BRAVIA merupakan jenama Sony yang digunakan bagi model televisyen definisi tinggi LCD, TV 4K UHD XR dan TV projektor serta projektor hadapan, bersama-sama barisan sistem pawagam rumah di bawah sub-jenama BRAVIA Theatre. Nama BRAVIA merupakan akronim bagi "Best Resolution Audio Visual Integrated Architecture" (Senibina Audio Visual Resolusi Terbaik Bersepadu). Kesemua model TV LCD definisi tinggi Sony di Amerika Utara membawa logo BRAVIA sejak tahun 2005. Nama BRAVIA menggantikan jenama "LCD WEGA" yang pernah digunakan oleh Sony untuk barisan TV LCDnya sehingga pertengahan 2005.

BRAVIA
Barisan HDTV LCD Sony BRAVIA siri X di Amerika Syarikat
PengeluarSony Corporation
JenisHDTV LCD & OLED UHD TV
Pengeluaran2005 - sekarang
Antaramuka menuXross Media Bar
PendahuluSony WEGA
Rencana berkaitanHDTV
Sony

Jenama BRAVIA turut digunakan bagi beberapa model telefon bimbit Sony Ericsson bagi pasaran Jepun.

Barisan produk sunting

 
TV LCD BRAVIA KDL-46X2000.

Barisan produk Sony BRAVIA terdiri daripada pelbagai model televisyen definisi tinggi LCD dan OLED mengikut saiz, resolusi paparan (definisi tinggi (HD) tersedia atau HD sepenuhnya) serta ciri-ciri yang diterapkan di dalamnya.

Di Malaysia, produk TV Sony BRAVIA (setakat Januari 2010) boleh didapati dalam enam siri yang mempunyai ciri-ciri yang berbeza seperti Siri Z, Siri W, Siri V, Siri S, Siri S20 dan Siri T.[1]


 
HDTV Sony BRAVIA.

TV hijau sunting

Khusus untuk pasaran Jepun pada 30 Julai 2009, produk hijau Sony, TV 32 inci panel leper berharga 150,000 yen (AS$ 1,400; € 900) BRAVIA KDL-32JE1 menawarkan kelebihan dari segi ekologi termasuklah penjimatan tenaga elektrik sehingga 70% setahun berbanding model serupa dengan kualiti imej yang sama. Bagi pengguna yang bergantung kepada punca penjana elektrik yang menghasilkan karbon dioksida, ia mengurangkan pelepasan karbon dioksida sehingga 79 kilogram setahun.[2][3]

Telefon bimbit sunting

Telefon bimbit BRAVIA dikeluarkan oleh Sony Ericsson Jepun. Telefon bimbit BRAVIA berupaya untuk menonton siaran televisyen sedunia 1seg.

FOMA SO903iTV
FOMA SO906i

Aksesori sunting

Pada April 2007, Sony melancarkan BRAVIA TDM-IP1,[4] a model dok untuk membolehkan main balik audio dan video yang disimpan di dalam Apple iPod pada sesebuah televisyen model BRAVIA.

Dalaman sunting

Panel LCD di dalam TV BRAVIA dikilangkan oleh S-LCD, syarikat usaha sama 50/50 antara Sony dan pesaingnya dari Korea Selatan, Samsung.[5]

Naik taraf serta penyelenggaraan sunting

Televisyen definisi tinggi Sony BRAVIA menggunakan perisian televisyen yang dikenali sebagai BRAVIA Engine. Perisian tersebut boleh dinaik taraf melalui antaramuka USB jenis A berlabel "DMEx / service only".

Model-model tahun 2006–2007 boleh dikemaskini sama ada menggunakan kad ingatan Memory Stick atau USB. Bergantung kepada negara serta piawaian televisyen yang digunakan, bahagian penala televisyen memerlukan satu peranti servis untuk mengemaskinikannya.

Unit televisyen yang dikeluarkan sepanjang November 2005 untuk pasaran Asia dan Amerika Utara mengandungi pepijat perisian yang menghalang televisyen daripada dihidupkan atau dimatikan selepas 1200 jam (2^32 milisaat).[6] Satu naik taraf percuma disediakan.[7]

Senarai lengkap peranti dan dokumentasi yang berkaitan.[8]

Rujukan sunting

  1. ^ Sony Malaysia - dari laman web rasmi Sony Malaysia.
  2. ^ "www.iht.com, Sony develops green flat-panel TV to woo ecological consumers". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-29. Dicapai pada 2008-06-29.
  3. ^ gmanews.tv/story, Sony woos ecological consumers with new flat-panel TV
  4. ^ "Sony introduces BRAVIA TDM-IP1 iPod dock". Engadget. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-05-22. Dicapai pada 2007-04-15.
  5. ^ Samsung and Sony Sign Final Contract Regarding Production Line for World’s Most Advanced Generation LCD Panel
  6. ^ Brandon Hill. "Over 400,000 Sony BRAVIA TVs Found To Be Defective". Daily Tech. Dicapai pada 2007-04-15.
  7. ^ "Update My TV". Sony. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-04-27. Dicapai pada 2007-04-15.
  8. ^ "Sony Bravia TV Manuals". Sony. Dicapai pada 2019-04-21.

Pautan luar sunting