Bandar Baru Perda
Bandar Baru Perda terletak di Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, Malaysia. Bandar baru ini lebih terancang bagi menggantikan bandar lama Bukit Mertajam yang padat penduduk.Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang ditubuhkan pada 1 Jun 1983 adalah sebuah lembaga yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk menyelia pembangunan pertanian di Pulau Pinang.
Antara kemudahan awam di sini ialah Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Perda,Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Perda. Bangunan Majlis Bandaraya Seberang Perai, Tenaga Nasional Berhad juga terletak di Bandar Perda.