Banu al-Khazraj (Arab: بنو الخزرج) ialah satu daripada suku Arab pada zaman Nabi Muhammad (SAW).[1][1]

Sejarah

sunting

Sejarah awal

sunting

Abu Muhammad Al-hasan Ibn Ahmad al-Hamdani menyatakan bahawa Bani Khazraj, bersama-sama Bani Aws, menduduki kawasan berdekatan Yathrib pada lebih kurang abad Kedua Masihi sebagai sebahagian pemindahan Arab dari Yaman berikutan kerosakan Empangan Agung.

Selepas penempatan mereka di madinah dilaporkan bahawa kedua-dua suku beasr ini bertelagah dan bermusuhan. Sumber Yahudi menyatakan bahawa mereka berperang satu sama lain dalam Pertempuran Bu'ath beberapa tahun sebelum Nabi Muhammad (SAW) berhijrah ke Madinah.[1]

Ada tiga suku besar Yahudi yang menetap di Madinah pada masa itu: Bani Qainuqak, Banu Nadhir dan Bani Quraizah.

Dalam persengketaan Aws – Khazraj, Bani Nadhir dan Bani Quraizah berjuang di sebelah Banu Aws, sementara Bani Qainuqah menyokong Khazraj. Bani Khazraj ditewaskan Aws selepas pertempuran sengit dan berpanjangan.[1].

Hijrah — 622 M

sunting

Lihat juga: Hijrah

Nabi Muhammad S.A.W bertindak sebagai orang tengah dan pendamai selepas dijemput kedua-dua pihak untuk membantu mengakhirkan pertelingkahan antara Aws dan Khazraj. Baginda S.A.W berjaya melakukannya dan kemudiannya kedua-dua pihak diserap menjadi umat Islam.

Bani Aws termasuk dalam Fasal 30-31 Sahifat al-Madinah sebagai sekutu Muslim sebagai 'satu umat dengan Mukmin'.[2][3] Rentetan daripada ini, Bani Khazraj dan yang lain di Madinah dikenali sebagai Ansar.

Namun Abdullah bin Ubai, ketua Khazraj,[4] berkomplot menentang Nabi Muhammad S.A.W.[5]

Orang ternama

sunting

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c d Laman jewishencyclopedia.com Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "jewishencyclopedia 1" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ http://en.wikisource.org/wiki/Constitution_of_Medina
  3. ^ The Message
  4. ^ a b jewishencyclopedia.com
  5. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-06-30. Dicapai pada 2012-09-03.
  6. ^ a b c d e f g h i The Sealed Nectar The Second ‘Aqabah Pledge on sunnipath.com
  7. ^ a b Imamate: The Vicegerency of the Prophet
  8. ^ a b islamonline.net [1]