Axel Witsel

Pemain bola sepak Belgium

Axel Laurent Angel Lambert Witsel (lahir 12 Januari 1989) merupakan seorang pemain bola sepak Belgium yang beraksi untuk kelab Sepanyol, Atlético Madrid dan pasukan kebangsaan Belgium. Beliau bermain di posisi pemain tengah malah boleh bermain di posisi sayap.[3]

Axel Witsel
Maklumat peribadi
Nama penuh Axel Laurent Angel Lambert Witsel[1]
Tarikh lahir (1989-01-12) 12 Januari 1989 (umur 35)
Tempat lahir Liège, Belgium
Ketinggian 1.86 m (6 ka 1 in)[2]
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Atlético Madrid
Nombor 20
Kerjaya remaja
2004–2006 Standard Liège
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2006–2011 Standard Liège 148 (34)
2011–2012 Benfica 32 (1)
2012–2016 Zenit Saint Petersburg 121 (16)
2017–2018 Tianjin Quanjian 35 (5)
2018–2022 Borussia Dortmund 105 (10)
2022– Atlético Madrid 35 (0)
Pasukan kebangsaan
2004 Belgium B15 1 (0)
2005 Belgium B15 2 (0)
2005–2006 Belgium B17 19 (0)
2006–2007 Belgium B18 5 (0)
2006 Belgium B19 3 (0)
2007–2009 Belgium B21 10 (0)
2008–2022 Belgium 130 (12)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 29 Ogos 2023 (UTC)

Kerjaya sunting

Standard Liège sunting

Bapa beliau ialah berasal dari Martinique dan bekas pemain manakala ibu beliau ialah orang Belgium. Pada 17 September 2006, ketika beliau berumur 17 tahun, beliau membuat debut pertama bersama Standard Liège dalam perlawanan menentang FC Brussels apabila beliau menggantikan Steven Defour pada minit ke-89.

Dalam musim 2007–08, ketika Witsel berumur 18 tahun, beliau menjadi ahli kelab Standard Liège yang memenangi gelaran liga pada musim itu. Pada tahun yang sama, beliau menjadi pemain tengah muda bersama Steven Defour dan Marouane Fellaini. Dalam musim berikutnya, beliau menjaringkal gol kemenangan kedua dari kotak penalti.

Pada 30 Ogos 2009, Witsel dilanda kontroversi apabila beliau mengasak lutut Marcin Wasilewski sehingga cedera ketika perlawanan menentang Anderlecht.[4][5] Berikutan itu, Witsel dikenakan kad merah. Kemudian, beliau meminta maaf. Namun, beliau menerima kritikan hebat dari penyokong Anderlecht dan Poland.[6]

Benfica sunting

 
Witsel bermain untuk Benfica menentang Zenit pada 2012

Witsel menandatangani kelab gergasi Portugal, Benfica dalam kontrak lima tahun pada 13 Julai 2011.[7] Pada 24 Ogos 2011, Witsel menjaringkan gol sebanyak dua kali dalam perlawanan play-off Liga Juara-Juara menentang FC Twente, 3-1. Jaringan Witsel dapat menghantar Benfica ke peringkat kumpulan dalam agregat 5-3.[8]

Beliau menjaringkan gol pembukaan menentang kelab tercorot, Vitória de Guimarães 4-1 dalam Taça da Liga pada 9 Januari 2012.[9] Witsel menjaringkal gol keempatnya bersama Benfica ketika menentang Santa Clara pada 18 Januari dalam perlawanan Taça da Liga.[10] Benfica ke perlawanan akhir pada 14 April menentang Gil Vicente dan Witsel dianugerahkan sebagai pemain terbaik perlawanan dengan kemenangan 2-1.[11]

Zenit sunting

Pada 3 September 2012, Witsel menandatangani kelab Rusia, FC Zenit Saint Petersburg dengan bayaran sebanyak €40 juta selepas menandatangani kontrak selama lima tahun.[12][13] Witsel membuat debut pertama dalam Liga Perdana Rusia pada 14 September apabila menggantikan Konstantin Zyryanov pada minit ke-70 apabila Zenit tunduk 0-2 kepada Terek Grozny.[14] Beliau menjaringkal gol buat pertama kalinya sebanyak dua kali untuk Zenit apabila menang 4-2 menentang Spartak Moscow di Stadium Luzhniki.[15] Witsel menjaringkan gol kemenangan buat Zenit apabila menumpaskan FC Terek Grozny pada 30 Mac 2013, 3-0.[16]

Kerjaya antarabangsa sunting

 
Witsel bersama Belgium

.

Axel Witsel bermain untuk Belgium ketika beliau memasuki pasukan bawah-21 pada 2007 dengan lima kaps. Beliau juga antara skuad Belgium yang melangkah ke separuh akhir Kejohanan Bola Sepak bawah-21 UEFA 2007.

Pada 26 Mac 2008, Witsel membuat debut antarabangsa pertama dalam perlawanan persahabatan menentang Maghribi. Belgium tewas 1-4 tetapi Witsel menjaringkan satu gol tersebut untuk Belgium.

Pada 13 Mei 2014, Witsel tersenarai dalam skuad Belgium untuk Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil.[17] Beliau memulakan aksi di piala dunia apabila Belgium menewaskan 2-1 ke atas Algeria di Belo Horizonte.[18]

Rujukan sunting

  1. ^ "Conselho de disciplina". Portuguese Football Federation (dalam bahasa Portugis). 23 March 2012. m/s. 3. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2016-06-19. Dicapai pada 10 July 2014. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-27. Dicapai pada 2014-10-25.
  3. ^ "Stats Centre: Axel Witsel Facts". Guardian.co.uk. Dicapai pada 29 June 2009.
  4. ^ "Witsel breekt been van Wasilewski in tackle". Sporza. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-09-01. Dicapai pada 31 August 2009.
  5. ^ "Anderlecht-Standard faute d'Axel Witsel sur Wasilewski". YouTube. Dicapai pada 31 August 2009.
  6. ^ http://goal.com/en/news/755/europe/2009/09/01/1474358/standard-liege-stars-defour-witsel-receive-death-threats
  7. ^ "Benfica sign Witsel". ESPNFC. 14 July 2011.
  8. ^ "Witsel delivers as Benfica oust Twente". UEFA. 24 August 2011.
  9. ^ "V.Guimarães 1-4 Benfica". LPFP. Dicapai pada 3 December 2012.
  10. ^ "Benfica 2-0 Sta. Clara". LPFP. Dicapai pada 3 December 2012.
  11. ^ "Witsel foi o Man of The Match". LPFP. 15 April 2012.
  12. ^ Zenit signs Witsel
  13. ^ CMVM
  14. ^ "Zenit 0 - 2 Terek Grozny". ESPNFC. 14 September 2012.
  15. ^ "Spartak Moscow 2 - 4 Zenit St Petersburg". ESPNFC. 30 November 2012.
  16. ^ "Terek Grozny 0-3 Zenit St. Petersburg". ESPNFC. 30 March 2013.
  17. ^ "Adnan Januzaj included in Belgium's World Cup squad". BBC Sport. 13 May 2014. Dicapai pada 15 May 2014.
  18. ^ Chowdhury, Saj (17 June 2014). "Belgium 2-1 Algeria". BBC Sport. Dicapai pada 17 June 2014.