Auguste Comte
Rencana ini mungkin memerlukan sunting kopi untuk tatabahasa, gaya, kepaduan, nada, atau ejaan. (Februari 2020) |
Rencana ini mungkin mengandungi penyelidikan asli. (Februari 2020) |
Anda mesti tambahkan parameter |sebab=
ke dalam templat ini - gantikannya dengan berikut: {{Rapikan|reason=<Sebab kamu disini>}}
, atau padamkan templat ini.
Isidore Auguste Marie François Xavier Comte (fr; 19 January 1798 – 30 September 1857)[1] merupakan seorang ahli falsafah, matematik and penulis berbangsa Perancis yang merangka idea doktrin positivism. Beliau sering dianggap sebagai ahli falsafah sains pertama dalam bidang itu.[2] Idea Comte juga memainkan peranan penting, iaitu menjadi asas dalam perkembangan ilmu sosiologi, dan dia sendiri yang mencipta terma itu dan menganggapnya disiplin tersebut sebagai pencapaian utama sains.[3][4]
Dipengaruhi oleh Henri de Saint-Simon, karya Comte berusaha untuk memperbaiki kekacauan sosial yang berpunca daripada Revolusi Perancis, yang beliau percaya menunjukkan peralihan yang akan datang kepada bentuk masyarakat yang baru. Beliau berusaha untuk menubuhkan doktrin sosial baru berdasarkan sains, yang beliau labelkan sebagai positivisme. Beliau mempunyai impak besar terhadap pemikiran abad ke-19, mempengaruhi karya pemikir sosial seperti John Stuart Mill dan George Eliot.[5]
Konsepnya tentang Sosiologi dan evolusionisme sosial menetapkan nada bagi ahli teori sosial awal dan ahli antropologi seperti Harriet Martineau dan Herbert Spencer, berkembang menjadi sosiologi akademik moden yang dipersembahkan oleh Émile Durkheim sebagai penyelidikan sosial yang praktikal dan objektif
Teori sosial Comte memuncak dalam karyanya "Agama Kemanusiaan"[1], yang meramalkan perkembangan organisasi kemanusiaan bukan teistik dan kemanusiaan sekular pada abad ke-19. Dia mungkin juga telah mencipta perkataan altruisme (altruism).
Riwayat hidup
suntingComte dilahirkan di Montpellier. Selepas menamatkan persekolahannya di sana, beliau diterima untuk melanjutkan pelajaran di École Polytechnique, Paris. Politeknik itu merupakan tempat yang menegakkan idea dan kemajuan republik Perancis. Pada tahun 1816, École ditutup untuk penyusunan semula.Walau bagaimanapun, pelajar boleh memohon untuk kemasukan semula pada tarikh lain. Oleh sebab itu, Comte terpaksa meninggalkan École dan meneruskan pengajiannya di sekolah perubatan di Montpellier. Apabila École dibuka semula, beliau tidak cuba memohon untuk kembali masuk.
Comte mendapati terdapat perbezaan antara Kristian Katolik dan kerabat diraja. Beliau menuju ke Paris sekali lagi dan bekerja sambilan untuk mendapatkan wang saku. Kemudian beliau menjadi penuntut setiausaha kepada Claude Henri de Rouvroy, Comte de Saint-Simon, yang memperkenal Comte kepada golongan cendekiawan di situ. Pada tahun 1824, Comte meninggalkan Saint-Simon sekali lagi kerana hal-hal yang tidak dapat diselesaikan.
Comte kemudian mempunyai matlamat yang ingin diselesaikannya: melengkapkan falsafah positivisme. Beliau telah menerbitkan Plan de traveaux scientifiques nécessaires pour réorganiser la société (1822) (Rancangan Keperluan Kajian Saintifik untuk Pengurusan Masyarakat Semula). Namun, beliau gagal mendapatkan jawatan pengajar. Kehidupan sehariannya bergantung kepada penaja dan bantuan kewangan dari rakan-rakannya.
Comte mengahwini Caroline Massin, tetapi bercerai pada 1842. Comte dikenali sebagai seorang yang angkuh, ganas dan yang mengalami delusi. Pada tahun 1826, beliau dimasukkan ke dalam rumah sakit jiwa, tetapi keluar tanpa disembuhkan — hanya distabilkan oleh ubat Massin — agar beliau dapat menyambung kerjanya. Dalam tempoh perceraiannya pada tahun 1842, beliau menerbitkan enam jilid hasil penulisannya Cours.
Pada tahun 1844, Comte menjalin persahabatan dengan Clotilde de Vaux yang bersifat platonik. Selepas kematian Clotilde pada tahun 1846, separuh hatinya cenderung kepada keagamaan, dan Comte melihat dirinya sebagai pengasas dan nabi agama kemanusiaan yang baru. Beliau menerbitkan empat jilid Système de politique positive (1851 - 1854).
Comte meninggal di Paris dan dikebumikan di Cimetière du Père Lachaise yang termasyhur.
Pusaka
suntingComte terlihat sebuah hukum sejagat yang wujud di kesemua bidang sains dan menggelarkannya sebagai 'hukum tiga fasa'. Adalah dengan kenyataan berikut yang beliau amat dikenali di dunia pertuturan bahasa Inggeris:
- "bahawa masyakarat melalui tiga fasa: Teologi, Metafizik dan Sains. Beliau juga memberikan nama "Positif" kepada yang terakhir itu kerana konotasi makna yang berbilang untuk perkataan itu".
Fasa teologi diperlihatkan dari sudut pandangan Perancis abad ke-19 sebagai mendahului Zaman Kesedaran di mana kedudukan manusia dalam masyakarat dan sekatan masyarakat yang dikenakan pada manusia adalah berdasarkan Tuhan. Fasa "Metafizik" tiada kena mengena dengan Metafizik Aristotle ataupun ahli falsafah Yunani yang lain. Bagi Comte, Metafiziknya berakar umbi pada masalah-masalah masyarakat Perancis selepas revolusi pada 1789. Fasa Metafizik ini mengemukakan alasan yang kuat untuk menempatkan hak asasi sejagat di atas kuasa mana-mana satu raja manusia. Bagaimanapun, hak asasi tersebut tidak dirujukkan kepada Tuhan, kecuali secara metafora sahaja.
Apa yang dimaksudkannya dengan fasa Sains yang berlangsung selepas kegagalan revolusi dan Napooleon adalah manusia dapat mencari penyelesaian untuk masalah-masalah sosial tanpa merujuk kepada Tuhan. Pada hal ini, fahaman beliau serupa dengan Karl Marx dan Jeremy Bentham. Sewaktu itu, gagasan fasa Sains ini dianggap mutakhir, walaupun dari sudut pandangan kemudian, ia terlalu dipengaruhi oleh fizik klasik dan sejarah akademik.
Pautan luar
suntingRujukan
sunting- ^ a b Chisholm, Hugh, penyunting (1911). Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris). 6 (ed. ke-11). Cambridge University Press. m/s. 814–822. .
- ^ "Auguste Comte". The Stanford Encyclopedia of Philosophy. Metaphysics Research Lab, Stanford University. 2018.
- ^ Park, Robert E. (1921). "Sociology and the Social Sciences". American Journal of Sociology. 26 (4): 401–424. doi:10.1086/213192. ISSN 0002-9602. JSTOR 2764494.
- ^ "A Comtean Centenary". American Journal of Sociology. 27 (4): 510–513. 1922. doi:10.1086/213378. ISSN 0002-9602.
- ^ "Lecture 25: The Age of Ideologies (3): The World of Auguste Comte".
Lihat juga:
sunting- Positivisme
- Takwim Positivis merupakan cadangan pembaharuan takwim oleh Comte pada 1849.