Ave Maris Stella
Ave Maris Stella ("Dirgahayu Bintang Lautan") adalah Lagu Gereja dinyanyikan untuk Maryam. Asal usulnya tidak diketahui dan ia telah wujud semenjak kurun ke-8 Masihi. Lagu ini sangat popular ketika Zaman Pertengahan dan digunakan oleh ramai penggubah lagu sebagai asas untuk menggubah lagu baru yang lain. Penggubahan lagu asalnya telah dikaitkan dengan beberapa individu, contohnya Saint Venantius Fortunatus.[1]. Melodinya juga dapat ditemui dalam lagu gereja orang Irish, "Gabhaim Molta Bride", satu lagu pujaan untuk St.Bridget. Lagu moden yang popular Hail Queen of Heaven, the Ocean Star, digubah berasaskan irama Ave Maris Stella yang asal.
Lirik dalam Bahasa Latin
suntingTeks Bahasa Latin untuk lagu ini yang diguna dalam upacara Liturgy of the Hours di Roman Rite (bentuk biasa) adalah seperti berikut:[2]
|
|
|
(**)Perkataan "Dirgahayu" dalam Bahasa Latin [Ave] adalah ejaan terbalik "Eve" [Eva].
Lagu Kebangsaan Acadia
suntingAve Maris Stella adalah lagu kebangsaan orang Acadia, sebuah komuniti berbahasa Perancis di Maritimes Kanada yang berbeza dari orang Perancis Kanada di Quebec. Orang Acadia berada di bawah pengaruh Gereja Roman Katolik, dan masih berpegang teguh pada penyembahan Maryam. Oleh sebab itu, simbol-simbol Acadia menggambarkan kepercayaan teguh mereka, contohnya pada lagu kebangsaan mereka yang bukan ditulis dalam Bahasa Perancis sebaliknya dalam Bahasa Latin.
Orang Acadia mengangkat lagu ini menjadi lagu kebangsaan mereka di Konvensyen Kebangsaan Acadia Ke-2, yang diadakan di Miscouche, Prince Edward Island pada tahun 1884. Sehingga hari ini, ia menjadi simbol semangat Patriotisme orang Acadia.
Lagu ini pada mulanya dinyanyikan dalam lirik asalnya sebelum lirik versi Bahasa Perancis digubah pada tahun 1994. Lirik versi Bahasa Perancis ini digubah oleh Jacinthe LaForest dari Mont-Carmel, Prince Edward Island, yang menyertai sebuah pertandingan yang dianjurkan oleh Société nationale de l'Acadie dalam pencarian lirik dalam Bahasa Perancis. Untuk menghormati lagu yang asal, rangkap pertama dalam Bahasa Latin telah dikekalkan dan diulang pada penghujung lagu.
|
|
|
Rujukan
sunting- ^ Catholic Encyclopedia Article.
- ^ Liber Hymnarius, Solesmes, 1983.