Pensyarah (kata dasar syarah شرح‎ serapan Arab: شَرْح, rumi: syarḥ "penjelasan; penghuraian; penerangan", terbitan kata kerja شَرَحَbaḥatha "menghuraikan; menjelaskan; menerangkan")[1] adalah:

  1. orang yang memberikan syarahan (ceramah), yang juga dipanggil penceramah; atau
  2. guru di universiti, iaitu orang yang memberikan kuliah.[2]

Penolong pensyarah sunting

Istilah bahasa Inggeris yang setara dengan penolong pensyarah ialah assistant lecturer.[3]

Pensyarah kanan sunting

Pensyarah kanan merupakan istilah bahasa Melayu yang setara dengan istilah bahasa Inggeris, senior lecturer.[4][5]

Penolong profesor sunting

Penolong profesor merupakan pensyarah yang tarafnya setingkat di bawah profesor madya di universiti.[6]

Profesor madya sunting

Profesor madya merupakan pensyarah yang tarafnya di bawah profesor universiti.[7] Istilah bahasa Inggeris yang setara ialah associate professor.[8]

Profesor sunting

Profesor merupakan tenaga akademik yang paling tinggi taraf jawatannya, biasanya mengetuai sesebuah jabatan pengajian di universiti atau pusat pengajian tinggi.[9] Istilah bahasa Inggeris yang setara ialah professor[10] (perhatikan perbezaan ejaan). Profesor digelar juga sebagai mahaguru.[11]

Profesor emeritus sunting

Profesor emeritus merupakan gelaran kepada profesor yang telah bersara sebagai suatu penghormatan.[12] Istilah bahasa Inggeris yang setara ialah professor emeritus.[13]

Profesor diraja sunting

Profesor diraja merupakan gelaran tertinggi yang dianugerahkan kepada seseorang profesor oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong.[14]

Profesor pelawat sunting

Profesor pelawat merupakan profesor yang diundang mengajar dan sebagainya di universiti lain (biasanya di luar negara) untuk suatu tempoh masa tertentu.[15] Istilah bahasa Inggeris yang setara ialah visiting professor.[16]

Profesor adjung sunting

Profesor adjung merupakan gelaran kehormat kepada profesional, tokoh korporat dan sebagainya yang mempunyai kepakar­an dan berpengalaman luas dalam sesuatu bidang, yang dilantik sebagai tenaga pengajar sambilan di institusi pengajian tinggi.[17][18]

Rujukan sunting

  1. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 198. ISBN 967-65-7321-3.
  2. ^ "pensyarah - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. 3 Februari 2012. Dicapai pada 4 Januari 2013.
  3. ^ "penolong pensyarah - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia (Bidang: Pentadbiran Perniagaan). Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 3 Januari 2013.
  4. ^ "pensyarah kanan - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia (Bidang: Pentadbiran Perniagaan). Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 3 Januari 2013.
  5. ^ "pensyarah kanan - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Khidmat Nasihat (Jenis soalan: Penyemakan dan penterjemahan). Dewan Bahasa dan Pustaka. 3 Februari 2012. Dicapai pada 3 Januari 2013.
  6. ^ "penolong profesor - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 3 Januari 2013.
  7. ^ "profesor madya - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 3 Januari 2013.
  8. ^ "profesor madya - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia (Bidang: Pendidikan). Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 3 Januari 2013.
  9. ^ "profesor - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 3 Januari 2013.
  10. ^ "profesor - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia (Bidang: Pendidikan). Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 3 Januari 2013.
  11. ^ "mahaguru - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 4 Januari 2013.
  12. ^ "profesor emeritus - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 3 Januari 2013.
  13. ^ "profesor emeritus - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Inggeris-Melayu Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 4 Januari 2013.
  14. ^ "profesor diraja - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 4 Januari 2013.
  15. ^ "profesor pelawat - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 4 Januari 2013.
  16. ^ "profesor pelawat - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia (Bidang: Pendidikan). Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 4 Januari 2013.
  17. ^ "profesor adjung - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 4 Januari 2013.
  18. ^ "profesor adjung - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Khidmat Nasihat (Jenis soalan: Tatabahasa). Dewan Bahasa dan Pustaka. 9 September 2007. Dicapai pada 4 Januari 2013.

Pautan luar sunting