Awang ialah nama gelaran umum bagi kanak-kanak lelaki yang tidak dikenali namanya dalam masyarakat Melayu sementara Semek/Mek ialah gelaran umum bagi kanak-kanak perempuan yang tidak dikenali namanya. Awang tidak dianggap perkataan menghina atau merendah-rendahkan seseorang, hanya digunakan sebagai ganti nama ketiga dalam istilah umum, sama seperti istilah si anu.

Penulis Utusan Malaysia menggelar dirinya sebagai Awang Selamat dan Awang Sulung. Dalam Hikayat Malim Deman, watak Awang Selamat ialah watak pembantu kepada wira. Watak Awang Selamat sering muncul dalam hikayat-hikayat.

YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj digelar Awang itam semasa kecilnya. Hal ini kerana wataknya yang nakal, gelap dan tidak kacak. Beliau agak berlainan dengan adik-beradiknya yang lain.

Awang juga merupakan kata ganti diri yang digunakan masyarakat borneo terutama di wilayah kekuasaan kesultanan Brunei suatu ketika dahulu yang membawa maksud encik. Berbeza dengan gelaran untuk bangsawan Brunei yang menggunakan gelaran AwangKu yang membawa maksud Pengiran(Ku). Penggunaan gelaran AwangKu oleh bangsawan Brunei akan ditukar setelah mereka berkahwin dan digantikan dengan gelaran Pengiran(Ku) tanpa penggunaan Awangku pada awal nama.[perlu rujukan]

Rujukan sunting

  • Ramlah Adam ' Biografi Politik Tunku Abdul Rahman Putra ' DBP , 2004 hlm 4.