Buka menu utama

Kolej Perubatan Manipal Melaka

Kolej Perubatan Manipal Melaka ialah kolej swasta yang pertama di Malaysia yang menawarkan ijazah MBBS dalam bidang perubatan. Kolej ini yang terletak di Melaka merupakan sebuah usaha sama antara Malaysia dengan India.

Kolej Perubatan Melaka Manipal
Melaka Manipal Medical College
MotoDilhami oleh Nyawa
JenisKolej Perubatan Swasta
Ditubuhkan padaSeptember 1997
PresidenDr Ramdas Pai
LokasiMelaka, Malaysia, India
KampusMelaka (Malaysia), Manipal (India)
Laman webwww.manipal.edu.my/melaka

Para pelajar menyertai 2.5 tahun kursus sains asas dan latihan klinikal pengenalan di kampus Manipal di Karnataka, India dan kemudian menyertai pendidikan perubatan dan latihan klinikal lanjut di kampus Melaka di Malaysia. Kolej Perubatan Manipal Melaka adalah salah satu kolej juzuk Universiti Manipal.


SejarahSunting

Kolej Perubatan Manipal Melaka (MMMC) mendaftarkan pelajar-pelajar pertama pada bulan September 1997. Pengerusi pengasasnya, Dato' K. Pathmanaban, ialah bekas Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia yang memainkan peranan yang utama untuk menubuhkan kolej ini.

Penciptaan kolej perubatan merupakan hakikat persetujuan antara kerajaan-kerajaan Malaysia dan India. Akademi Pendidikan Tinggi Manipal (MAHE) telah melatih melebihi 2,000 orang doktor Malaysia dalam sejarahnya selama 53 tahun, dan menyebabkannya merupakan penyumbang sektor swasta yang terbesar dalam tenaga manusia perubatan profesional untuk Malaysia.

Sebuah Memorandum Persefahaman (MoU) dimeterai antara Perbadanan JVMC Sdn Bhd dan MAHE untuk penubuhan kolej ini, dengan Perbadanan JVMC akan membekalkan kemudahan, infrastruktur, dan pengurusan yang diperlukan untuk mengendalikan kolej, dan MAHE memberikan sokongan pentadbiran, sukatan pelajaran, dan pengajaran untuk program di kedua-dua kampus di Manipal dan Melaka. MoU tersebut dimeterai di hadapan kedua-dua perdana menteri ketika itu, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia, dan Narasimha Rao, Perdana Menteri India.

Pada bulan Oktober 2003, salah satu lulusan kolej ini dianugerahkan 'Buku Rekod Malaysia' sebagai lulusan perubatan yang tertua di Malaysia. Beliau menyiapkan latihan perubatannya pada umur 63 tahun dan telah menghabiskan setahun latihan amali.

PengiktirafanSunting

Ijazah perubatan yang dianugerahkan oleh MAHE diiktiraf oleh Majlis Perubatan Malaysia serta kerajaan Malaysia, dan ditauliahkan oleh Lembaga Pentauliahan Malaysia (LAN), dengan piawaian ketat dikekalkan.

MMMC diiktiraf dan disenaraikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Direktori Pendidikan Perubatan Antarabangsa (IMED) sejak dari bulan Februari 2004. Baru-baru ini, majlis perubatan dari negara-negara lain mula mengakui ijazah perubatan yang ditawarkan oleh kolej ini, termasuk Majlis Perubatan Sri Lanka.

KampusSunting

Kolej Perubatan Manipal Melaka (MMMC) mempunyai dua buah kampus yang terletak di kedua-dua negara, dengan pengajaran dijalankan melalui program kembar.

Kampus Manipal di Karnataka, India juga dikenali sebagai Pusat Antarabangsa untuk Sains Kesihatan (ICHS), dengan sains-sains asas seperti Anatomi, Fisiologi, Biokimia, Patologi, Mikrobiologi, Farmakologi, dan Perubatan Forensik, serta juga latihan-latihan klinikal pengenalan diajar. Kampus Manipal diketuai oleh Dekan Dr K. Ramnarayanan.

Kampus Melaka di Malaysia ialah tempat untuk pendidikan perubatan dan latihan klinikal yang lanjut dalam bidang-bidang Perubatan Dalaman, Pembedahan, Perubatan Komuniti, Oftalmologi, ENT (Telinga, Hidung & Kerongkong), Ortopedik, Obstretik dan Ginekologi, Pediatrik, Dermatologi, dan Psikiatri. Kampus ini diketuai oleh Dekan Dr J.S. Nagra.

PelajarSunting

Pada tahun 2005, kolej ini mempunyai sebanyak 1,803 orang pelajar yang sedang menyertai kursus-kursusnya. MMMC mempunyai pelajar-pelajar dari banyak negara di seluruh dunia tetapi kebanyakannya merupakan pelajar Malaysia.

Setiap pelajar di Manipal ditetapkan seorang pensyarah yang merupakan penjaganya serta juga untuk membantu memudahkan peralihannya kepada kehidupan akademik di dalam kampus universiti manakala di Malaysia, sebuah rancangan kementoran kini dijalankan.

Hospital pengajaranSunting

IndiaSunting

  • Udupi
    • Hospital Dr TMA Pail

MalaysiaSunting

Pautan luarSunting