Bahasa Nepali Bhasa

Bahasa Nepali Bhasa (नेपाली भाषा) ialah salah satu daripada bahasa-bahasa utama Nepal. Ia merupakan salah satu daripada lebih kurang lima ratus bahasa dalam keluarga bahasa Sino-Tibetan dan tergolong dalam cabang Tibeto-Burma keluarga bahasa ini. Bahasa ini adalah satu-satunya bahasa Tibet-Myanmar yang ditulis dengan skrip Devanāgarī dan dituturkan terutamanya oleh orang-orang Newar yang kebanyakannya tinggal di bandar-bandar Lembah Kathmandu.

Nepal Bhasa
नेपाल भाषा
Asli kepadaNepal, India, Bhutan
KawasanAsia Selatan
Penutur asli
1 juta ang.
Sino-Tibetan
Skrip Devanagari, skrip Ranjana, skrip Prachalit, skrip Brahmi, skrip Gupta, skrip Bhujimol, skrip Golmol
Kod bahasa
ISO 639-2new
ISO 639-3new

Fakta dan angkaSunting

KawasanSunting

  • Di Nepal: Lembah Kathmandu, Dolakha, Banepa, Dhulikhel, Panauti, Palpa, Trishuli, Nuwakot, Bhojpur, Biratnagar dan bandar raya utama yang lain.
  • Di India: Sikkim, Bengal Barat, Bettiah, Andamans3
  • Di Tibet: Khasa

Bilangan penuturSunting

Lebih kurang 1,000,000 di Nepal, menurut banci 1991, dan beberapa ribu di luar Nepal.

SejarahSunting

Bahasa Newari Klasik ialah nama bentuk kesusasteraan pra-1850 bagi bahasa ini. Ia tidak lagi dituturkan atau ditulis, tetapi merupakan sumber bahasa yang penting untuk para ahli sejarah serta ahli filologi.

PerkembanganSunting

Bahasa Nepal Bhasa adalah antara bahasa-bahasa Tibet-Myanmar yang paling dipengaruhi oleh bahasa India dan telah mempunyai hubungan dengan bahasa-bahasa India-Iran yang berjiran selama berabad-abad sehingga ia juga mengembangkan fleksi kata nama, suatu sifat yang tipikal bagi keluarga bahasa Indo-Eropah, tetapi amat jarang didapati dalam bahasa-bahasa China-Tibet. Ia juga menyerap ciri-ciri bahasa yang lain, seperti kala. Pengaruh-pengaruh ini merupakan contoh cemerlang bagi sifat asas sesuatu bahasa yang disampaikan melalui hubungan bahasa.