SAC Borhan bin Daud merupakan bekas pegawai polis di Malaysia [1].

Datuk
Borhan Daud
PGB AMP KMN DPSM
Kelahiran (1958-09-05) 5 September 1958 (umur 65)
Alor Gajah, Malacca, Federation of Malaya
Kesetiaan Malaysia
Perkhidmatan Royal Malaysia Police
Tahun perkhidmatan1980-2018
Pangkat Senior Assistant Commissioner of Police
Jumlah perkhidmatanG/9624

Kehidupan awal sunting

Beliau lahir pada 5 September tahun 1958 di Alor Gajah, Melaka.

Kerjaya polis sunting

Beliau menyertai pasukan polis pada 25 Mei tahun 1980 sebagai seorang Inspektor Percubaan dan menjalani latihan asas polis di Pusat Latihan Polis di Jalan Gurney, Kuala Lumpur. Selepas tamat latihan tersebut, beliau telah ditugaskan di Cawangan Khas, ibu pejabat polis di Bukit Aman.

Semasa bertugas di Cawangan Khas Bukit Aman, beliau memegang pangkat Ketua Inspektor dan telah mengetuai operasi khas yang dinamakan "Operasi Kelisa". Objektif operasi tersebut ialah mengesan dan melumpuhkan pergerakan pengganas komunis di kawasan Mentakab, Pahang pada 10 Mei tahun 1986. Dalam operasi tersebut, Borhan dan pasukannya telah menyerbu sebuah rumah yang dijadikan tempat pertemuan pengganas komunis. Hasil daripada serbuan tersebut, empat orang pengganas komunis telah terbunuh dan pelbagai jenis senjata api termasuk peluru dan bom tangan telah dirampas

Pada 12 Mac tahun 1988, Borhan sekali lagi bertanggungjawab mengetuai sebuah operasi sulit di Cawangan Khas Bukit Aman yang dinamakan "Operasi Tanglung". Beliau sekali lagi menyerlahkan kebijaksanaan kepimpinan beliau melalui perancangan yang rapi dan membawa kepada kejayaan penahanan 86 orang pengganas komunis dari Unit Tempur ke-6 yang diketuai oleh Chong Chor. Susulan daripada penahanan tersebut, pihak polis telah berjaya merampas sejumlah besar senjata api, peluru, dan bahan letupan termasuk beberapa dokumen penting yang mempunyai nilai risikan tinggi.

Jawatan terakhir Beliau di dalam pasukan polis ialah sebagai Ketua Cawangan Khas Melaka berpangkat Senior Asisten Komisioner (SAC).

Darjah kebesaran sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "full text of judgement". www.thestar.com.my. 19 October 2007.
  2. ^ "Senarai Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Tahun 1989" (PDF).
  3. ^ "Senarai Penerima Kesatria Mangku Negara Tahun 2017" (PDF).
  4. ^ "Sultan of Pahang's 77th birthday honours list". www.thestar.com.my.