Bintang Salib Besi Darjah Utama

Bintang Salib Besi Darjah Utama (Bahasa Jerman: Stern zum Grosskreuz des Eisernen Kreuzes atau Star of the Grand Cross of the Iron Cross), merupakan darjah kebesaran yang tertinggi sekali dan paling kanan dalam senarai keutamaan anugerah Kerajaan Prusia dan Empayar Jerman (termasuk Reich Ketiga). Ia dianggap satu pingat yang lebih atas dari Salib Besi Darjah Utama.

Bintang Salib Utama dikurniakan kepada jeneral-jeneral yang paling cemerlang dengan menunjukkan kepimpinan yang mengagumkan bagi faedah luar biasa negara Jerman. Ia telah dikurniakan sebanyak dua kali, lebih seabad yang lalu, kepada Fil Marsyal Gebhard von Blücher pada tahun 1813 dan kepada Fil Marsyal Paul von Hindenburg pada tahun 1918. Anugerah von Blucher telah dirujuk sebagai Blucherstern (bintang Blucher) manakala anugerah Hindenburg dikenali sebagai Hindenburgstern (bintang Hindenburg).

Sewaktu pemerintahan Jerman Nazi, ia berniat untuk mengurniakan Bintang Salib Besi Darjah Utama kepada Panglima Jerman yang paling berjaya dalam Perang Dunia Kedua, selepas Jerman mencapai kemenangan mutlak. Apabila Jerman telah dikalahkan pada tahun 1945, pingat tersebut tidak pernah dikurniakan dibawah kerajaan Nazi dan semenjak itu tiada lagi penganugerahan.

Rujukan sunting

  • Price, Judith (2011). Lest We Forget: Masterpieces of Patriotic Jewelry and Military Decorations. Lanham: Taylor Trade Pub. ISBN 9781589796867.
  • Zabecki, David T., penyunting (2014). Germany at War: 400 Years of Military History. Santa Barbara: ABC-CLIO. ISBN 9781598849813.