Bahasa himpunan

Bahasa himpunan atau bahasa penghimpun[1] ialah sebuah bahasa pengaturcaraan tahap rendah seperti bahasa mesin yang mudah dihafal makna dan diguna untuk pengaturcaraan komputer.[1] Sebuah penghimpun digunakan untuk menterjemahkan bahasa himpunan kepada bahasa mesin yang boleh difahami oleh komputer. Penyahhimpun pula digunakan untuk membuat kerja yang sebaliknya.

Bahasa himpunan menggunakan simbol-simbol tertentu untuk mewakili sesuatu kod operasi, simbol-simbol ini dipanggil mnemonik. Bahasa himpunan untuk lain pengeluar menggunakan mnemonik yang berbeza.

RujukanSunting

  1. ^ a b G. S. Rao, A. K. Rao, Ng Chee Aun & Cheng Yok San (1991). "bahasa penghimpun". Kamus Komputer Sekolah Menengah. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. m/s. 6-7. ISBN 967-65-1306-7.CS1 maint: uses authors parameter (link)