Melaka

negeri Malaysia di Semenanjung Melayu
(Dilencongkan dari Malacca)

Melaka (Jawi: ملاک) merupakan sebuah negeri di Malaysia yang terletak di kawasan selatan Semenanjung Tanah Melayu menghadap Selat Melaka. Negeri ini bersempadankan Negeri Sembilan di bahagian utara dan barat dan Johor di bahagian selatan. Eksklaf Tanjung Tuan juga bersempadankan Negeri Sembilan di bahagian utara. Ibu negerinya ialah Bandaraya Melaka, yang disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak 7 Julai 2008. Bandaraya Melaka terletak 148 kilometer (92 bt) ke arah tenggara ibu negara Malaysia Kuala Lumpur, 235 kilometer (146 bt) ke arah barat laut bandar raya terbesar Johor Johor Bahru dan 95 kilometer (59 bt) ke arah barat laut bandar raya kedua terbesar Johor Batu Pahat.

Melaka
ملاک
Melakauu
Transkripsi lain
 • InggerisMalacca
 • Cina马六甲 (Ringkas)
馬六甲 (Tradisional)
 • Tamilமலாக்கா
Malākkā (Transliterasi)
 • KristangMalaká
Nama panggilan: Negeri Bersejarah
Cogan kata: Bersatu Teguh
Lagu: "Melaka Maju Jaya"
Peta menunjukkan lokasi Melaka di Malaysia
   Melaka di    Malaysia
Koordinat: 2°12′N 102°15′E / 2.200°N 102.250°E / 2.200; 102.250Koordinat: 2°12′N 102°15′E / 2.200°N 102.250°E / 2.200; 102.250
NegaraMalaysia
Ibu kota
(dan bandar raya terbesar)
Bandaraya Melaka
Pentadbiran
 • Yang di-PertuaMohd Ali Mohd Rustam
 • Ketua MenteriAb Rauf Yusoh
Keluasan
 • Jumlah1,713 km2 (661 batu persegi)
Aras tertinggi512 m (1,680 ft)
Penduduk
 (2020)[1]
 • Jumlah998,428
 • Kepadatan583/km2 (1,510/batu persegi)
Indeks Pembangunan Manusia
 • IPM (2019)0.835 (sangat tinggi) (4th)
Poskod
75xxx hingga 78xxx
Kod panggilan06
Kod ISO 3166MY-04
Pendaftaran kenderaanM
Kesultanan Melayu MelakaAbad ke-15
Penguasaan Portugis[2]24 Ogos 1511
Penguasaan Belanda[3][4]14 Januari 1641
Penguasaan British[3][4][5][6]17 Mac 1824
Pendudukan Jepun[7][8]11 Januari 1942
Kemasukan ke dalam Malayan Union[9]1 April 1946
Kemasukan ke dalam Persekutuan Tanah Melayu[10]1 Februari 1948
Kemerdekaan sebagai sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu[11]31 Ogos 1957
Laman sesawangwww.melaka.gov.my

Melaka mempunyai hutan hujan tropika dengan berbagai-bagai jenis flora dan fauna dan mengalami iklim khatulistiwa. Terletak betul-betul ke arah selatan Banjaran Titiwangsa, sebahagian besar daripada negeri ini adalah kawasan datar yang bertaburkan inselberg, dengan Bukit Gapis sebagai puncak tertinggi.

Walaupun Melaka merupakan lokasi salah satu kesultanan Melayu awal, iaitu Kesultanan Melaka, sistem beraja tempatan ini telah dimansuhkan ketika Portugis menaklukinya pada tahun 1511. Ketua negeri ini ialah Yang di-Pertua Negeri atau secara tidak rasminya Gabenor, dan bukannya seorang sultan. Melaka terkenal dengan sejarah uniknya dan ia merupakan salah satu destinasi pelancong utama di Malaysia. Dengan kedudukan yang amat strategik untuk jalan perdagangan antarabangsa, Melaka pernah merupakan sebuah pusat perdagangan antarabangsa yang terkenal di Timur. Banyak pedagang yang berlabuh di Melaka, terutamanya pedagang dari Tanah Arab, China dan India, berdagang di perlabuhan Melaka, dan dari situlah lahirnya banyak keturunan dan suku kaum tersebut yang wujud di Melaka sehingga hari ini. Pelbagai adat etnik dan tradisi bercampur dengan sempurna di Melaka. Kehidupan aman rakyat Melaka berpunca daripada kehidupan pelbagai kaum yang telah melahirkan orang-orang Melayu, Cina, India, Baba dan Nyonya, Serani, dan Chitty.[12]

Pada tahun 2008 Melaka diisytiharkan oleh UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia (World Heritage Site).

[13] Negeri Melaka juga diisytiharkan sebagai 'Melaka Maju' pada 20.10.2010 pada jam 20:10 di Stadium Hang Jebat yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia langsung dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Melaka juga dinyatakan sebagai Negeri Bandar Teknologi Hijau.[14][15] Negeri ini mempunyai penduduk yang agak berpendidikan tinggi, dengan kadar literasi remaja 99.5% seperti yang dilaporkan oleh Laporan Matlamat Pembangunan Millennium 2015.[16] Pada tahun 2016, Melaka menjadi tempat paling selamat untuk tinggal di Malaysia.[17] Kadar jenayah indeks negeri mencatatkan penurunan sebanyak 15.5 peratus pada tahun 2017 dengan 3,096 kes direkodkan berbanding 3,663 pada 2016.[18] Melaka mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 8.1% pada 2017, yang kedua tertinggi di negara ini selepas Sabah. Sektor perkhidmatan kekal sebagai penyumbang utama kepada ekonomi negeri ini pada 44.8% daripada KDNK. KDNK per kapita juga berkembang 11.2% kepada RM46,015 pada 2017, melebihi angka peringkat nasional sebanyak RM42,228.[19] Laporan Sosioekonomi Negeri 2017 yang diterbitkan pada 26 Julai 2018 melaporkan bahawa Melaka merupakan negeri yang merekodkan kadar pengangguran terendah pada tahun 2017 dengan hanya 1.0 peratus.[20]

Geografi

sunting
 
Bukit Saint Paul di Bandaraya Melaka.

Melaka terletak di pantai barat daya Semenanjung Malaysia, serta bertentangan dengan Sumatera. Berkeluasan 1,650 kilometer persegi, ia bersempadankan Negeri Sembilan di utara dan Johor di timur. Puncak tertinggi negeri ini, iaitu Gunung Melaka, terletak di Daerah Jasin, berdekatan dengan sempadan Negeri Sembilan. Berhampiran titik pertemuan sempadan dengan Johor dan Negeri Sembilan pula, berdirinya Gunung Ledang setinggi 1,276 meter dari aras laut. Pulau Besar yang terletak di luar pantai Daerah Jasin merupakan pulau terbesar di negeri ini, dan ditadbir secara langsung oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.

Negeri ini disaliri oleh tiga batang sungai iaitu Sungai Linggi di utara, Sungai Melaka di tengah dan Sungai Kesang di selatan. Sungai Linggi membentuk sempadan semulajadi antara negeri tersebut dengan Negeri Sembilan, manakala Sungai Kesang pula memisahkannya dengan Johor.

Melaka merupakan antara negeri-negeri di kawasan pantai barat yang membangun di mana mempunyai peratus kaum Melayu antara yang terbesar (67%) berbanding negeri-negeri lain yang membangun di kawasan pantai barat seperti Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan Pulau Pinang.

Bandar-bandar utama di negeri Melaka ialah Bandaraya Melaka, Alor Gajah, Masjid Tanah, Jasin, Merlimau, Tampin/Pulau Sebang dan Ayer Keroh.

Demografi

sunting

Menurut Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020, jumlah penduduk Melaka pada tahun 2020 ialah sebanyak 998,428 orang dengan kepadatan 583 orang perkilometer persegi. Sebanyak 92.9 peratus dari jumlah penduduk adalah warganegara. Hampir 91% penduduk tinggal di kawasan bandar. Daerah Melaka Tengah mencatatkan penduduk paling ramai iaitu 60 peratus daripada keseluruhan penduduk Melaka.[21]

Kumpulan etnik

sunting

Berikut merupakan kumpulan etnik terbesar di Melaka mengikut jumlah penduduk pada tahun 2023

Kewarganegaraan Etnik %
Warganegara Melayu 71.4
Cina 22.4
India 5.5
Bumiputera lain 1.0
Bukan warganegara N/A 7.8

Kepercayaan penduduk

sunting

Berikut merupakan jumlah penduduk mengikut kepercayaan pada tahun 2020;

Agama Jumlah %
Islam 687,701 68.88
Buddha 191,717 19.2
Hindu 52,640 5.27
Kristian 26,282 2.63
Lain-lain 4,846 0.49
Tiada atau tidak diketahui 35,242 3.53

Sejarah

sunting

Kesultanan Melaka

sunting
 
Imej panji Kesultanan Melaka dari peta Portugis The Cantino Planisphere yang telah dihasilkan pada tahun 1502 iaitu kira-kira 9 tahun sebelum Melaka diserang Portugis pada tahun 1511
Sultan Melaka Tempoh memerintah
Parameswara
(Raja Iskandar Shah)
1400 – 1414
Megat Iskandar Shah 1414 – 1424
Sultan Muhammad Shah, Melaka 1424 – 1444
Sultan Abu Syahid 1444 – 1446
Sultan Muzaffar Shah 1446 – 1456
Sultan Mansur Shah 1456 – 1477
Sultan Alauddin Riayat Shah 1477 – 1488
Sultan Mahmud Shah 1488 – 1511

Semuanya mula berkembang hingga 751 tahun yang lalu (1262) ketika Parameswara menemui Melaka pada abad ke-14, seorang raja Srivijaya dari Palembang, yang memerintah pada abad ke-14.[22][23][24] Nama Melaka diambil sempena nama pohon tempat Parameswara berteduh. Pada ketika itu, satu perkara aneh berlaku yang mana seekor pelanduk putih telah menendang anjing-anjing raja. Melihatkan kejadian itu Parameswara merasa kagum dan memerintahkan agar kawasan tersebut dibuka dan dinamakan sebagai Negeri Melaka. Kesultanan ini memerintah Melaka selama 110 tahun sehingga ditewas oleh pihak Portugis pada tahun 1511.[25]

Empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, dan terdiri daripada Tanah Melayu, (kini, Semenanjung Malaysia), Singapura, dan sebahagian besar Sumatera. Pesaing utama Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di selatan (pulau Jawa). Semasa zaman kegemilangan Kesultanan Melaka, lahirlah nama-nama besar seperti Tun Perak, Hang Tuah lima bersaudara yang merupakan pahlawan besar ketika itu.[26][27]

Sultan Mahmud Shah, Sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka, merupakan mangsa keadaan disebabkan Portugal pada awal abad ke-16 sedang meluaskan kuasanya ke luar negara bagi merealisasikan impiannya iaitu 3K (Keagamaan, Kekuasaan, Kekayaan).[28][29]

Pemerintahan penjajah

sunting
 
Kubu A Famosa, bekas penjajahan Portugis di Melaka
 
Pembinaan Kubu Middleburg telah dilaksanakan pada tahun 1660 ketika itu dibawah era Kolonial Belanda, ia terletak secara strategik di muara Sungai Melaka.

Melaka dikuasai oleh pihak Portugis di bawah pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 24 Ogos 1511.[30] Ia menjadi suatu pangkalan strategik bagi pengembangan pihak Portugis di Hindia Timur dan diperintah oleh mereka selama 130 tahun.

Pada tahun 14 Januari 1641, pihak Belanda menguasai Melaka dengan menewasan pihak Portugis melalui bantuan Sultan Johor. Walau bagaimanapun, pihak Belanda tidak berminat menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan di antara Timur dan Barat tetapi lebih mementingkan pembangunan Batavia (Jakarta) di Indonesia sebagai pusat pentadbiran mereka. Mereka menyerahkan Melaka kepada pihak British mengikut Perikatan British-Belanda pada 17 Mac 1824.

Belanda memerintah Melaka dari tahun 1641 hingga 1798 tetapi mereka tidak berminat membangunkannya sebagai pusat perdagangan tetapi memberi tumpuan yang lebih penting kepada Batavia (Jakarta) di Jawa sebagai pusat administrasi mereka. Walau bagaimanapun, mereka masih membina mercu tanda mereka, lebih dikenali sebagai Stadthuys. Di zaman Belanda bangunan itu berwarna putih, cat merah adalah kemudiannya.

Melaka diserahkan kepada British dalam Perjanjian Anglo-Belanda pada 1824 sebagai pertukaran untuk Bencoolen di Sumatra. Dari tahun 1824 hingga 1942, Melaka berada di bawah pemerintahan British, yang pertama oleh British East India Company dan kemudian sebagai koloni mahkota. Disebabkan ketidakpuasan dengan bidang kuasa British terhadap Naning, Dol Said, ketua tempatan dan Syarikat India Timur telah berperang dari 1831 hingga 1832, yang menyebabkan kemenangan British yang tegas. Ia membentuk sebahagian daripada Negeri-negeri Selat, bersama-sama dengan Singapura dan Pulau Pinang. Melaka secara ringkas di bawah pemerintahan Kerajaan Jepun pada tahun 1942-1945[31] semasa Perang Dunia II.

Era pasca penjajahan

sunting

Selepas pembubaran koloni mahkota ini, Melaka dan Pulau Pinang menjadi sebahagian daripada Malayan Union pada 1 April 1946,[32] yang kemudiannya menjadi Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948.[33] Pengisytiharan kemerdekaan telah dibuat oleh Perdana Menteri Malaya pertama, Tunku Abdul Rahman, di Padang Pahlawan pada 20 Februari 1956, yang akhirnya membawa kepada kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.[34] Pada 16 September 1963,[35] Malaysia dibentuk dengan penggabungan Tanah Melayu dengan Sabah, Sarawak dan Singapura, dan Melaka menjadi sebahagian daripadanya. Pada 15 April 1989, Melaka telah diisytiharkan sebuah bandar bersejarah. Ia kemudiannya disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak 7 Julai 2008.[36]

Kerajaan negeri

sunting
 
Kompleks Seri Negeri di Ayer Keroh.

Negeri Melaka ditadbir oleh Dewan Undangan Negeri dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka (Exco) sendiri. Dewan Undangan Negeri merupakan kuasa tertinggi dalam menetapkan polisi di dalam negeri. Exconya bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri yang diwakili oleh pelbagai orang yang dilantik setiap lima tahun. Ia diketuai oleh Yang di-Pertua Negeri yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong Malaysia.

Jabatan Ketua Menteri ialah tiang pentadbiran negeri yang meletakkan pejabat Ketua Menteri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri serta lain-lain jabatan. Bagi pentadbiran, Melaka dibahagikan kepada tiga daerah di bawah majlis daerah masing-masing, iaitu:

Mereka menyediakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan kepada penduduk dalam menjalankan kehidupan harian mereka.

Senarai TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka

sunting


Nama Mula berkhidmat Tamat berkhidmat
Tun Leong Yew Koh 31 Ogos 1957 31 Ogos 1963
Tun Haji Abdul Malek Yusuf 31 Ogos 1963 30 Ogos 1971
Tun Haji Abdul Aziz Abdul Majid 31 Ogos 1971 9 Mei 1975
Tun Syed Zahiruddin bin Syed Hassan 23 Mei 1975 30 Nov 1984
Tun Syed Ahmad Bin Syed Mahmud Shahabuddin 4 Dis 1984 3 Jun 2004
Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Yaakob 4 Jun 2004 4 Jun 2020

Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Mohd Rustam

4 Jun 2020

hingga kini


Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan

sunting

Melaka dibahagikan kepada 3 buah daerah dan 4 pihak berkuasa tempatan.

Kedudukan Daerah Keluasan (kmsq) Penduduk (2008) Jabatan Daerah Kerajaan Tempatan
!000001 Melaka Tengah 279.85 503,127 Bandaraya Melaka Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya
!000002 Jasin 676.07 135,317 Jasin Majlis Perbandaran Jasin
!000003 Alor Gajah 660.00 182,666 Alor Gajah Majlis Perbandaran Alor Gajah

Kebudayaan dan ekonomi

sunting
 
Zon Perindustrian Bebas Tanjung Kling

Sektor pelancongan dan perkilangan ialah sektor utama dalam menjana ekonomi negeri. Melaka telah mengamalkan slogan "Melawat Melaka Bererti Melawat Malaysia". Melaka kaya dengan tempat-tempat yang menarik dan bersejarah. Terdapat peta pelancongan yang disediakan oleh Melaka.[37][38]

Pada 2017, negeri ini mencatatkan 16.79 juta kedatangan pelancong, jumlah tertinggi setakat ini. Walaupun negeri ini kecil, yang merangkumi 1,644 meter persegi, Melaka menjadi destinasi pilihan untuk pelancong dari China, Singapura, Indonesia, Taiwan dan Hong Kong.[39] Sepanjang tempoh enam bulan pertama (Januari-Jun) 2018, lebih 8.73 juta pelancong direkodkan telah melawat Melaka iaitu lebih tujuh peratus berbanding 8.14 juta pelancong bagi tempoh enam bulan pertama 2017. Ia menunjukkan peningkatan sebanyak 599,037 pelancong. Peningkatan ini disumbangkan oleh penambahan pelancong domestik ke Melaka iaitu lebih 72,000 atau 1.36 peratus. Bagi pelancong domestik lima negeri yang dilaporkan ramai mengunjungi negeri ini ialah dari Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Terengganu dan Negeri Sembilan. Kebanyakan pelancong ini gemar menikmati ikan bakar dan asam pedas di Melaka. Selain itu, kedatangan pelancong asing turut mengalami peningkatan mendadak iaitu lebih 520,000 atau 19.03 peratus. Pelancong dari lima negara merekodkan kadar tertinggi iaitu China, Singapura, Indonesia, Korea Selatan dan Vietnam.[40]

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Melaka menerima banyak penghargaan antarabangsa. Bandar ini telah disenaraikan oleh beberapa penerbitan, termasuk Forbes dan Lonely Planet, sebagai salah satu Destinasi Pelancongan Utama di Asia dan Dunia.[41][42] Melaka disenaraikan sebagai salah satu daripada 10 Destinasi Terbaik di Malaysia oleh Tripadvisor.[43] Aplikasi Waze mengiktiraf Melaka dengan Anugerah 'The Best City to Drive In'.[44] Di peringkat global, bandar bersejarah ini menduduki tangga hadapan mendahului kota metropolitan utama seperti Sydney, Lisbon, dan Barcelona.[45] Bandar ini juga telah diiktiraf oleh HuffPost sebagai antara 15 dari Best Street Art Cities.[46] Di samping itu, penerbitan Time meletakkan Melaka sebagai salah satu tempat terbaik untuk hidup dan bersara.[47]

Antara kebudayaan Melaka yang unik ialah Dondang Sayang yang diiktiraf oleh UNESCO. Dondang Sayang ialah seni Melayu tradisional yang masih diamalkan di Melaka oleh empat komuniti: masyarakat Melayu, Baba Nyonya, Chitty dan Portugis. Praktik ini menggabungkan unsur-unsur muzik (biola, gong dan tamborin atau tambor), lagu dan dikir, dan ciri-ciri puisi merdu yang indah. Juga dikenali sebagai balada cinta, lagu-lagu yang digunakan oleh masyarakat untuk menyampaikan perasaan kasih sayang dan memberi nasihat mengenai topik-topik khas seperti kasih sayang dan kebaikan.[48][49]

Melaka juga terkenal dengan makanannya, terutamanya gaya masakan Baba dan Nyonya yang terdiri daripada gaya masakan Cina dan Melayu. Kebanyakan hidangannya ialah pedas dan berempah. Bagi makanan, Melaka mendapat pengiktirafan daripada World Street Food Congress untuk Mee Siam Nyonya (ke-34) dan Satay Jalan Kuli (ke-43).[50] Pelbagai hidangan jalanan dan makanan lazat di Melaka termasuk (tetapi tidak terhad kepada) sate celup; bebola nasi ayam; mi itik; mi wantan gaya Melaka; laksa nyonya; pai tee (juga dikenali sebagai pie tee dan topi atas); ayam pongteh; asam pedas dengan ikan; makanan laut dan ikan bakar Portugis; fishball lobak; coconut shake; cendol nyonya; putu piring; dan kuih nyonya.[51]

 
Rumah baba-nyonya di Melaka.

Sehingga hari kini, kebanyakan adat-adat kuno yang berasal daripada pendudukan Portugis masih diamalkan, termasuknya "Intrudu" (sejenis perayaan air yang menandakan permulaan musim Lent, iaitu musim puasa bagi orang Katolik), "branyu" (sejenis tarian tradisional) dan "santa cruz" (sejenis perayaan jalan tahunan)

Selain daripada pelancongan, Melaka juga menjadi pusat pengeluaran barangan tempatan daripada makanan dan barangan konsumer kepada barangan komponen-komponen senjata dan automotif berteknologi tinggi, elektronik serta komponen-komponen komputer. Terdapatnya sekurang-kurang 23 kawasan perindustrian yang merangkumi lebih kurang 500 kilang Amerika Syarikat, Jerman, Jepun, Taiwan dan Singapura.

Perkhidmatan perubatan swasta di Melaka semakin dicari oleh pesakit-pesakit sejauh Indonesia dan Singapura. Hospital Straits, Hospital Putra (dulu dikenali sebagai Hospital Southern), Hospital Melaka dan Pusat Perubatan Pakar Pantai merupakan pusat perubatan swasta yang amat popular. Mereka menyediakan perkhidmatan perubatan yang setaraf dengan kebanyakan negara maju yang lain. Kerajaan Negeri Melaka ialah pemegang saham utama Hospital Putra.

Seni jalanan

sunting

Pulau Pinang memulakan trend seni jalanan di Malaysia dan Melaka tidak lama selepas itu mengikutinya dengan Projek Seni Sungai pada tahun 2012. Air selalu menjadi sebahagian besar sejarah Melaka. Ia merupakan salah satu pelabuhan perdagangan paling penting di dunia, jadi Melaka telah memilih untuk memulakan seni jalanan dengan bangunan di seberang sungai. Untuk meningkatkan lanskap seni di Melaka, sembilan karyawan seni telah mencurahkan idea mereka di sepanjang dinding rumah kedai bersejarah sepanjang sungai di Jalan Kampung Hulu. Dikenali sebagai ProjectARM, karya seni ini direka khas untuk menyerlahkan keindahan Melaka. Mural tersebut diilhamkan oleh perwakilan pelukis di Melaka dan turut diceriakan dengan memasukkan gambar dan corak berwarna-warni yang dicat di dinding kedai Kiehl.[52][53]

Tarikan bersejarah utama

sunting

Destinasi pelancongan terutama ialah:

Tarikan utama lain

sunting
  • Sungai Melaka: Persiaran santai ke sungai dari Jalan Munshi Abdullah. Laluan ini membawa ke sepanjang Sungai Melaka yang bersejarah dan melewati beberapa rumah yang dihiasi dengan lukisan besar. Pemandangan Bukit St. Paul di bandar juga boleh dilihat dari sini.
  • Pantai Klebang: Pantai ini terletak di selatan Melaka dan menghadap terus ke Selat Melaka. Terdapat bas-bas lama yang telah diperbaharui dan diubah menjadi kafetaria di sepanjang jalan di Pantai Klebang.
  • Kampung Morten: Perkampungan tradisional yang terletak di tebing barat Sungai Melaka.
  • Menara Taming Sari: Menara setinggi 110 m yang boleh memuatkan 66 orang pada satu-satu masa, membawa mereka dalam perjalanan 7 minit untuk pemandangan Melaka, menawarkan pemandangan 360 darjah bandar bersejarah Melaka dan Sungai Melaka.
  • Istana Kesultanan Melaka: Pembinaan semula Istana Sultan Mansur Shah. Ia dibina pada tahun 1985.
  • Bukit Cina: Bukit Cina merupakan salah satu kuburan Cina terbesar di luar tanah besar China. Tanah perkuburan yang boleh didapati di sini sezaman dengan dinasti Ming (pertengahan abad ke-17). Kubur paling awal yang dijumpai setakat ini hingga 1622. Bukit Cina ialah tempat berjoging yang terkenal untuk penduduk tempatan.
  • Muzium Warisan Baba & Nyonya: Muzium ini merupakan sebuah rumah bandar warisan Peranakan yang sebenar dan merupakan contoh budaya Peranakan yang hebat. Ia berada di Heeren Street (kini dikenali sebagai Jalan Tun Cheng Lock).
  • Muzium Chetti: Muzium ini adalah mengenai masyarakat minoriti Chitty yang terdapat di Malaysia dan Singapura. Muzium ini terletak di kawasan Kampung Chitty.
  • Jalan Hang Jebat (Jonker Street): Terkenal dengan barangan antiknya.
  • Masjid Selat Melaka: Masjid yang baru dibina di pulau buatan manusia, Pulau Melaka terletak tidak jauh dari bandar.
  • Tokong Cheng Hoon Teng: Tokong Cina yang tertua di Malaysia dan mempunyai tulisan bertarikh 1673,[54] dibina oleh Kapitan China Li Wei King.
  • Kuil Sri Poyyatha Vinayagar Moorthi: Kuil ini dibina oleh Thavinayagar Chitty, pemimpin orang Chitty, pada 1781 selepas kerajaan penjajah Belanda Melaka memberinya plot tanah.
  • Masjid Kampung Hulu: Dibina pada tahun 1728, ia merupakan salah satu masjid yang paling lama berfungsi di Melaka bersama dengan Masjid Kampung Keling dan Masjid Tengkera (Tranquerah), Jalan Tengkera. Terdapat campuran seni bina Cina, Jawa dan Arab di bahagian menara dan bumbung.
  • Masjid Cina Melaka: Masjid ini direka dengan senibina Cina yang unik dengan pagoda dan kaligrafi Cina dari gabungan reka bentuk seni bina beberapa masjid di Beijing, Shanghai dan Xi'an di China. Terletak di belakang Stadium Hang Jebat di Krubong.[55][56][57]

Pendidikan

sunting

Sekolah rendah dan sekolah menengah

sunting

Sehingga 2018, terdapat 237 buah sekolah rendah dan 77 buah sekolah menengah di negeri Melaka.[58] Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yok Bin, Sekolah Kebangsaan Convent Of The Infant Jesus (2), Sekolah Kebangsaan (P) Methodist (2) dan Sekolah Kebangsaan Convent Of The Infant Jesus (1) merupakan sekolah rendah berprestasi tinggi di Melaka manakala bagi sekolah menengah ialah Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sharifah Rodziah.[59] Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Melaka ialah salah sebuah sekolah premier di Malaysia dan merupakan sekolah kedua tertua direkodkan di negara ini selepas Penang Free School, Pulau Pinang. Kementerian Pelajaran Malaysia mendaftarkan pelajar berdasarkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Sebuah pusat untuk banduan juvana, Henry Gurney Prisoners School, di Telok Mas, Melaka. Ditubuhkan pada tahun 1949 sebagai Sekolah Moral Tinggi, ia ditukar nama kepada Sekolah Henry Gurney pada 15 Mei 1950. Pusat ini menjalankan program pemulihan untuk pesalah juvana lelaki.

Melaka mempunyai tiga sekolah antarabangsa, Sekolah Antarabangsa Melaka, yang menampung komuniti tempatan; Sekolah Antarabangsa MES dan KYS, yang dikendalikan oleh guru ekspatriat, yang mengkhususkan diri dalam pengajaran Cambridge International A Levels dan menampung komuniti ekspatriat.

Pendidikan tinggi

sunting
 
Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Institusi termasuk:

Terdapat beberapa institusi yang menawarkan pendidikan kejururawatan: Institut Kesihatan Sains & Kejururawatan Pantai, Institut Sains Kesihatan Dan Kejurawatan Mahkota, Kolej Kejururawatan & Kesihatan Nilam, dan Kolej Perubatan Komplementari Melaka. Institut Kesihatan Sains & Kejururawatan Pantai dikaitkan dengan Hospital Pantai di Ayer Keroh manakala Institut Sains Kesihatan Dan Kejururawatan Mahkota dihubungkan dengan Pusat Perubatan Mahkota.

Institut Kemahiran Teknikal di Machap menyediakan latihan dalam bidang pertanian. Ia mempunyai cawangan di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh.

Pengajian separuh masa boleh didapati di Universiti Terbuka Malaysia (OUM), manakala mereka yang ingin mendapatkan diploma akademik boleh mendaftar di Pusat Pendidikan Berterusan (UMCCE) Universiti Malaya di Kolej Sinar.

Kuliah dan peperiksaan Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) disediakan di Kolej Sinar di bandar Melaka. Kolej Sinar ialah satu-satunya institusi di negeri ini yang menawarkan pendidikan perakaunan lengkap. Kolej Sinar ialah satu-satunya pusat latihan yang diluluskan untuk kursus pelancongan. Institusi akademik lain termasuk Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (ICYM), Kolej Sains dan Teknologi Antarabangsa Melaka (MiCoST).

Kerajaan negeri Melaka memberikan bantuan kewangan terutamanya dalam bentuk pinjaman kepada penduduk setempat melalui Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM).[60] Antara kemudahan yang disediakan oleh TAPEM ialah Pinjaman Pendidikan Tinggi, Biasiswa Minor/Biasiswa Insentif untuk Sekolah Menengah, dan Bantuan Sekolah kepada Pelajar Sekolah Rendah.[61]

Perpustakaan awam

sunting
 
Perpustakaan Awam Melaka

Perpustakaan pertama di Melaka ialah Khutub Khanah Melaka, yang ditubuhkan pada tahun 1881 dan terletak di Stadthuys. Selepas kemerdekaan Malaya pada tahun 1957 dan pembentukan Malaysia pada tahun 1963, perpustakaan itu dipindahkan ke Dewan Hang Tuah pada tahun 1966. Pada tahun 1975, Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka telah ditubuhkan untuk menubuhkan Perpustakaan Awam Melaka. Perbadanan itu kemudian ditubuhkan 2 tahun kemudian pada 1977 bertempat di Dewan Hang Tuah. Pada tahun 1993, Akta Enakmen Perpustakaan Awam Melaka (Pindaan) 1993 berkuatkuasa. Perpustakaan akhirnya dipindahkan ke lokasi semasa di Bukit Baru dan dirasmikan pada 4 November 1996.[62]

Di peringkat daerah, cawangan perpustakaan Jasin ditubuhkan pada tahun 1986 di Bangunan JKR, yang kemudiannya dipindahkan ke bangunan baru pada tahun 1999. Cawangan perpustakaan Alor Gajah itu ditubuhkan pada tahun 1988 di Bangunan UMNO, yang kemudiannya dipindahkan ke bangunan baru pada tahun 1998. Pusat cawangan Melaka Tengah ditubuhkan pada tahun 1996 di Hang Tuah Mall selepas perpustakaan utama berpindah ke Bukit Baru, yang kemudiannya diubah menjadi Perpustakaan Pusat Sumber Tinggi Institut Pendidikan Tinggi pada tahun 2001.

Di peringkat bandar dan kampung, cawangan perpustakaan ialah cawangan Masjid Tanah yang ditubuhkan pada tahun 1992 dan 2005; Perpustakaan Desa Air Tawar, Perpustakaan Desa Felda Kemendor, Perpustakaan Desa Selandar dan cawangan Perpustakaan Desa Kuala Linggi yang ditubuhkan pada tahun 1993; Cawangan Perpustakaan Desa Rantau Panjang ditubuhkan pada tahun 1994; Cawangan Merlimau ditubuhkan pada tahun 1994 dan berpindah ke bangunan baru pada tahun 2003; Cawangan Perpustakaan Desa Pulau Sebang ditubuhkan pada tahun 1997; Perpustakaan Japerun Sungai Rambai, Perpustakaan Japerun Serkam, Perpustakaan Japerun Durian Tunggal dan cawangan-cawangan Perpustakaan Desa Ayer Molek Darat yang ditubuhkan pada tahun 1999; Perpustakaan Desa Felda Bukti Senggeh dan Perpustakaan Desa Kampung Felda Bukit Sedanan ditubuhkan pada tahun 2000; Cawangan Perpustakaan Siber Kampung Padang yang ditubuhkan pada tahun 2001; Perpustakaan Japerun Air Panas, Perpustakaan Desa Bertam Hulu, Perpustakaan Japerun Bukit Asahan, Perpustakaan Desa Tangga Batu dan Perpustakaan Desa Paya Rumput yang ditubuhkan pada tahun 2002; Cawangan Perpustakaan Siber Ilmu Air Limau dan Perpustakaan Siber Ilmu Chenderah ditubuhkan pada tahun 2003; Cawangan Perpustakaan Desa Menggong ditubuhkan pada tahun 2004; Perpustakaan Siber Kampung Klebang ditubuhkan pada tahun 2005; Perpustakaan Desa Telok Mas dan Perpustakaan Desa Telok Gong ditubuhkan pada tahun 2006; Perpustakaan Desa Bukit Bulat ditubuhkan pada tahun 2008; Perpustakaan Komuniti Planetarium Melaka dan cawangan Perpustakaan Komuniti ÆON yang ditubuhkan pada tahun 2010; Perpustakaan Desa 1Malaysia Sungai Rambai ditubuhkan pada tahun 2012.

Pengangkutan

sunting
 
Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka
 
Terminal bas dan teksi Melaka Sentral.

Pulau Sebang yang terletak 30 kilometer ke utara Bandaraya Melaka dan 10 kilometer dari Bandar Alor Gajah merupakan stesen keretapi yang terdekat bagi Bandaraya Melaka. Dahulunya, stesen keretapi ini dikenali sebagai Tampin oleh sebab kedudukan dari segi geografinya berada di wilayah Negeri Melaka dalam daerah Alor Gajah dan atas arahan Kerajaan Negeri Melaka serta saranan rakyat Melaka, maka nama stesen ini dikenali sebagai Stesen KTM Pulau Sebang. Sebuah lagi stesen keretapi dalam daerah Alor Gajah ialah Stesen Tebong akan tetapi tren antara bandar tidak berhenti di stesen ini. Walau bagaimanapun stesen ini turut dinaik taraf berikutan pembinaan landasan berkembar antara Seremban ke Gemas yang turut melalui stesen ini. Bagi penduduk di daerah Jasin terutamanya di kawasan Selandar, Asahan (dahulunya Bukit Asahan), Simpang Bekoh, Nyalas boleh menggunakan perkhidmatan keretapi di stesen keretapi Batang Melaka yang terletak 22 kilometer ke utara Bandar Jasin. Stesen ini bersempadankan Melaka dan Negeri Sembilan.[63]

Pernah adanya landasan keretapi dari Pulau Sebang ke Bandaraya Melaka sebelum Perang Dunia II, tetapi ia telah dirombak oleh tentera Jepun untuk pembinaan Landasan Keretapi Maut di Burma.[64] Pada 10 Oktober 2015, perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah memperkenalkan laluan baharu, perkhidmatan pergi-balik antara stesen Seremban-Pulau Sebang/Tampin-Gemas.[65][66]

Bandaraya Melaka mempunyai sebuah Terminal Pengangkutan antara bandar yang moden yang dikenali Melaka Sentral dengan perkhidmatan pengangkutan yang tetap ke Kuala Lumpur, Johor Bahru dan lain-lain bandar-bandar utama di Semenanjung Malaysia. Melaka Sentral merupakan sistem pengangkutan bas dan teksi yang tercanggih di Malaysia semasa penubuhannya. Tiada perhentian bas dan teksi di mana-mana bandar utama di Malaysia selain Melaka Sentral ketika itu.

Melaka juga mempunyai sebuah lapangan terbang di Batu Berendam yang melayankan penerbangan karter dari kawasan sekitar. Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (IATA: MKZ, ICAO: WMKM) (dahulunya dikenali sebagai Lapangan Terbang Batu Berendam) ialah sebuah lapangan terbang yang terletak di Batu Berendam, Melaka, Malaysia. Lapangan terbang tersebut memberi kemudahan penerbangan untuk negeri Melaka, serta utara Johor, dengan menghubungkan ke bandar-bandar seperti Guangzhou,[67] Haikou,[68] Ho Chi Minh,[69] Kota Bharu,[70][71][72] Kuala Lumpur,[73] Langkawi,[74] Medan,[75][76][77] Pekanbaru,[78] Penang,[79] dan Subang.[80]

Jalan keluar Ayer Keroh di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) merupakan jalan masuk utama ke Melaka. Terdapatnya juga dua jalan keluar tambahan di Lebuhraya Utara-Selatan, iaitu di jalan keluar Alor Gajah dan Jasin.

Bandaraya kembar

sunting

Melaka mula berkembar pada tahun 1984 dengan bandar Lisbon, Portugal.[81] Ia kini berkembar atau ditubuhkan sebagai bandar persahabatan[82] dengan yang berikut:

Kedudukan Bandar Negara Tahun
1 Lisbon[83][84][85][86]   Portugal 1984
2 Kuala Lumpur[87][88]   Malaysia 1989
3 Hoorn[89][90][91]   Belanda 1989
4 Valparaiso[92][93][94]   Chile 1991
5 Nanjing[95][96] di wilayah Jiangsu[97][98][99]   Republik Rakyat China 2002
6 Changsha[100][101] 2004
7 Sawahlunto[102][103]   Indonesia 2004
8 Padang Panjang[104][105] 2006
9 Kota Tua Jakarta[106][107] 2014
10 Guangdong[108][109]   Republik Rakyat China 2015

Seni budaya dan hiburan

sunting

Melaka merupakan lokasi penggambaran yang sesuai bagi syarikat penerbitan filem dari dalam dan luar negara dengan adanya pelbagai tempat tumpuan pelancong serta kesan peninggalan sejarah dunia. Artis Bollywood ikonik, Shahrukh Khan menyifatkan Melaka sebagai sebuah negeri yang cantik dan beliau akan kembali untuk berlakon dan bercuti di negeri ini.[110] Filem-filem yang dilakonkan dan muzik video yang diterbitkan di Melaka antaranya ialah:

Penduduk terkenal

sunting

Galeri imej

sunting

Lihat juga

sunting

Catatan

sunting
  1. ^ "Anggaran penduduk semasa" [Current population estimates] (PDF). Jabatan Perangkaan Malaysia [Department of Statistics Malaysia]. 2023.
  2. ^ Headrick (2010), m/s. 63
  3. ^ a b "Melaka Jatuh Ke Tangan Belanda -". hids.arkib.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 August 2018. Dicapai pada 15 August 2018.
  4. ^ a b Mat Rofa Ismail (2015). Kerdipan Bintang Melayu Dilangit Turki. Alaf 21. ISBN 9789678604864 – melalui Google Books.
  5. ^ Wong, John; Zou, Keyuan; Zeng, Huaqun, penyunting (2006). China-ASEAN Relations: Economic and Legal Dimensions. Singapore: World Scientific. ISBN 9789814478618.
  6. ^ "Signing of the Anglo-Dutch Treaty (Treaty of London) of 1824 - Singapore History". eresources.nlb.gov.sg.
  7. ^ Singapore, National Library Board. "Malayan Campaign - Infopedia". eresources.nlb.gov.sg.
  8. ^ "Info" (PDF). studentsrepo.um.edu.my.
  9. ^ "Penubuhan Malayan Union". hids.arkib.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 August 2018. Dicapai pada 15 August 2018.
  10. ^ "Federation of Malaya is inaugurated - Singapore History". eresources.nlb.gov.sg.
  11. ^ "Official Portal of Malaysia National Archives". Arkib.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 August 2018. Dicapai pada 2018-08-18.
  12. ^ https://www.melaka.gov.my/ms/rakyat/info-melaka/kebudayaan/kebudayaan?set_language=ms
  13. ^ https://www.star2.com/culture/2018/07/05/making-melaka-liveable/
  14. ^ http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/penafian/7622-melaka-maju-2011.html
  15. ^ http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1019&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_06.htm
  16. ^ http://un.org.my/upload/undp_mdg_report_2015.pdf
  17. ^ https://www.nst.com.my/news/2016/01/123463/terengganu-second-safest-place-live-after-malacca
  18. ^ http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/kadar-jenayah-di-melaka-turun-15-5-peratus-1.797613
  19. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-08. Dicapai pada 2018-08-14.
  20. ^ https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/pdfPrev&id=d21BMHFxZFBIcFlCNExIYUQ1cE92Zz09
  21. ^ "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan 2020". Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 3 September 2022.
  22. ^ http://www.astroawani.com/berita-malaysia/sejarah-kegemilangan-melaka-seawal-1262-buku-teks-mungkin-perlu-dirombak-iksep-36677
  23. ^ https://www.pressreader.com/malaysia/berita-harian-malaysia/20170809/282080571930292
  24. ^ https://www.melaka.gov.my/en/citizen/melaka-info/history/history?set_language=en
  25. ^ Ricklefs, M.C. (1991). A History of Modern Indonesia Since c.1300, 2nd Edition. London: MacMillan. m/s. 19. ISBN 0-333-57689-6.
  26. ^ "Origin of Malacca". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-06-12. Dicapai pada 6 May 2017.
  27. ^ Jin, Shaoqing (2005). Office of the People's Government of Fujian Province (penyunting). Zheng He's voyages down the western seas. Fujian, China: China Intercontinental Press. m/s. 58. ISBN 978-7-5085-0708-8. Dicapai pada 2 August 2009.
  28. ^ Royal Asiatic Society of Great Britain and Ireland. Straits Branch, Reinhold Rost (1887). Miscellaneous papers relating to Indo-China: reprinted for the Straits Branch of the Royal Asiatic Society from Dalrymple's "Oriental Repertory," and the "Asiatic Researches" and "Journal" of the Asiatic Society of Bengal, Volume 1. LONDON: Trübner & Co. m/s. 252. Dicapai pada 9 January 2011. .
  29. ^ Shih-shan Henry Tsai (1996). The eunuchs in the Ming dynasty (ed. illustrated). SUNY Press. m/s. 15. ISBN 0-7914-2687-4. Dicapai pada 28 June 2010. Other reports condemned Annamese alleged violation of an Asian "diplomatic protocol" as they killed and enslaved several Southeast Asian envoys who carried tributary missions to China in 1469. Older members of the mission were all killed while younger members were castrated and sold into slavery
  30. ^ Power Over Peoples: Technology, Environments, and Western Imperialism, 1400 to the present, Daniel R. Headrick, page 63, 2010
  31. ^ http://www2.arkib.gov.my/hids/print.php?type=A&item_id=3858
  32. ^ http://hids.arkib.gov.my/peristiwa/-/asset_publisher/WAhqbCYR9ww2/content/penubuhan-malayan-union/pop_up?_101_INSTANCE_WAhqbCYR9ww2_viewMode=print
  33. ^ http://eresources.nlb.gov.sg/history/events/72e9ebe6-7a0f-4512-aa48-3da99d598525
  34. ^ http://www.arkib.gov.my/en/web/guest/pengisytiharan-kemerdekaan-tanah-melayu
  35. ^ http://www.arkib.gov.my/web/guest/penubuhan-malaysia-16-september-19632
  36. ^ https://www.star2.com/culture/2018/07/05/making-melaka-liveable/
  37. ^ https://www.melaka.gov.my/ms/pelancongan/peta-melaka/peta-negeri-melaka/mlk-state.pdf
  38. ^ https://www.melaka.gov.my/ms/pelancongan/peta-melaka/peta-bandar-melaka/mlk-town.pdf
  39. ^ https://www.pressreader.com/malaysia/new-straits-times/20180307/281569471234867
  40. ^ http://www.astroawani.com/berita-bisnes/melaka-catat-kedatangan-lebih-8-73-juta-pelancong-183032
  41. ^ https://www.forbes.com/sites/annabel/2018/02/22/the-10-coolest-cities-around-the-world-to-visit-in-2018/
  42. ^ https://www.lonelyplanet.com/travel-tips-and-articles/lonely-planets-best-in-asia-2017/40625c8c-8a11-5710-a052-1479d2755b7b
  43. ^ https://www.tripadvisor.com.my/TravelersChoice-Destinations-cTop-g293951
  44. ^ https://www.pressreader.com/malaysia/new-straits-times/20180307/281569471234867
  45. ^ http://says.com/my/news/waze-says-this-historic-city-is-the-best-place-to-drive-in-the-country
  46. ^ https://www.huffingtonpost.com/vicki-louise/15-of-the-best-street-art_b_9444242.html
  47. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-01. Dicapai pada 2018-08-18.
  48. ^ https://ich.unesco.org/en/RL/dondang-sayang-01410
  49. ^ http://www.astroawani.com/berita-malaysia/dondang-sayang-terima-pengiktirafan-unesco-192690
  50. ^ http://wsfcongress.com/wp-content/uploads/2014/10/Top-50-Street-Food-Awards-WSFC17.pdf
  51. ^ http://says.com/my/lifestyle/melaka-food
  52. ^ http://www.theculturemap.com/street-art-malacca-malaysia/
  53. ^ https://theculturetrip.com/asia/malaysia/articles/the-best-mural-artworks-in-malaysia/
  54. ^ https://books.google.com.my/books?id=u4_4DAAAQBAJ&pg=PA133&lpg=PA133&dq=cheng+hoon+teng+temple+inscription+was+built+on&source=bl&ots=EoQLCn9Q6O&sig=rFSKzF5ecpPabF8bA41LKwV1f1U&hl=en&sa=X&ved=2ahUKEwj_k7-l2PDcAhUBfysKHT21BJo4ChDoATAJegQIAhAB#v=onepage&q=cheng%20hoon%20teng%20temple%20inscription%20was%20built%20on&f=false
  55. ^ https://www.nst.com.my/lifestyle/jom/2017/06/244835/go-melaka-mosques
  56. ^ https://www.bharian.com.my/node/181245
  57. ^ https://m.facebook.com/MasjidCinaNegeriMelaka/
  58. ^ https://www.malaysia.gov.my/public/dservice/education.html
  59. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-10. Dicapai pada 2018-10-10.
  60. ^ http://www.pressreader.com/malaysia/harian-metro/20170106/283489320787720
  61. ^ https://www.melaka.gov.my/en/jkmm/departments-units/deputy-state-secretary-management/melaka-state-education-trust-tapem
  62. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-12. Dicapai pada 2018-10-10.
  63. ^ "Melaka Information". asiatravel.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-29. Dicapai pada 6 May 2017.
  64. ^ https://www.nst.com.my/news/2015/09/we-can-revive-tampin-malacca-rail-service
  65. ^ https://www.bharian.com.my/node/85731
  66. ^ https://www.malaysiakini.com/news/410837
  67. ^ http://www.astroawani.com/berita-bisnes/melaka-mahu-buka-semula-laluan-penerbangan-domestik-antarabangsa-di-ltam-123237
  68. ^ https://www.bharian.com.my/node/194032
  69. ^ http://www.mstar.com.my/niaga/2015/07/01/ltam/
  70. ^ http://www.astroawani.com/berita-bisnes/melaka-mahu-buka-semula-laluan-penerbangan-domestik-antarabangsa-di-ltam-123237
  71. ^ http://www.bhplus.com.my/node/15789
  72. ^ http://www.mstar.com.my/niaga/2014/11/10/malindo-melaka/
  73. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-14. Dicapai pada 2018-08-14.
  74. ^ http://www.astroawani.com/berita-bisnes/melaka-mahu-buka-semula-laluan-penerbangan-domestik-antarabangsa-di-ltam-123237
  75. ^ https://www.utusanborneo.com.my/2018/04/05/penerbangan-sulung-wings-air-medan-melaka-20-april
  76. ^ https://www.malindoair.com/news-events/2018/04/23/Add-International-Route-Wings-Air-Comes-to-Melaka
  77. ^ https://www.thestar.com.my/business/business-news/2018/04/04/wings-air-to-launch-maiden-medan-melaka-flight/
  78. ^ http://www.astroawani.com/berita-bisnes/melaka-mahu-buka-semula-laluan-penerbangan-domestik-antarabangsa-di-ltam-123237
  79. ^ http://www.astroawani.com/berita-bisnes/melaka-mahu-buka-semula-laluan-penerbangan-domestik-antarabangsa-di-ltam-123237
  80. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-14. Dicapai pada 2018-08-14.
  81. ^ http://www.mbmb.gov.my/en/mbmb-muo-twin-cities
  82. ^ http://www.mbmb.gov.my/en/mbmb-muo-twin-cities
  83. ^ "Acordos de Geminação, de Cooperação e/ou Amizade da Cidade de Lisboa" [Lisbon - Twinning Agreements, Cooperation and Friendship]. Camara Municipal de Lisboa (dalam bahasa Portuguese). Diarkibkan daripada yang asal pada 31 October 2013. Dicapai pada 23 August 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  84. ^ https://news.google.com/newspapers?nid=1295&dat=20020425&id=S10uAAAAIBAJ&sjid=SHsFAAAAIBAJ&pg=1392,2075248
  85. ^ https://www.anmp.pt/anmp/pro/mun1/gem101l0.php?cod_ent=M1100
  86. ^ https://web.archive.org/web/20150925091437/http://library.perdana.org.my/Digital_Content/Prominent_Leaders/Mahathir/News_1968-2004/1989-1992/1989/00008175.pdf
  87. ^ http://library.perdana.org.my/Digital_Content/Prominent_Leaders/Mahathir/News_1968-2004/1989-1992/1989/00008175.pdf
  88. ^ http://msdesk.mbmb.gov.my/twincities/glance.cfm
  89. ^ http://library.perdana.org.my/Digital_Content/Prominent_Leaders/Mahathir/News_1968-2004/1989-1992/1989/00008175.pdf
  90. ^ https://news.google.com/newspapers?nid=1295&dat=20020425&id=S10uAAAAIBAJ&sjid=SHsFAAAAIBAJ&pg=1392,2075248
  91. ^ https://web.archive.org/web/20150925090623/http://www.dutchmalaysia.net/lang_en/press/article_200105_malacca_a_dutch_conquest_forgotten.html
  92. ^ Marina Tan (9 January 1998). "Valpairaso, land of steep hills, trains, sea and curves". New Straits Times. Dicapai pada 25 September 2015.
  93. ^ http://www.kln.gov.my/web/chl_santiago/n2007/-/asset_publisher/ME2g/blog/anniversary-of-the-twinning-of-the-cities-of-melaka-and-valparaiso?redirect=%2Fweb%2Fchl_santiago%2Fn2007%3Fp_p_id%3D101_INSTANCE_ME2g%26p_p_lifecycle%3D0%26p_p_state%3Dnormal%26p_p_mode%3Dview%26p_p_col_id%3D118_INSTANCE_2hIE_column-1%26p_p_col_pos%3D1%26p_p_col_count%3D2%26_101_INSTANCE_ME2g_keywords%3D%26_101_INSTANCE_ME2g_advancedSearch%3Dfalse%26_101_INSTANCE_ME2g_andOperator%3Dtrue%26_101_INSTANCE_ME2g_delta%3D30
  94. ^ http://www.kln.gov.my/web/chl_santiago/n2007/-/asset_publisher/ME2g/blog/melaka-is-keen-to-get-valparaiso-s-help?redirect=%2Fweb%2Fchl_santiago%2Fn2007%3Fp_p_id%3D101_INSTANCE_ME2g%26p_p_lifecycle%3D0%26p_p_state%3Dnormal%26p_p_mode%3Dview%26p_p_col_id%3D118_INSTANCE_2hIE_column-1%26p_p_col_pos%3D1%26p_p_col_count%3D2%26_101_INSTANCE_ME2g_delta%3D20%26_101_INSTANCE_ME2g_keywords%3D%26_101_INSTANCE_ME2g_advancedSearch%3Dfalse%26_101_INSTANCE_ME2g_andOperator%3Dtrue%26cur%3D1
  95. ^ http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0703&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm
  96. ^ https://www.pressreader.com/malaysia/the-star-malaysia-star2/20131004/282166468894336
  97. ^ http://en.jiangsu.gov.cn/col/col54176/index.html
  98. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-02. Dicapai pada 2018-08-02.
  99. ^ https://www.pressreader.com/malaysia/the-star-malaysia-star2/20131004/282166468894336
  100. ^ http://www.enghunan.gov.cn/AboutHunan/GlobalAssociations/SisterCities/
  101. ^ http://www.mbmb.gov.my/en/mbmb-muo-twin-cities
  102. ^ http://www.mbmb.gov.my/en/mbmb-muo-twin-cities
  103. ^ http://www.academia.edu/8021809/sawahlunto_malaka
  104. ^ http://www.mbmb.gov.my/en/mbmb-muo-twin-cities
  105. ^ https://web.archive.org/web/20171231002356/http://msdesk.mbmb.gov.my/twincities/glance.cfm
  106. ^ Edna Tarigan (2 January 2014). "Jakarta's 'Kota Tua' and Melaka are now sister cities". The Jakarta Post. The Jakarta Post Travel. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 February 2014. Dicapai pada 25 September 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  107. ^ https://travel.detik.com/international-destination/d-2613111/melaka-kembaran-kota-tua-jakarta-di-malaysia
  108. ^ Chan (23 September 2015). "Guangdong & Malacca sign sister relationship memo". News Guangdong. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 September 2015. Dicapai pada 25 September 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  109. ^ http://www.kln.gov.my/c/document_library/get_file?p_l_id=73198&folderId=5316759&name=DLFE-159420.pdf
  110. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-28. Dicapai pada 2018-07-28.
  111. ^ http://www.retrojunk.com/content/child/description/page/1992/tragic-hero
  112. ^ "7 Hollywood Movies Filmed in Malaysia". Expat Go Malaysia.
  113. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-28. Dicapai pada 2018-07-28.
  114. ^ https://www.thestar.com.my/lifestyle/entertainment/tv/news/2009/11/22/big-little-nyonya/
  115. ^ "10 Movies You Didn't Know Were Filmed In Malaysia. Spot The Bas Sekolah!". Says.com.
  116. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-28. Dicapai pada 2018-07-28.
  117. ^ http://www.sinarharian.com.my/hiburan/nora-danish-suami-aku-ustaz-1.174519
  118. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-28. Dicapai pada 2018-07-28.
  119. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-29. Dicapai pada 2018-07-29.
  120. ^ https://www.pressreader.com/malaysia/harian-metro/20170417/282819306082590
  121. ^ https://www.facebook.com/SkyTowerMelaka/posts/hey-peeps!-guess-who-is/1131053200354183/
  122. ^ http://www.gempak.com/artikel/8392/belajar-bahasa-isyarat-ayda-jebat-menangis
  123. ^ https://www.bharian.com.my/node/418351/amp

Rujukan

sunting
  • Borschberg, Peter, "The Seizure of the Santa Catarina Revisited: The Portuguese Empire in Asia, VOC Politics and the Origins of the Dutch-Johor Alliance (c. 1602–1616)", Journal of Southeast Asian Studies, 33.1 (2002): 31–62. (This article can be downloaded free of charge at www.cambridge.org, doi:10.1017/S0022463402000024)
  • Borschberg, Peter, ed., (2004). Iberians in the Singapore-Melaka Area and Adjacent Regions (16th to 18th Centuries). Germany: Harrassowitz. ISBN 3-447-05107-8.CS1 maint: extra punctuation (link) https://www.academia.edu/4302755
  • Borschberg, Peter (2010). The Singapore and Melaka Straits. Violence, Security and Diplomacy in the Seventeenth Century. Singapore: NUS Press. ISBN 978-9971-69-464-7. https://www.academia.edu/4302722
  • Borschberg, Peter, ed., (2015). Journal, Memorial and Letters of Admiral Cornelis Matelieff de Jonge. Security, Diplomacy and Commerce in 17th Century Southeast Asia. Singapore: NUS Press. ISBN 978-9971-69-798-3.CS1 maint: extra punctuation (link) https://www.academia.edu/4302783
  • De Witt, Dennis (2010). Melaka from the Top. Malaysia: Nutmeg Publishing. ISBN 978-983-43519-2-2.
  • De Witt, Dennis (2007). History of the Dutch in Malaysia. Malaysia: Nutmeg Publishing. ISBN 978-983-43519-0-8.
  • "Popular History of Thailand" by M.L. Manich Jumsai, C.B.E., M.A.

Pautan luar

sunting

Kerajaan tempatan

sunting

Sejarah Melaka

sunting

Lokasi tempatan

sunting

Pelancongan di Melaka

sunting