Buka menu utama

Avram "Avi" Glazer merupakan salah seorang ahli keluarga Glazer, di mana beliau adalah anak lelaki kepada Malcolm Glazer, yang mengawal syarikat First Allied Corporation, Tampa Bay Buccaneers NFL dan memiliki kelab bola sepak Inggeris, Manchester United. Keluarga ini berpangkalan di Florida.

Kehidupan awal dan pendidikanSunting

Avram Glazer telah dilahirkan dalam keluarga Yahudi dan merupakan anak kepada Linda dan Malcolm Glazer, jutawan dan ahli perniagaan Amerika.[1][2] Glazer menerima Sarjana Muda Sains dalam Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Washington di St. Louis pada 1983 dan bergraduan daripada Kolej Undang-undang Washington. Beliau juga membuat pengajiannya di Universiti Peking dan Universiti Fudan, Shanghai.

KerjayaSunting

Avram Glazer kini merupakan pengerusi bersama dalam lembaga pengurusan Manchester United bersama-sama dengan saudara lelakinya, Joel Glazer.[3] Beliau juga adalah bekas pengerusi, presiden dan ketua pegawai eksekutif (CEO) di Zapata Corporation,[4] di mana syarikat itu telah diasaskan oleh George H. W. Bush (Presiden Amerika Syarikat ke-41). Glazer turut pernah memegang jawatan sebagai pengerusi dan CEO di Safety Components International dan Omega Protein Corporation serta ahli lembaga pengarah Specialty Equipment Corporation.

RujukanSunting

  1. ^ Nils Pratley. "The Guardian: "The Guardian profile: Malcolm Glazer"" (dalam bahasa Inggeris). The Guardian. Dicapai 10 Februari 2005. 
  2. ^ Scott Barancik; Damian Cristodero. "Tampa Bay Times: "The owner, the enigma"". Dicapai 26 Disember 2004. 
  3. ^ "Glazer sons join Manchester United board". The Times. 7 Jun 2005. Dicapai 27 Disember 2010. 
  4. ^ "Executive profile: Avram A. Glazer" (dalam bahasa Inggeris). Businessweek. Dicapai 27 Disember 2010. 
Jawatan perniagaan
Didahului oleh
Sir Roy Gardner
Pengerusi Manchester United F.C.
2005–
bersama Joel Glazer (2005–)
Pemegang jawatan kini