Koordinat: 28°12′N 177°21′W / 28.200°N 177.350°W / 28.200; -177.350

Atol Midway (bahasa Inggeris: Midway Atoll) ialah sebuah atol yang terletak di Lautan Pasifik bahagian utara (berdekatan hujung barat laut Kepulauan Hawaii), sekitar satu pertiga jarak perjalanan antara Honolulu dan Tokyo. Garisan Tarikh Antarabangsa terletak 140 batu nautika di sebelah barat. Atol ini berpenduduk 40 orang (2004, tiada penduduk pribumi) ini terdiri dari karang penghalang berbentuk cincin dan beberapa pulau kecil berpasir. Dua daratan utama, Pulau Sand dan Pulau Eastern, merupakan habitat bagi ratusan ribuan burung laut.

Gambar satelit Atol Midway

Sebagai bahagian dari Kepulauan Terpencil Minor, Atol Midway termasuk dalam wilayah yang tidak bergabung (unincorporated territory) yang dikelola oleh Perkhidmatan Perikanan dan Hidupan Liar, di bawah kuasa Kementerian Dalam Negeri Amerika Syarikat. Atol ini ditetapkan sebagai Tempat Perlindungan Nasional (National Wildlife Refuge) pada 22 April 1988.

Atol Midway lebih dikenal sebagai lokasi Pertempuran Midway yang berlangsung semasa Perang Dunia II pada 4 Jun 1942. Angkatan Laut AS berjaya menghalau serangan pasukan Jepun. Insiden ini menjadi titik balik peperangan di kawasan Pasifik.

Infrastruktur pengangkutan di Atol Midway berupa 32 km jalan, 7.8 km saluran paip, sebuah pelabuhan (di Pulau Sand, tertutup untuk umum), dan dua landasan terbang asfalt.

Pautan luar sunting