Umbi (Jawi: اومبي)[1] atau tuber (Jawi: توبر‎, Biologi[2]) adalah bahagian akar sesebuah tumbuhan yang menggemuk bengkak dijadikan tempat menyimpan bekalan tenaga dan nutrien serta sebagai salah satu contoh pembiakan vegetatif.[3]

Tuber oka

Tuber mempunyai mata yang mengandungi daun sisik dan tunas.

Contoh tumbuhan yang membiak dengan cara tuber ialah:

  • Kentang - Tunas-tunas pada kentang akan berkembang membentuk batang dan seterusnya mewujudkan anak pokok yang baru.
  • Keladi
  • Oka

JenisSunting

  • Umbi akar (tuber rhizogenum, root tuber): terbentuk dari akar baik jenis tunjang (seperti pada lobak) mahupun jenis cabang atau serabut (seperti keledek, keladi dan sebagainya).
  • Umbi batang (tuber cauligenum, stem tuber): terbentuk dari batang yang barangkali boleh tumbuh bercabang-cabang (rhizoma). Umbi jenis mampu memunculkan tunas mahupun akar, sehingga kerap kali digunakan manusia untuk membiakkan tumbuhan baharu dari pokok induk yang asal.
  • Bebawang (bulbus, bulb): umbi terbentuk dari pangkal daun keras (discus) membentuk lapisan daun dan tunas tebal dan berisi tersusun rapat

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ "umbi". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  2. ^ "tuber". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  3. ^ Rooting cuttings of tropical trees, London: Commonwealth Science Council, 1994, m/s. 11, ISBN 978-0-85092-394-0