Asmara 2 (drama)
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. (Januari 2021) (Ketahui bagaimana dan bila untuk membuang pesanan templat ini) |
Asmara 2 adalah sebuah drama dari kesinambungan Asmara yang pertama ditayangkan pada tahun 2011. Drama ini diarahkan oleh Heykal Hanafiah.
Asmara 2 (drama) | |
---|---|
Pengarah | Heykal Hanafiah |
Dibintangi oleh | Shahz Jaszle Faezah Elai Faralyna Idris Fezrul Khan Fiza Abdul Halim |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Malaysia |
Bilangan episod | 13 Episod |
Penerbitan | |
Penerbit | Rosyam Nor |
Tempoh siaran | Selasa, 9.00 malam |
Syarikat penerbitan | Suhan Movies |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 (Slot Lestary) |
Siaran asal | 8 Mac 2011 – 31 Mei 2011 |
Kronologi | |
Mengikuti | Hani |
Diikuti oleh | Ana lu'lu |
PlotSunting
Jalan cerita (sinopsis) untuk musim ke-2 ini lebih kurang untuk merungkai rahsia “kematian” Zaliya dan kesudahan kisah cinta tiga segi antara Asmara, Zaliya dan Melati. Dalam musim sebelumnya, Asmara seperti kehilangan semangat dan menjadi murung. Nek Mah sentiasa mengingatkan Asmara tentang tanggungjawabnya kepada Adam (anak Zaliya). Zaliya yang dianggap sudah meninggal dunia sebenarnya berada dalam koma kerana Sahlan sengaja menyembunyikannya daripada pengetahuan Asmara. Sahlan mahu menyingkir Asmara daripada kehidupan Zaliya buat selama-lamanya dan enggan mengakui Adam sebagai cucunya. Selepas tiga bulan, Asmara mengambil keputusan untuk mengahwini Melati atas desakan semua dan demi Adam. Pada hari perkahwinan Asmara dengan Melati, Zaliya sedar dari koma. Zaliya kecewa kerana Asmara menganggapnya sudah mati dan anaknya kini dalam jagaan Asmara. Zaliya memulakan kehidupan baru dengan semangat positif atas bantuan kakaknya, Tria. Suatu hari, Asmara terserempak dengan Zaliya tetapi Zaliya berjaya menyembunyikan rahsianya. Sejak itu, fikiran Asmara terganggu kerana wajah Suhana saling tidak tumpah seperti Zaliya. Melati yang kini sudah hamil sedar bahawa Asmara masih mencintai Zaliya. Masing-masing sengsara dengan perasaan cinta, cemburu dan prasangka tanpa menyedari muslihat Ferhad yang akan membahayakan nyawa si kecil yang tidak berdosa.
PelakonSunting
- Shahz Jaszle sebagai Asmara
- Faezah Elai sebagai Zaliya / Suhana
- Faralyna Idris sebagai Melati
- Fezrul Khan sebagai Ferhad
- Fiza Halim sebagai Tria
- Marsha Londoh sebagai Zira
- Hairul Azreen sebagai Fikri
- Marissa Yasmin sebagai Noreen
- Fauziah Nawi
- Dian P. Ramlee
- Rahim Jailani