Biji

(Dilencongkan dari Biji benih)

Biji, biji benih atau benih (bahasa Latin: semen) ialah bakal biji (ovul) daripada tumbuhan berbunga yang telah masak. Biji ini terlindung oleh buah pada angiosperma namun tidak pada gimnosperma. Dari sudut pandang evolusi, biji merupakan embrio atau tumbuhan kecil yang termodifikasi sehingga dapat bertahan lebih lama pada keadaan kurang sesuai untuk pertumbuhan. (Lihat: pergiliran keturunan).

Biji pada potongan cabai merah

Benih merupakan perkembangan penting dalam pengeluaran dan kesinambungan tumbuhan gimnosperma dan angiosperma berbanding tumbuhan lebih primitif seperti paku pakis, lumut dan lumut hati yang tidak mempunyai benih dan bergantung kepada air untuk pembiakan. Tumbuhan dengan biji kini menguasai segmen biologi di darat dari hutan hingga ke perumputan di kedua-dua iklim panas dan sejuk.

Peristilahan sunting

Istilah "benih" juga mempunyai maksud umum yang lebih moden iaitu "semua perkara boleh disemai". Misalnya, "benih kentang", "benih jagung" atau "benih bunga matahari".

Lihat juga sunting

Rujukan sunting