Bandaraya Singapura (entiti bersejarah)

Bandaraya Singapura pernah wujud antara tahun 1951 dan tahun 1965 di Tanah Jajahan Singapura, sebuah Jajahan Mahkota British dan kemudiannya di Negeri Singapura dalam Malaysia, dengan Majlis Bandaraya (City Council) sebagai pemerintah berkuasa. Sebelum tahun 1951, Majlis Bandaraya ini pernah dikenali sebagai Suruhanjaya Perbandaran (Municipal Commission).[1] Bahagian selebihnya Jajahan Mahkota tersebut berada di bawah kuasa Lembaga Luar Bandar Singapura (Singapore Rural Board).

Singapura
Bandar Raya
Bandaraya Singapura
Dari atas kiri ke kanan: Jalan South Bridge, Panggung dan Dewan Peringatan Victoria, Bangunan Mahmkamah Agung, Hotel Raffles, Dewan Bandaraya dan Sungai Singapura pada tahun 1960-an.
Kawasan Tengah (warna merah) Singapura hari ini, sebahagian besar daripadanya adalah sama seperti bekas kawasan bandar raya pada tahun 1965.
Kawasan Tengah (warna merah) Singapura hari ini, sebahagian besar daripadanya adalah sama seperti bekas kawasan bandar raya pada tahun 1965.
Koordinat: 1°17′30″N 103°51′00″E / 1.29167°N 103.85000°E / 1.29167; 103.85000
Negara United Kingdom
(1951–1963)
 Malaysia
(1963–1965)
Negeri Tanah Jajahan Singapura
(1951–1959)
Negeri Singapura
(1959–1965)
Pentadbiran
 • JenisMajlis Bandaraya
 • Datuk BandarOng Eng Guan
Keluasan
 • Jumlah17.84 km2 (6.89 batu persegi)
Zon waktuUTC+7:30 (MALT)
Daerah Pos
1, 6, 7, 8, 9

Sejarah sunting

Pewujudan dan pilihan raya berikutnya sunting

Pada pilihan raya 1948 dan 1951 di Singapura, kawasan pilihan raya telah dilukis sepanjang sempadan Suruhanjaya Perbandaran dan Lembaga Luar Bandar, tiap-tiap kawasan tersebut telah dibahagikan kepada beberapa buah kawasan pilihan raya.[2][3]

Kawasan Perbandaran ini kemudiannya dikurniakan status bandar raya dengan sebuah piagam diraja daripada Raja George VI pada 22 September 1951, ketika Singapura masih sebuah Jajahan Mahkota British.[1] Suruhanjaya Perbandaran asal dengan ini telah dinamakan semula sebagai Majlis Bandaraya, manakala Wisma Perbandaran (Municipal Building) telah dinamakan semula sebagai Dewan Bandaraya (City Hall).

Di antara pilihan raya 1957 dan pemansuhan bandaraya secara berperingkat, Ong Eng Guan dari Parti Tindakan Rakyat (PAP) pernah menjadi datuk bandar selaku ketua parti terbesar dalam Majlis Bandaraya. Ong kemudiannya menjadi Menteri Pembangunan Negara semasa Lee Kuan Yew menjadi perdana menteri.

Pembubaran sunting

Setelah PAP mendapat kuasa berikutan Pilihan Raya Umum 1959 dan membentuk kerajaan pertama setelah Pemerintahan Sendiri dianugerahkan kepada Jajahan Mahkota ini, bandar raya ini telah dimansuhkan, dengan kuasanya dipindahkan kepada badan berkanun.[4]

Pada tahun 1965, setelah penyingkiran Singapura daripada Malaysia, Akta Kemerdekaan Republik Singapura 1965 menyediakan klausa berikut yang memberikan kuasa kepada Presiden untuk memansuhkan Majlis Bandaraya dan Lembaga Luar Bandar, dengan kuasa pihak berkuasa tempatan diambil alih oleh Pemerintah Singapura.

President may by order make such modifications in any written law as appear to him to be necessary or expedient in consequence of the abolition of the City Council and of the Rural Board and of the assumption of the powers of the local authorities by the Government.
(Presiden boleh atas perintah membuat pengubahsuaian sebegitu dalam mana-mana undang-undang bertulis yang beliau lihat perlu atau wajar akibat pemansuhan Majlis Bandaraya dan Lembaga Luar Bandar dan pengambilalihan kuasa pihak berkuasa tempatan oleh Pemerintah.

Legasi sunting

Hari ini, sebahagian besar daripada Kawasan Tengah (Central Area), yang terletak di sudut tenggara Singapura, adalah sama seperti Bandaraya Singapura dahulu kala.

Rujukan sunting

  1. ^ a b "City day". Singapore Infopedia. National Library Board.
  2. ^ "Singapore Legislative Council General Election 1948". Diarkibkan daripada yang asal pada 24 January 2023. Dicapai pada 27 March 2015.
  3. ^ "Singapore Legislative Council General Election 1951". Diarkibkan daripada yang asal pada 27 July 2020. Dicapai pada 27 March 2015.
  4. ^ "Singapore Elections".