Bandai Namco Entertainment

Bandai Namco Entertainment Incorporated (BNEI) ialah syarikat pembangunan dan penerbit permainan video Jepun. Syarikat ini juga mengeluarkan video, muzik, dan produk hiburan lain yang berkaitan dengan harta intelek (IP). Syarikat ini beribu pejabat di Minato-ku, Tokyo.[1]

Bandai Namco Entertainment Incorporated
Nama asal
株式会社バンダイナムコゲームスエンターテインメント
Nama rumi
Kabushiki gaisha Bandai Namuko Entaateinmento
Nama dahulu
Nakamura Seisakusho (1955–1959)
Nakamura Manufacturing (1959–1977)
Namco Limited
(1977–2006)

Namco Bandai Games
(2006–2014)

Bandai Namco Games
(2014–2015)
Kabushiki gaisha
Anak syarikat
IndustriPermainan video
Anime
Wayang gambar
Ditubuhkan1 Jun 1955; 68 tahun yang lalu (1955-06-01) (Namco) [1]
PengasasMasaya Nakamura
Ibu pejabatMinato, Tokyo, Jepun
Tempat diberi khidmat
Seluruh dunia
Tokoh penting
Satoshi Oshita (Presiden dan CEO)
Bilangan kakitangan
Bandai Namco Entertainment
710 (setakat April 2018)[1]
Bandai Namco Studios
1066 (setakat April 2018)[2]
IndukBandai Namco Holdings
PembahagianUnit Promosi Perniagaan
Unit Pengurusan Perniagaan
Laman sesawang rasmi
bandainamcoent.com

Bandai Namco Entertainment ialah anak syarikat milik penuh Bandai Namco Holdings dan pakar dalam pengurusan dan penjualan permainan video dan produk hiburan berkaitan lain, manakala anak-anak syarikat Bandai Namco Studios adalah pakar dalam pembangunan produk-produk ini. Ia merupakan syarikat teras Unit Perniagaan Strategik Kandungan Bandai Namco (Content SBU).[3]

Bandai Namco Entertainment ialah hasil penggabungan pada Mac 2006 antara operasi permainan video Namco dan Bandai. Sebelum ini dikenali sebagai Namco Bandai Games, syarikat itu dinamakan semula sebagai Bandai Namco Games pada Januari 2014. Pada April 2015, andai Namco Holdings menukar nama permainannya dari Bandai Namco Games ke Bandai Namco Entertainment.

Orang pentingSunting

  • Satoshi Oshita, Presiden, wakil pengarah
  • Shin Unozawa, naib presiden eksekutif, wakil pengarah
  • Kazuya Kiyoshima, ahli lembaga pengarah, pengarah
  • Hitoshi Hagiwara, ahli lembaga pengarah, pengarah
  • Fumiya Takeno, ahli lembaga
  • Koichi Honda, ahli lembaga
  • Makoto Asanuma, ahli lembaga
  • Masaaki Tsuji, ahli lembaga pengarah (pengarah urusan sambilan)
  • Masaya Nakamura, pengasas

Logo evolusi

RujukanSunting

  1. ^ a b c "Corporate Overview". 'Bandai Namco Entertainment. Dicapai pada September 1, 2018.
  2. ^ "About". Bandai Namco Studios. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-19. Dicapai pada 18 August 2017. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  3. ^ "Strategic Business Units". Bandai Namco. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-04-30. Dicapai pada 2 February 2014.

Pautan luarSunting