Aum Shinrikyo (sekarangnya dikenali sebagai Aleph) merupakan sebuah gerakan agama baru di Jepun. Kumpulan ini diasaskan oleh Shoko Asahara pada tahun 1984. Kumpulan ini mendapat kemasyhuran antarabangsanya pada tahun 1995, apabila mereka melaksanakan serangan gas sarin ke atas kereta api bawah tanah Tokyo.

Aum Shinrikyo
Kerangka
Jenis/bentuk sahGerakan Agama Baru, Syncreticism
KeluaranSarin, Dietilamida asid lisergik, Metamfetamina, mescaline, VX Sunting ini di Wikidata
Keanggotaan 1,650
Tapak webaum-internet.org Sunting ini di Wikidata
Sejarah
PenggantiAleph, Q11301245, Hikari no Wa, Q48760680 Sunting ini di Wikidata
Dibentuk1984
DibubarkanFebruari 2000 Sunting ini di Wikidata
Pengurusan
PengerusiShoko Asahara Sunting ini di Wikidata
Tokoh pentingShoko Asahara
Pertubuhan indukQ11340792 Sunting ini di Wikidata
Lokasi
Ibu pejabatTokyo Sunting ini di Wikidata
Lokasi
  • Jepun Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Nama "Aum Shinrikyo" (Jepun: オウム真理教, Hepburn: Ōmu Shinrikyō) berasal daripada suku kata Sanskrit Aum (ॐ), yang malambangkan alam sejagat, diikuti dengan Shinrikyo ditulis dalam tulisan kanji, yang bermaksud "ajaran Kebenaran sejati". Pada Januari 2000, kumpulan ini menukar nama mereka kepada "Aleph" yang merujuk kepada huruf Alif, huruf pertama tulisan-tulisan semitik (/א/ﺍ).

Pada tahun 1995, kumpulan terbabit mendakwa mereka mempunyai lebih 9,000 ahli di Jepun, dan sebanyak 40.000 seluruh dunia.[perlu rujukan] Setakat 2009, Keahlian Aum Shinrikyo/Aleph dianggarkan kira-kira 1650 orang (650 imam, 1000 laities) oleh kerajaan Jepun.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ Badan Polis Nasional (Jepun) (2009), THE WHITE PAPER on POLICE 2009 (Jepun: 平成21年警察白書, Hepburn: Heisei Nijūichi nen Keisatsu Hakusyo)), GYOSEI Corporation , English p.160.

Pautan Luar sunting