab: آصف بن برخيا ) dianggap sebagai seorang tokoh dalam kitab Islam yang membawa takhta Ratu Balqis kepada Raja Sulaiman "...dalam sekelip mata". Beliau dikatakan memegang peranan wazir mahkamah.[1] [2] Kisah ini kadangkala diceritakan dalam tradisi timur tengah, [3] namun lebih dikenali dalam bidang geologi dan kajian bentuk muka bumi. Tokoh itu sendiri tidak dapat dijelaskan latar belakangnya secara mendalam kerana sangat sedikit rujukan berkenaannya (ayat standard wahabi) ditemui dalam teks klasik selain daripada istilah samar-samar yang merujuk kepadanya dalam Al-Quran Bab 27. Walau bagaimanapun, beliau diterangkan dengan jelas dalam beberapa buku yang berkaitan dengan wahabism Islam atau Ruhaniyya. Contohnya, satu buku berjudul Al-Ajnas yang tampaknya dikaitkan secara langsung dengan Asif. Selain itu, beliau sangat dihormati sepanjang zaman oleh tradisi pentafsiran Al-Quran di mana kuasa yang dimilikinya dikaitkan dengan 99 Nama Allah. [1] [4] Beliau juga dipercayai oleh sejumlah sejarawan sebagai tokoh yang sama dengan Asaph Si Yahudi yang disebutkan dalam Alkitab Ibrani.[5]
Riwayat
suntingRiwayat al-Quran dalam Surah An-Naml Ayat 38-42 yang merujuk kepada Asif adalah seperti berikut:
Nabi Sulaiman berkata pula (kepada golongan bijak pandainya): "Wahai pegawai-pegawaiku, siapakah di antara kamu yang dapat membawa kepadaku singgahsananya sebelum mereka datang mengadapku dalam keadaan berserah diri (memeluk Islam)? Ayat 38
Berkatalah Ifrit dari golongan jin: "Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu, dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah". Ayat 39
Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: "Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata!" Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah ia: "Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah". Ayat 40
Nabi Sulaiman berkata pula (kepada orang-orangnya): "Ubahkanlah keadaan singgahsananya itu, supaya kita melihat adakah ia dapat mencapai pengetahuan yang sebenar (untuk mengenal singgahsananya itu) atau ia termasuk dalam golongan yang tidak dapat mencapai pengetahuan yang demikian". Ayat 41
Maka ketika ia datang mengadap, Nabi Sulaiman bertanya kepadanya: Serupa inikah singahsanamu?" Ia menjawab: "Boleh jadi inilah dia; dan kami telah diberikan ilmu pengetahuan sebelum berlakunya (mukjizat) ini, dan kami pula adalah tetap berserah diri (menjunjung perintah Allah)". Ayat 42
Tafsiran
suntingDisertasi Ibnu Kathir dalam Tafsir ibn Kathir: [6]
(Berkatalah pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari kitab Allah:)
Ibn Abbas berkata, "Ini adalah Asif, jurutulis Sulaiman."
Diriwayatkan juga oleh Muhammad bin Ishaq dari Yazid bin Ruman bahawa beliau adalah Asif bin Barkhiya, seorang mukmin yang benar (siddiq) yang mengetahui Nama Allah yang Maha Agung.
Qatadah berkata: "Beliau seorang yang beriman di antara manusia dan namanya Asif."
(Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata!)
Ertinya, angkatlah pandanganmu dan lihatlah sejauh mana yang kamu mampu, dan sebelum mata kamu letih dan hendak berkedip, kamu akan mendapatinya di hadapanmu.
Wahab bin Munabbih berkata, “Tutuplah matamu, belum sempat kamu berkedip, pasti aku sudah membawanya kepadamu. Mereka menceritakan bahawa baginda (Sulaiman) diperintahkan untuk memandang Yaman, tempat singgahsana yang dicari itu berada, kemudian baginda berdiri dan berwuduk serta berdoa kepada Allah.”
Muhahid berkata, “Baginda (Sulaiman) berdoa: Yaa dzal jalaali wal ikraam [Wahai Rabb yang memiliki keagungan dan kemuliaan].”
Az-Zuhri berkata: “Baginda (Sulaiman) berdoa: Yaa IlaHanaa wa ilaaHa kullu syai-in ilaaHaw waahidal laa ilaaHa illaa anta i’tunii bi’arsyiHaa (Wahai Tuhan kami dan Tuhan segala sesuatu, Tuhan yang Esa, tiada Tuhan kecuali Engkau, datangkanlah kepadaku singgahsananya). Lalu, ia dihadapkan pada penglihatannya.”
Tafsiran tersebut adalah terjemahan Bahasa Melayu daripada Bahasa Indonesia.
Dalam Kitab Al-Kafi, Imam Hasan al-Askari meriwayatkan bahawa Nama Allah yang Maha Agung mempunyai tujuh puluh tiga huruf dan Asif hanya mengetahui satu sahaja. Dengan hanya satu huruf itu, jarak antara beliau dengan takhta Ratu Balqis menyusut sehingga beliau dapat meletakkan takhta tersebut di hadapan Raja Sulaiman dan jarak itu kembali kepada sediakala sebelum mata dapat berkedip. Al-Askari kemudiannya menyatakan lagi bahawa para Imam Ahlul Bait mengetahui tujuh puluh dua huruf dan huruf terakhir disimpan khas di sisi Allah sebagai pengetahuan tentang ilmu ghaib. [7]
Alkitab
suntingLihat juga Asaph anak Berachiah dan Asaph Si Yahudi.
Rujukan
sunting- ^ a b Richard F. Burton, Book of the Thousand Nights and a Night: vol. I, Kissinger Publishing Co, 2003, p. 42
- ^ S Bağci, Muqarnas, 1995
- ^ "Sulaymān b. Dāwūd". Encyclopædia of Islam. "Later legendary lore has magnified all this material..."
- ^ Jacob Lassner, Demonizing the Queen of Sheba: Boundaries of Gender and Culture in Postbiblical Judaism and Medieval Islam, University of Chicago Press, 1993, p. 107
- ^ Lieber, Elinor (1984). "Asaf's "Book of Medicines": A Hebrew Encyclopedia of Greek and Jewish Medicine, Possibly Compiled in Byzantium on an Indian Model". Dumbarton Oaks Papers. 38: 233–249. doi:10.2307/1291508. ISSN 0070-7546. JSTOR 1291508.
- ^ "How the Throne of Bilqis was brought in an Instant". theholybook.org. Dicapai pada January 15, 2012.
- ^ Al-Kulayni, Abu Ja’far Muhammad ibn Ya’qub (2015). Kitab al-Kafi. South Huntington, NY: The Islamic Seminary Inc. ISBN 9780991430864.