Berhala (pinjaman Bahasa Sanskrit: भट्टार bhaṭṭāra "yang terhormat", melalui bahasa Jawa Kuno ꦧꦫꦭ bharala "dewa"[1]) adalah objek berbentuk makhluk hidup atau benda yang didewakan, disembah, dipuja dan dibuat oleh tangan manusia.

Upacara pemujaan anak lembu emas oleh Nicolas Poussin

Amalan menyembah berhala terdapat dalam banyak agama, terutama agama-agama yang berkepercayaan terhadap berbilang dewa-dewi atau yang mirip sebegitu seperti Hinduisme, paganisme dan sebagainya. Ia amat ditentang keras oleh kebanyakan agama monoteisme seperti agama-agama Islam, Yahudi dan Kristian dan ia dikira sebagai salah satu dosa besar mensyirikkan tuhan dan tidak boleh diampunkan.

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ Monier-Williams, Monier (1981). A Sanskrit-English Dictionary. Delhi, Varanasi, Patna: Motilal Banarsidass. m/s. 745. - melalui Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini. Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 30.