Askar kolonial atau tentera kolonial merujuk kepada pelbagai unit tentera yang di direkrut dari ataupun digunakan sebagai anggota garison di wilayah-wilayah kolonial.

Latar belakang kolonial sunting

Koloni-koloni mungkin terletak di luar negara penjajah ataupun di kawasan yang dikuasai oleh kuasa-kuasa darat seperti China atau Rusia. Askar kolonial digunakan oleh kuasa-kuasa Imperial sama ada yang kuno, seperti Rum, atau moden, seperti Great Britain, Perancis, Belanda, Denmark, Amerika Syarikat Jerman, Itali, Sepanyol dan Portugal. Ada kalanya tentera ini direkrut di bawah ketua-ketua tempatan sebagai anggota tambahan (auksiliari), dan ada kalanya mereka direkrut terus dan dibayar gaji dan berkhidmat di bawah pemerintahan pegawai-pegawai kolonial. Tentera kolonial ini perlu dilihat sebagai sebahagian daripada sistem projeksi kuasa yang lebih luas, yang mungkin termasuk rantaian pangkalan-pangkalan luar negara dan stesen-stesen minyak, kapal, pesawat, sistem perikatan dan kekuatan fiskal.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ Karl Hack and Tobias Rettig 2006, eds, Colonial Armies in Southeast Asia

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.