Bollywood (bahasa Hindi: बॉलीवुड, bahasa Urdu: بالی وڈ) ialah nama tidak rasmi yang diberikan kepada filem Hindi yang berasas di Mumbai, India. Istilah ini sering digunakan secara tidak tepat kepada keseluruhan wayang India kerana Bollywood hanyalah sebahagian daripada industri filem India.[1][2][3]

Pawagam Asia Selatan
Perfileman Bengali
Perfileman Assam
Perfileman Bengali
Bollywood
Perfileman Karnataka
Kollywood
Perfileman Marathi
Perfileman Malayalam
Tollywood

Nama Bollywood adalah suatu portmanteau Bombay (nama lama Mumbai) dan Hollywood, pusat industri filem Amerika. Walaupun sesetengah orang tidak gemar dengan nama tersebut, atas alasan bahawa ia menampakkan industri tersebut seolah-olah kelihatan seperti saudara miskin jika dibandingkan dengan Hollywood, ia masih berterusan digunakan dan sekarang ia mempunyai masukan sendiri dalam Kamus Inggeris Oxford.

Bollywood pada umumnya dirujuk kepada wayang Hindi, walaupun Bahasa Hindustan, substratum umum kepada Hindi dan Urdu, adalah lebih tepat. Bollywood terdiri daripada bahasa-bahasa Hindi, Urdu dan Inggeris. Kegunaan kata-kata madah Urdu juga agak banyak. Perhubungan di antara bahasa Hindi, Urdu, dan Hindustan adalah hal yang masih sangat diperbalah.

Penambahan ketara Bahasa Inggeris India dalam dialog dan lagu juga terdapat dalam filem Bollywood kini. Tidaklah janggal untuk melihat filem yang mencirikan dialog dengan perkataan dan ungkapan, juga ayat penuh berbahasa Inggeris. Kini juga terdapat sebilangan filem penuh berbahasa Inggeris. Berapa filem juga ditayangkan dalam dua atau tiga bahasa (sama ada menggunakan sarikata, atau beberapa runut bunyi).

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ "'The word B'wood is derogatory'". The Indian Express. Dicapai pada 11 November 2016.
  2. ^ Richard Corliss (16 September 1996). "Hooray for Bollywood!". Time.
  3. ^ Mazumdar, Ranjani. Bombay Cinema: An Archive of the City. University of Minnesota Press. ISBN 9781452913025.

Pautan luarSunting