Bam (Iran)
Bam (bahasa Parsi: بم, sebutan [bæm]) ialah sebuah bandar di Negeri Kerman, Iran selatan. Terletak di selatan bandar Kerman dan di utara Teluk Parsi dan Teluk Oman, tingginya lebih kurang 1,100 meter dari aras laut.
Bam dibina di sekeliling kubu Arg-é Bam, sebuah struktur unjuran batu bata dan suatu tapak Warisan Dunia yang pernah menguasi Laluan Sutera selama 2,000 tahun lebih.