Bebawang
Bebawang (Jawi: بباوڠ ) ialah bahagian dalam sesebuah tumbuhan berupa umbi terdiri daripada batang sangat pendek dan tebal menempatkan pangkal daun berlapis-lapis di mana terisinya bekalan tenaga [1] mahupun cara biak secara vegetatif. Contoh tumbuhan yang membiak secara bebawang ialah bawang, tulip dan bunga seri pagi.
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/6/68/Bawang-bawangan.jpg/220px-Bawang-bawangan.jpg)
Batang dalam pusat bebawang ini dalam bentuk menegak. Terdapat kawasan pertumbuhan yang ditutupi oleh lapisan-lapisan daun bernabu terbahagi kepada lapisan luar yang bertindak sebagai lapisan bekalan tenaga dan lapisan dalam yang menumbuhkan tunas.[2] Di celah-celah antara daun bernabu dan batang tumbuh tunas yang dikenali sebagai tunas aksil; tunas aksil inilah yang akan membentuk bebawang yang baru.
Bebawang meningkat dari segi saiz dan berat pada fasa tumbesaran semasa dan selepas tempoh berbunga.[2]
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Bell, A. D. (1997). Plant form: an illustrated guide to flowering plant morphology. Oxford, U.K: Oxford University Press.
- ^ a b Mishra, S.R. (2005). Plant Reproduction. Discovery Publishing House. m/s. 120–125. ISBN 978-81-7141-955-5.