Bea Rose Monterde Santiago (lahir 17 Februari 1990 di Muntinlupa, Metro Manila, Filipina[2]), ialah pelakon, model dan ratu cantik Filipina-Kanada yang dimahkotakan Miss International 2013 pada 17 Disember 2013.[3] Sebelum kemenanangannya di Binibining Pilipinas, beliau ialah penyandang gelaran Mutya ng Pilipinas 2011 yang mewakili masyarakat Filipina di Kanada.[4] Beliau ialah model fesyen untuk Elite Model Management sebelum menyertai Binibining Pilipinas 2013.

Bea Santiago
Santiago pada 2013
Kelahiran
Bea Rose Monterde Santiago

(1990-02-17) 17 Februari 1990 (umur 34)[1]
Kampung asalCataingan, Masbate, Filipina
Ketinggian5 ft 9 in (1.75 m)
PangkatMutya ng Pilipinas 2011 Overseas Communities
Binibining Pilipinas International 2013
Miss International 2013
Pemenang pertandingan kecantikan
AgensiBinibining Pilipinas Charities, Inc. dan Star Magic (2013)
Viva Artist Agency (2014-kini)
Warna rambutHitam
Warna mataCoklat
Pertandingan
utama
Mutya ng Pilipinas 2011
(Top 10)
Miss Tourism Queen of the Year International 2012
(Top 10)
Binibining Pilipinas 2013
(Pemenang- Binibining Pilipinas International 2013)
Miss International 2013
(Pemenang)

Kehidupan awal sunting

Santiago dilahirkan Muntinlupa, berpindah ke Cataingan, Masbate dan dibesarkan oleh datuknya. Beliau pergi ke Bandar Masbate dan belajar di Liceo de Masbate.[5] Beliau ialah anak sulung daripada tiga beradik. Pada usia 15 tahun, Santiago dan keluarganya berpindah ke Kanada di mana beliau mempelajari bidang Komunikasi di Universiti York dan menjadi model di bawah Elite Model Management.[2][6]

Rujukan sunting

  1. ^ http://www.sashfactor.info/viewtopic.php?f=2&t=7009
  2. ^ a b "Bea Rose clarifies residency issue". ABS-CBN News and Current Affairs. December 18, 2013.
  3. ^ "Miss Philippines wins Miss International 2013". Rappler. December 17, 2013.
  4. ^ "Vicki Rushton wins Mutya ng Pilipinas 2011". ABS-CBN News and Current Affairs. December 3, 2011.
  5. ^ Miguel Dumaual (December 19, 2013). "Ms. International Bea Rose recalls first heartbreak, rejections". ABS-CBN News and Current Affairs.
  6. ^ "Get to know Miss International 2013". Rappler. December 17, 2013.

Pautan luar sunting

Anugerah dan pencapaian
Didahului oleh
  Ikumi Yoshimatsu
Miss International
2013
Diikuti oleh:
  Valerie Hernandez
Didahului oleh
Nicole Schmitz
Binibining Pilipinas International
2013
Diikuti oleh:
Bianca Guidotti