Bahasa kebangsaan Iran adalah Bahasa Parsi yang di pertuturkan 58 peratus daripada penduduk Iran. Selain itu, terdapat juga penutur-penutur bahasa lain seperti Bahasa Arab dan Bahasa Turki. Umumnya, penutur Bahasa Iran merupakan majoriti di negara ini diikuti dengan keluarga Bahasa Turki dan Bahasa Semitik.

Bahasa Iran sunting

Bahasa Iran merupakan bahasa ibunda Bangsa Iran iaitu kumpulan suku yang berketurunan orang Arya. Bangsa Iran berbeza dengan penduduk Iran kerana tidak semua penduduk Iran berbangsa Iran dan bangsa Iran juga boleh ditemui di negara-negara lain seperti Afghanistan. Lebih kurang 70 peratus daripada penduduk Iran merupakan penutur ibunda bahasa Iran. Antara bahasa-bahasa ini ialah Bahasa Parsi, Bahasa Kurdi, dipertuturkan tujuh peratus daripada penduduknya, dan Bahasa Balochi, dipertuturkan seramai dua peratus daripada jumlah penduduk Iran.

Bahasa Turki sunting

Penutur keluarga Bahasa Turki merupakan kaum penutur kedua terbesar di Iran. Lebih kurang 26 peratus daripada jumlah penduduknya tergolong dalam penutur bahasa ini. Penutur Bahasa Azeri merupakan penutur terbesar bahasa Turki di Iran. Seramai 24 peratus daripada penduduk Iran bertutur dalam bahasa ini dan kebanyakan mereka bertumpu di barat laut Iran. Bahasa-bahasa Turki lain yang dipertuturkan di Iran ialah Bahasa Turkmen dan Bahasa Qashqai.

Bahasa Semitik sunting

Bahasa Semitik merupakan kumpulan bahasa ketiga terbesar di Iran. Bahasa ini berasal daripada Semanjung Arab dan kawasan utaranya dan Afrika Utara. Penutur utamanya adalah Bahasa Arab iaitu tiga peratus daripada penduduk Iran.

Lihat juga sunting