Alfonso de Albuquerque

Laksamana dan penjajah dari Portugis

Alfonso de Albuquerque, juga dikenali sebagai Alfonso de Albuquerque atau Alfonso d'Albuquerque (1453–16 Disember 1515), ialah seorang laksamana tentera laut, penjajah,[1][2][3] negarawan dan pengembang Empayar Portugal[4] di Lautan Hindi. Beliau juga merupakan tokoh yang menyebabkan keruntuhan Kesultanan Melaka pada 24 Ogos 1511, dan yang membina Kota A'Famosa untuk menyekat penentangan orang-orang Melayu Melaka.

Alfonso de Albuquerque
Kelahiran1453
Meninggal dunia16 Disember 1515
Tempat ditanamIgreja da Nossa Senhora da Graça, Lisbon, Portugal
PekerjaanLaksamana, Gabenor India Portugis, Adipati Goa
PangkatGabenor dan Kapten-Jeneral Lautan Hindi, Wizurai India dan Adipati Pertama Goa
PenggantiLopo Soares de Albergaria
Anak-anakBrás de Albuquerque, Adipati Kedua Goa
IbuLeonor de Menezes
BapaGonçalo de Albuquerque
Tandatangan
Alfonso de Albuquerque
Alfonso de Albuquerque

Alfonso meneruskan rancangan Portugis iaitu menentang Islam, menyebarkan agama Kristian, dan merampas perdagangan rempah dengan mentadbirkan kuasa Portugis di Asia.[5] Antara beberapa perkara yang beliau pernah lakukan ialah: beliau pernah menakluk pulau Goa, merupakan orang Eropah dari Zaman Pembaharuan pertama yang menjarah Teluk Parsi, dan beliau mengetuai pelayaran Eropah pertama ke Laut Merah.[6] Kerja-kerja ketenteraan dan pentadbiran beliau memainkan peranan penting dalam pengasasan dan pengukuhan Empayar Portugis di Asia Timur, Asia Barat, dan haluan rempah di Oceania timur.[7]

Alfonso amat mahir dalam bidang perang[8][9] dan pembentukan perancangan perang—beliau pernah cuba untuk menutup semua haluan laut dari Lautan Hindi ke Lautan Atlantik, Laut Merah, Teluk Parsi, dan Lautan Teduh, yang membentuk sebuah mare clausum (laut tertutup) di bawah kawalan Portugis untuk menentang Empayar Uthmaniyah, puak Islam dan juga puak Hindu.[10] Semasa mengembangkan Empayar Portugal, Alfonso cetuskan sebuah pertempuran yang dinamakan Perang Uthmaniyah–Portugal, yang berlangsung selama bertahun-tahun. Banyak pertikaian dan pertengkaran Uthmaniyah–Portugal terjadi di Lautan Hindi, di Teluk Parsi untuk dapat kawalan haluan perdagangan rempah, dan di persisiran India. Kehebatan beliau dalam bidang perang dan kempen-kempen menentang Kerajaan Uthmaniyah dan lain-lain menyebabkan Portugal menjadi empayar raya pertama di dunia.[11] Beliau pernah mengalahkan tentera darat dan laut yang lebih hebat daripada beliau. Contohnya, penaklukan Hormuz pada tahun 1507 menentang pihak Parsi berjaya dengan tujuh buah kapal armada.[12] Beliau juga merupakan individu utama dalam peristiwa penaklukan Goa pada tahun 1510 dan penaklukan Melaka pada tahun 1511. Beliau dilantik sebagai laksamana Lautan Hindi, dan ketua "pelayaran laut Arab dan Parsi" pada 1506.[2]

Dalam lima tahun terakhir hayatnya beliau bertugas dalam bidang pentadbiran,[13] dan sebagai gabenor kedua India Portugis, beliau memanjangkan hayat empayar Portugis. Beliau mengetuai perdagangan antara Eropah dengan China Ming bersama utusan Rafael Perestrello, dengan Siam bersama utusan Duarte Fernandes, dan dengan Timor, menerusi Malaysia dan Indonesia dalam pelayaran yang diketuai oleh António de Abreu dan Francisco Serrão. Beliau juga bantu dalam hubungan diplomatik dengan Habsyah dengan mengutuskan paderi João Gomes dan João Sanches,[14][15][16][17][18][19] dan mentadbirkan hubungan diplomatik dengan Parsi, semasa Wangsa Safawiyah.[20]

Beliau digelari sebagai "yang Keji",[21] "yang Agung",[1][13][22] "Kaisar Timur", "Singa Samudera", dan "Dewa Perang Portugal". Kini, beliau dipandang benci oleh masyarakat Melayu dan Islam atas pendalangan beliau dalam kejatuhan Kesultanan Melaka, cubaan mengambil jasad Nabi Muhammad sebagai tebusan dan banyak lagi.

Riwayat hidup

sunting

Beliau dilahirkan di Alhandra, berhampiran Lisbon, Portugal,[23] dan merupakan anak kedua kepada Gonçalo de Albuquerque, Tuanan Vila Verde dos Francos (yang memegang jawatan penting di dalam istana), dan Dona Leonor de Menezes. Bapanya juga mempunyai darah keluarga diraja Portugal melalui keturunan luar nikah. Alfonso menerima pendidikan dalam matematik dan bahasa Latin klasik di istana Alfonso V dari Portugal, dan selepas kemangkatan maharaja itu, beliau berkhidmat di Afrika buat suatu tempoh. Apabila pulang, beliau dilantik sebagai ketua pengiring raja (estribeiro-mor) kepada John II dari Portugal.[24]

Latihan Alfonso semasa muda diceritakan oleh Diogo Barbosa Machado: “D. Alfonso de Albuquerque, yang digelar Agung atas sebab jasa baiknya, kerana telah memahat hati Eropah dengan kekaguman, dan hati Asia dengan ketakutan dan gentar, [beliau] dilahirkan pada tahun 1453, di sebuah Estet yang dipanggil, atas sebab keindahan tempat itu, Bandar Kayangan Alhandra, enam farsakh jauhnya dari Lisbon. Beliau merupakan anak kedua Gonçalo de Albuquerque, Tuanan Villaverde, dan D. Leonor de Menezes, anak perempuan D. Álvaro Gonçalves de Athayde, Count kepada [Mukim] Atouguia, dan isterinya D. Guiomar de Castro, dan perbetulan kezaliman alam ini dengan memanjat segala puncak kebaikan, biar pun politik mahupun akhlak. Beliau menerima pendidikan di Istana Raja D. Afonso V, dan dalam empunya gelanggang beliau bersaing kuat sehingga setaraf dengan si Dewa Perang Afrika (Afonso V)".[25]

Khidmat tentera semasa muda

sunting

Alfonso berkhidmat di Afrika Utara selama 10 tahun. Di sana, beliau peroleh pengalaman dalam bidang perang daripada kempen-kempen menentang pihak Muslim dan Uthmaniyah.[22]

Pada tahun 1471, di bawah perintah Afonso V dari Portugal, beliau hadir dalam penaklukan Tangier dan Arzila di Maghribi,[22] dan berkhidmat sebagai seorang pegawai selama beberapa tahun. Pada tahun 1476 beliau menjadi pengiring Putera John dalam perang menentang Kerajaan Kastil, di Semenanjung Iberia, dan dalam Perang Toro. Alfonso terlibat dalam sebuah kempen di semenanjung Itali pada tahun 1480 untuk menyelamatkan baginda Fernando II dari Aragón daripada serangan Uthmaniyah di Otranto.[13] Apabila Alfonso pulang pada tahun 1481, Putera John ditabalkan sebagai Raja John II manakala Alfonso dikurniakan pangkat Pegawai Kendera (Master of the Horse, 'penjaga kuda') atas segala jasanya, dan ketua pengiring diraja (estribeiro-mor) yang beliau pegang sepanjang pemerintahan baginda John II (1481–95).[22][25] Pada tahun 1489, beliau kembali ke Afrika Utara sebagai panglima pertahanan kota Graciosa, sebuah pulau di sungai Luco berhampiran bandar Al-Araisy, Maghribi. Pada tahun 1490 pula, beliau jadi seorang hulubalang kepada Raja John II, dan kemudian pulang ke Arzila pada tahun 1495, tempat di mana saudaranya Martim mati berperang bersamanya dahulu.

Alfonso mencapai kejayaan dalam banyak kempen perang di Afrika dan Laut Mediterranean, tetapi Asialah tempat yang paling terjejas akibat beliau.[22][25]

Kembara pertama ke India, 1503

sunting
 
Zamorin dari Kalikut

Baginda Manuel I dari Portugal berasa segan terhadap Alfonso semasa pertabalan baginda. Kerana Alfonso kawan kepada mendiang Raja John II tambahan pula Alfonso tujuh belas tahun lagi tua daripada baginda. Pada 6 April 1503, lapan tahun kemudian, Alfonso sertai operasi ke India bersama sepupu beliau Francisco de Albuquerque. Setiap seorang menakhodai tiga buah kapal, bersama Duarte Pacheco Pereira dan Nicolau Coelho. Mereka melancarkan serangan ke atas Zamorin dari Kalikut (Calecute, Kozhikode) dan berjaya meletakkan Raja Negeri Cohin (Cohim, Kochi) di takhta. Sebagai balasan, Raja tersebut membenarkan mereka untuk membina sebuah kota Portugis bernama Immanuel (Kota Kochi) dan mulakan perdagangan dengan Quilon (Coulão, Kollam). Semua ini menjadi permulaan Empayar Portugis timur.[26]

 
Peta Semenanjung Arab menunjukkan Laut Merah dengan Pulau Soqotra (merah) dan Teluk Parsi (biru) dengan Selat Hormuz (Planisfera Cantino, 1502)

Kembara kedua ke India, 1506

sunting

Pada Julai 1504, Alfonso pulang dan disambut oleh baginda Raja Manuel I dengan baik. Baginda meletakkan Alfonso sebagai pemerintah kepada lima buah kapal dalam enam belas armada ke India pada tahun 1506 atas jasa Alfonso dalam perancangan Empayar Portugis di Asia, dan diketuai oleh Tristão da Cunha.[26] Rancangan mereka adalah untuk merampas Pulau Soqotra dan dirikan sebuah kota di sana dan tutup perdangangan di Laut Merah. Alfonso menyamar sebagai "ketua nakhoda Pantai Arab", dan belayar di bawah arahan Tristão da Cunha sehingga sampai ke Mozambique.[27] Beliau bawa sepucuk surat berekat dengan misi rahsia yang diperintahkan oleh Raja: setelah selesai misi pertama, beliau kena gantikan wizurai pertama India, Francisco de Almeida, yang penggalnya akan tamat dua tahun lagi.[28] Sebelum berangkat, beliau mengesahkan anaknya lahir pada tahun 1500, dan menulis wasiatnya.

Penaklukan pertama Soqotra dan Hormuz, 1507

sunting

Tanggal 6 April 1506, armada berlayar dari Lisbon ke India. Alfonso terpaksa kemudi kapalnya sendiri selepas mualim kapalnya (jurumudi) hilang semasa mula belayar. Di Selat Mozambique, mereka selamatkan Kapten João da Nova, yang mengalami masalah dalam perjalanan balik dari India; kemudian da Nova dan kapal kerakahnya, Flor de la mar, sertai armada da Cunha.[29] Dari Malindi di Kenya, da Cunha kirim utusan ke Habsyah. Antara paderi yang dihantar ialah João Gomes, João Sanches dan Sid Mohammed dari Tunisia; dan dari sana, Alfonso berjaya hantarkan mereka ke Tanjung Guardafui (Filuk).[30] Selepas menyerang bandar-bandar Arab di timur Afrika, mereka menawan Soqotra dan bina sebuah kota di Suq untuk dirikan sebuah pengkalan dan hentikan perdagangan antara Laut Merah dan Lautan Hindi. Tetapi empat tahun kemudian, Soqotra terbiar kerana ia bukanlah sebuah pengkalan yang mempunyai apa-apa manfaat kepada rancangan Portugis.[28]

 
Kubu Hormuz di Pulau Hormuz, Iran

Di Soqotra, Tristão dan Alfonso berpisah: Tristão da Cunha belayar ke India, di mana beliau hulurkan bantuan kepada pihak Portugis yang dikepung di Kannur, sementara Alfonso bawa tujuh kapal dan 500 anak kapal ke Hormuz di Teluk Parsi, yang merupakan salah sebuah pusat dagangan utama di Asia. Dalam perjalanannya, beliau juga takluk bandar-bandar Kuryat, Muscat pada Julai 1507, dan Khaur Fakan yang menerima bandar Kalhat dan Sohar sebagai hadiah. Alfonso tiba di Hormuz pada 25 September dan kemudian menawan negeri tersebut, yang setuju menjadi sebuah negeri ufti kepada Raja Portugis.

 
Tugu Alfonso de Albuquerque, digambarkan berdiri di atas pedang-pedang untuk melambangkan jawab balasnya di Hormuz

Hormuz dahulunya sebuah negeri ufti kepada Syah Ismail dari Parsi. Dalam suatu peristiwa, beberapa utusan Parsi datang ke Alfonso selepas beliau menakluk Hormuz, dan mengarahnya untuk bayar ufti kepada mereka. Alfonso arahkan orangnya untuk beri sejumlah peluru meriam, panah dan senjata, sambil menempelak mereka, "inilah wang dari Portugal untuk bayar ufti kepada barangsiapa yang berani mintanya dari tanah kuasaan Baginda Manuel, Raja Portugal, Tuan Hindia dan kerajaan Hormuz."[31]

Menurut Brás de Albuquerque, Syah Ismaillah yang mencipta gelaran "Singa Samudera". Alfonso mula membina Kota Our Lady of Victory (boleh diterjemahkan kepada "Kota Dang Wijaya"), yang kemudiannya dinamakan kepada Kota Our Lady of the Conception ("Kota Dang Bunting).[32]

Namun, beberapa pegawai di bawahnya enggan melakukan kerja berat tersebut dan selepas mendakwa Alfonso mengambil kesempatan daripada tugasan sebenarnya, mereka berangkat ke India. Kini Alfonso kehilangan dua buah kapal, tidak punyai sebarang bekalan, dan tidak dapat meneruskan jawatan beliau lagi. Beliau menjarah penduduk di pesisiran selepas terpaksa meninggalkan Hormuz pada Januari 1508 untuk membekalkan penempatan Soqotra. Alfonso kembali ke Hormuz, dan akhirnya belayar ke India.

Ditangkap di Kannur, 1509

sunting

Alfonso tiba ke Kannur di persisiran Malabar pada Disember 1508, dan membuka surat berekat yang diutuskan oleh Raja sebelum wizurai Dom Francisco de Almeida, yang akan jadi gabenor selepas Almeida.[28][33][34] Wizurai itu, dengan bantuan pegawai yang tinggalkan Alfonso di Hormuz, mendapat perintah diraja yang sama tetapi enggan patuh, dan membantah kerana penggal beliau tamat pada bulan Januari dan beliau berhasrat untuk tebus kematian anaknya dengan melawan tentera laut Mamluk Amir Husain Al-Kurdi, lalu menolak tawaran Alfonso untuk bertarung demi jawatan tersebut. Alfonso mengelak pergolakan yang jika berlaku pasti mencetuskan perang, dan berpindah ke Kochi dan menantikan perintah lanjut daripada Raja, sambil mengurus rombongan pengiringnya. Beliau dikatakan oleh Fernão Lopes de Castanheda yang beliau berdepan dengan pembangkang yang memihak kepada Almeida dengan sabar. Oleh kerana beliau semakin keseorangan, beliau menulis sepucuk surat kepada Diogo Lopes de Sequeira, yang berlabuh ke India baru-baru itu, tetapi Sequeira sebaliknya menjadi pengikut Almeida. Pada masa yang sama pula, Alfonso menolak cubaan daripada pihak lawan Almeida untuk merampas sahaja kuasanya.[35]

Pada 3 Februari 1509, Almeida berperang dalam Pertempuran Diu menentang armada Mamluk, Uthmaniyah, Zamorin dari Kalikut, dan Sultan Gujarat, untuk menebus nyawa anaknya yang terkorban. Kemenangannya muktamad: Uthmaniyah dan Mamluk meninggalkan Lautan Hindi, melanjutkan usia pemerintahan Portugis seratus tahun lagi. Pada bulan Ogos, setelah sebuah petisyen yang dikemukakan oleh bekas pegawai Alfonso, dengan bantuan Diogo Lopes de Sequeira, Alfonso diguling daripada jawatannya untuk memerintah dan dihantarkan ke dalam tahanan Kota St. Angelo di Kannur.[36][37]

Pada bulan September 1509, Sequeira gagal untuk berhubung dengan Sultan Melaka dan terpaksa meninggalkan 19 banduan Portugis.

Sebagai gabernor of India Portugis, 1509–1515

sunting

Alfonso dibebaskan tiga bulan kemudian, menaiki armada Marsyal Portugal ke Kannur.[26][38] Marsyal Portugis itu merupakan bangsawan terkemuka untuk melawat India, dan beliau bawa sebuah armada dengan lima belas kapal dan 3,000 anak kapal dihantar oleh Raja untuk pertahankan hak Alfonso, dan untuk merampas Kalikut.[39]

Pada 4 November 1509, Alfonso naik menjadi Gabenor Kedua Negeri India dan memegang jawatan itu sehingga mati. Almeida pulang pada tahun 1510,[40] Alfonso kemudian gunakan seluruh tenaganya.[41] Beliau berhasrat untuk tawan dunia Islam dan kawal perdagangan rempah.[41]

Sebenarnya Raja Manuel I dan ahli istana di Lisbon cuba untuk bahagikan kuasa kepada tiga bidang di Lautan Hindi.[28] Pada tahun 1509, seorang bangsawan bernama Diogo Lopes de Sequeira dihantar dengan sebuah armada ke Asia Tenggara untuk berunding dengan Sultan Mahmud Shah dari Melaka tetapi gagal dan pulang ke Portugal. Jorge de Aguiar diberikan kuasa di rantau antara Tanjung Harapan dan Gujarat. Beliau disusuli oleh Duarte de Lemos tetapi beliau berangkat ke Kochin dan kemudian ke Portugal, meninggalkan armadanya di tangan Alfonso.

Operasi di Goa, 1510

sunting
 
Tugu Albuquerque di Medan Afonso de Albuquerque, Lisbon (1902).
 
Gambar menunjukkan padah daripada penaklukan Goa oleh Portugis, daripada bala tentera Yusuf Adil Shah.

Pada bulan Januari 1510, Alfonso pergi ke Kalikut menjunjung perintah Raja untuk serang—sewaktu Zamorin tiada—namun gagal. Marsyal Fernando Coutinho ingkar arahan dan masuk ke dalam bandar tersebut di mana beliau takjub dengan kekayaan bandar itu. Akhirnya beliau diserang hendap. Semasa berundur, Alfonso ditembak di dada tetapi terselamat manakala Coutinho dibunuh semasa cuba melarikan diri.[28]

Tidak lama kemudian, Alfonso kumpulkan sebuah armada dengan 23 kapal dan 1200 orang. Laporan moden kata beliau mahu melawan armada Kesultanan Mamluk Mesir di Laut Merah ataupun kembali ke Hormuz. Tetapi Alfonso mendapat khabar dari suatu Timoji (sebuah kapal pejuang privatir untuk Kerajaan Vijayanagara) yang mereka akan lebih senang bertempur di Goa di tempat mereka berteduh selepas Pertempuran Diu,[42] dan daripada Sultan Yusuf Adil Shah, juga dari perang dengan Kesultanan-kesultanan Dekan.[42] Jadi Alfonso menggunakan taktik mengejut dan tawan Goa daripada Kesultanan Bijapur. Dengan ini beliau telah laksanakan satu lagi tugasnya dengan penangkapan Goa, yang merupakan pelabuhan perdagangan terbaik di kawasan itu.

Serangan pertama berlaku di Goa dari 4 Mac ke 20 Mei 1510. Selepas penawanan Portugis, penduduk Hindu dan tentera Alfonso mula tidak endahkan beliau berikutan serangan daripada Ismail Adil Shah. Tambahan pula dengan kubu yang tidak seberapa, Alfonso tolak tawaran berdamai daripada Sultan Ismail dan beredar dari bandar tersebut pada bulan Ogos. Armada beliau berselerak dan sebuah pemberontakan tercetus di Kochi, maka beliau berangkat ke Kota Anjediva. Kapal-kapal baharu tiba dari Portugal, tetapi untuk seorang bangsawan bernama Diogo Mendes de Vasconcelos di Melaka yang baru sahaja diberikan kebenaran perintah di kawasan itu.

Tiga bulan kemudian pada 25 November, Alfonso tiba di Goa dengan armada yang baharu. Diogo Mendes de Vasconcelos terpaksa iringi beliau dengan kapal bantuan ke Melaka[28] dan lebih kurang 300 bantuan Malabar dari Kannur. Dalam masa sehari, mereka merampas Goa daripada Ismail Adil Shah dan sekutu Uthmaniyah baginda menyerah kalah pada 10 Disember. Lebih kurang 6000 ke 9000 pejuang Muslim dari bandar itu terkorban, sama ada mati dalam pertempuran mahupun lemas semasa cuba larikan diri.[43] Alfonso mendapat sokongan warga Hindu kerana menewaskan orang Islam, tetapi membuat Timoji geram kerana dia ingin menjadi gabenor. Alfonso membalas jasanya dengan melantik beliau sebagai Ketua Wazir (Aguazil) bandar tersebut, seorang pentadbir dan wakil warga Hindu dan Muslim, sebagai seorang penafsir budaya dan adat di sana.[42] Beliau kemudian mengurangkan jumlah ufti yang harus dibayar.

 
Mengecap duit syiling untuk d'Albuquerque di Goa (1510)

Di Goa, Alfonso asaskan kilang syiling Portugis pertama di timur selepas saudagar Timoja suarakan aduan mereka tentang kekurangan matawang, dan Alfonso mengambil peluang ini untuk mengukuhkan lagi penaklukan mereka.[44] Syiling yang berdasarkan syiling yang telahpun wujud ini mempunyai salib di sebelah dan sfera armila, sebelah lagi menujukkan jata Raja Manuel. Matawang cruzado atau manueis emas, esferas dan alf-esferas perak, dan "leais" gangsa dicetak.[45][46] Satu lagi kilang syiling dibina di Melaka pada tahun 1511.

Di Goa, Alfonso bina Hospital Real de Goa atau Hospital Diraja Goa bersebelahan Gereja Santa Catarina. Apabila beliau terdengar bahawa doktor di hospital itu meletakkan harga perubatan yang tinggi, Alfonso panggil mereka bermesyuarat, dan berkata "Kalian mengenakan bayaran pakar perubatan dan langsung tidak tahu penyakit apa orang-orang yang berkhidmat demi Raja kita mati menghidapi"[47] dan paksa mereka bekerja di tembok kota sepanjang hari dari siang sehingga malam.[48]

Walaupun sering diserang, Goa menjadi ibu pusat India Portugis dan penaklukan menyebabkan kerajaan jiran lain patuh: Sultan Gujarat dan Zamorin dari Kalikut hantarkan duta, tawaran pakatan dan geran untuk pengukuhan.

Alfonso kemudian menggunakan Goa untuk merampas perdagangan rampah, untuk menjual kuda Parsi kepada Vijayanagara dan putera-putera Hindu dengan balas mereka bantu Portugis dalam peperangan.[49]

 
Melaka, dan A Famosa, dilukis oleh jurulakar Alfonso, Gaspar Correia.

Penaklukan Melaka, 1511

sunting
Rencana utama: Penaklukan Melaka (1511)

Alfonso berkata kepada tenteranya kenapa Portugis mahu tawan Melaka:

"Raja Portugal telah perintah kepada aku untuk berangkat ke Selat [Melaka], kerana...inilah tempat yang paling sesuai untuk putuskan perdagangan orang Muslim...yang dilakukan di sini. Jadi ia adalah suatu tugasan daripada Tuhan Kita kita ke sini; dengan menawan Melaka, kita akan tutup Selat [Melaka] supaya orang Muslim tak akan sekali lagi dapat bawa rempah mengikut haluan ini.... Aku pasti yang, kalau perdagangan dengan Melaka dirampas dari tangan mereka, Kaherah dan Mekah pasti akan punah-ranah." (daripada The Commentaries of the Great Afonso de Albuquerque)[29]
 
Gerbang Kota A Famosa di Melaka

Tanggal Februari 1511, menerusi seorang saudagar Hindu bernama Nina Chatu, Alfonso menerima sepucuk surat daripada Rui de Araújo, salah seorang daripada 19 banduan Portugis yang ditahan di Melaka sejak 1509. Ia menyuruh Alfonso kerahkan seluruh armada untuk bebaskan mereka, dan ia juga mengandungi maklumat teliti berkenaan kubu dan pertahanan Melaka. Alfonso bawa ia ke Diogo Mendes de Vasconcelos untuk majukan armada bergabung. Pada April 1511, selepas mengukuhkan Goa, beliau kumpulkan sebanyak 900 orang tentera Portugis, 200 Hindu askar upahan dan lebih kurang lapan belas buah kapal.[50] Beliau mula tuju ke Melaka, mengingkari perintah dan kehendak Diogo Mendes yang ingin mengetuai pengembaraan tersebut. Alfonso akhirnya tumpukan seluruh kerajaan Portugis di Lautan Hindi. Selepas menakluk Melaka, beliau utuskan surat kepada Raja tentang pendapat beliau bertentangan dengan pendapat Diogo Mendes, bahawa jika mereka bahagikan kuasa pasti binasalah Portugis di India.[28] Di bawah pemerintahan beliau ialah Ferdinand Magellan yang pernah terlibat dalam misi perwakilan bersama Diogo Lopes de Sequeira pada tahun 1509.

Selepas tersalah mula ke Laut Merah, mereka belayar ke Selat Melaka. Pusat ia, kota Melaka merupakan bandar terkaya yang Portugis pernah cuba tawan serta juga merupakan pusat perdagangan yang disentuh saudagar-saudagar dari Gujarat, China, Jepun, Jawa, Benggala, Parsi, tanah Arab dan banyak lagi; Melaka turut ditulis Tomé Pires mempunyai kekayaan yang tiada tara. Walaupun ia merupakan kota yang kaya, hampir semua kota tersebut dibina dengan kayu dengan beberapa binaan batu, tetapi ia tetap dikawal yang terdiri daripada 20,000 orang askar dan 2000 senjata bedil seperti meriam. Kota Melaka menjadi lemah lagi kerana kerajaan Sultan Mahmud Shah memilih kasih terhadap golongan Muslim dan menyebabkan pedagang lain berasa terhina.

Alfonso kini berdepan dengan kota Melaka, kapalnya ditaburi panji-panji dan lepaskan berdas-das meriam. Beliau perintah Sultan untuk bebaskan banduan dan bayar ganti rugi, dan menuntut kebenaran untuk dirikan sebuah pusat dagangan. Sultan Mahmud akhirnya bebaskan banduan tetapi langsung tidak terkejut akan pasukan armada Portugis yang kecil. Alfonso kemudian bakar beberapa kapal di pelabuhan dan empat binaan di pantai. Sungai Melaka membahagikan kota tersebut kepada dua, dan jambatan tersebut menjadi tempat yang sesuai untuk menyerang. Pada 25 Julai sewaktu fajar, Portugis mendarat dan pertempuran yang sengit. Akhirnya jambatan tersebut jatuh ke tangan Portugis pada waktu petang. Selepas Sultan langsung tidak endahkan mereka, mereka kembali ke kapal dan sediakan jong (diberi oleh pedagang China), memenuhkan ia dengan orang, senjata bedil dan beg pasir. Ia diketuai oleh António de Abreu naik sungai sewaktu air pasang dan mereka mendarat pada hari seterusnya. Selepas pertarungan sengit di mana Sultan muncul dengan tentera gajah perang, para hulubalang bolos dan Sultan pula melarikan diri.[28] Alfonso nantikan balas daripada Sultan. Pedagang mula meminta perlindungan dengan orang Portugis dan mereka diberi panji untuk tandakan tempat mereka supaya tidak akan dijarah. Pada 15 Ogos, Portugis menyerang semula walaupun Sultan telahpun melarikan diri dari kota. Mereka merompak dan merampas segala harta kecuali di rumah atau tempat yang ditandakan dengan panji tadi.[51] Alfonso persediakan Melaka, kalau-kalau adanya serangan balas daripada puak Melayu[50] dengan membina kubu. Beliau menyuruh orang suruhannya untuk buat rondaan, musnahkan masjid dan kubur dan gunakan batunya dalam projek pembinaan kota. Walaupun ia memakan masa yang amat lama tambahan pula dengan kepayahan iklim dan demam kura, kota tersebut siap dibina pada November 1511, dan gerbang yang kota kubu tinggal sehingga kini dan dinamakan "A Famosa" ('yang Masyhur'). Kemudian Alfonso dirikan sebuah batu dengan nama orang-orang yang terlibat dalam penaklukan ini. Untuk mengelak daripada pertengkaran berkenaan turutan nama, beliau halakan ia ke sebuah dinding dengan tulisan: Lapidem quem reprobaverunt aedificantes (bermaksud "Batu yang dibuang oleh tukang-tukang bangunan", daripada ramalan Daud, Kitab Mazmur 118:22–23) di hadapan.[52]

Beliau tetapkan pentadbiran Portugis, melantik semula Rui de Araújo sebagai wakil negeri yang ditarik dahulu semasa beliau ditahan pada tahun 1509, dan melantik saudagar Nina Chatu untuk menggantikan bendahara, menjadi wakil kepada orang bukan Islam dan penasihat. Selain daripada membantu dalam urusan negeri dan pengilangan syiling pertama, beliau juga memberi jong untuk misi-misi diplomatik.[53] Sementara itu, Alfonso memberkas dan hukum bunuh saudagar kuat bernama Utimutiraja yang berhubung dengan keluarga diraja yang diusir, walaupun setelah dilantik dalam jawatan pentadbiran Portugis sebagai wakil penduduk Jawa.

Alfonso juga ada hantarkan ramai Órfãs d'El-Rei[54][55] ke Melaka Portugis.

Flor de la mar karam, 1511

sunting

Pada 20 November 1511, Alfonso belayar dari Melaka ke persisiran Malabar dengan kapal Flor de la Mar yang digunakan dalam penaklukan Melaka. Walaupun ia mengalami kerosakan, Alfonso tetap menggunakan ia untuk mengangkut harta rampasan kerana ia mempunyai isi padu yang besar.[28] Beliau mahu tunjukkan Raja Manuel harta Melaka. Ia juga ditawarkan daripada Kerajaan Siam kepada Raja Portugal dan segala hartanya. Semasa belayar, Flor de la Mar dilanda ribut dan karam, tetapi Alfonso terselamat.[50]

Pengurusan hal ehwal Melaka

sunting

Pengutusan kedutaan ke negeri-negeri Bago, Sumatera dan Siam, 1511

sunting

Selepas ramai saudagar Muslim dan Gujarati lari kota, Alfonso mulakan hubungan diplomatik dengan saudagar Asia Tenggara seperti China supaya mereka berbaik dengan Portugis. Perwakilan perdagangan dan diplomat diutuskan ke kerajaan berdekatan: Rui Nunes da Cunha diutuskan ke Bago (atau Pegu, di Burma), di mana Raja Binyaram membalas dengan menghantarkan utusan ke Kochi pada tahun 1514[56][57] dan Sumatera, raja-raja Kampar dan Indragiri di Sumatera hantar utusan kepada Alfonso sebagai penerimaan kuasa Portugis, dan menjadi negeri lindungan kepada Melaka.[58] Alfonso tahu Siam sangat sukakan Melaka, jadi beliau hantar Duarte Fernandes sebagai utusan diplomat ke Kerajaan Siam (Thailand), dan kirimkan sebuah kapal jong China. Duarte Fernandes ialah salah seorang daripada banduan Melaka dahulu, dan telah peroleh maklumat dan budaya negeri tersebut. Beliau menjadi orang Eropah pertama yang menjejak tanah Siam, dan telah jalinkan hubungan persahabatan antara kerajaan Portugal dan istana Raja Siam Ramathibodi II. Beliau akhirnya pulang dengan utusan dari negeri Siam bersama-sama hadiah dan surat kerada Alfonso dan Raja Portugal.[58]

Pengembaraan ke Kepulauan Maluku, 1512

sunting
 
Lakaran Pulau Ternate dengan Kota São João Baptista, dibina tahun 1522.

Pada bulan November, selepas menawan Melaka dan dapat tahun lokasi "kepulauan rempah", Alfonso hantar tiga buah kapal yang diketuai oleh António de Abreu dan panglima timbalan Francisco Serrão untuk pergi mencarinya.[59] Pelaut Melayu diupah untuk bawa mereka ke Jawa, Kepulauan Nusa Tenggara, Pulau Ambon ke Kepulauan Banda, dan tiba pada tahun 1512.[60] Di sana mereka duduk selama sebulan membeli dan mengisi kapal mereka penuh dengan buah pala dan cengkih. António de Abreu kemudian belayar ke Pulau Ambon sementara Serrão pergi ke Kepulauan Maluku, tetapi kapal karam di Pulau Seram. Sultan Abu Lais dari Ternate terdengar mereka terdampar, dan baginda mengambil peluang untuk gabung kuasa dengan sebuah negeri asing yang kuat. Mereka dibawa ke Ternate pada tahun 1512 dan dibenarkan untuk membina sebuah kota di sana, dinamakan Forte de São João Baptista de Ternate (Kota Santo John si Pembaptis di Ternate).

Pengembaraan ke China, 1513

sunting
 
Maharaja Zhengde

Awal tahun 1513, Jorge Álvares yang belayar di bawah perintah Alfonso, dibenarkan untuk labuh ke Pulau Lingding, di Delta Sungai Mutiara di selatan China. Tidak lama kemudian, Alfonso utuskan Rafael Perestrello ke selatan China untuk jalinkan hubungan perdagangan dengan Wangsa Ming. Dengan kapal dari Melaka Portugis, Rafael belayar ke Canton (Guangzhou) pada tahun 1513, dan sekali lagi pada tahun 1515 hingga 1516 untuk tujuan berdagang. Pengembaraan ini serta pengembaraan Tomé Pires dan Fernão Pires de Andrade, merupakan hubungan langsung pertama Eropah ada dengan China. Tetapi setelah kemangkatan Maharaja Zhengde China pada 19 April 1521, pihak konservatif kerajaan yang mahu kurangkan pengaruh sida-sida menolak kedutaan baharu Portugis. Mereka berperang di laut menentang Portugis di Tuen Mun, dan Tomé terpaksa kirim surat ke Melaka yang beliau dan duta-duta lain dikurung dalam penjara sehinggalah Portugis berundur daripada mengawal Melaka dan pulangkan takhta kepada bekas Sultan Melaka (baginda dahulu negeri lindungan kerajaan Ming).[61] Apapun, hubungan China dan Portugis pada akhirnya baik semula pada 1540-an dan pada tahun 1557 sebuah pengkalan kekal Portugis ditadbirkan di Makau di selatan China dengan kebenaran kerajaan Ming.

Kembali ke Kochi dan Goa

sunting
 
Alfonso de Albuquerque sebagai gabenor India

Alfonso pulang ke Kochi dari Melaka, tetapi tidak boleh belayar ke Goa kerana ada berlakunya pemberontakan yang didalangi Sultan Bijapur Ismail Adil Shah, diketuai oleh Rasul Khan dan orang negeri. Semasa Alfonso tiada di Melaka, pihak Portugis yang membantah penaklukan dahulu sekarang melepaskan Goa begitu sahaja, malah juga tulis surat kepada Raja untuk lepaskan ia. Alfonso yang kini terkandas kerana musim tengkujuh dan hanya mempunyai beberapa orang sahaja terpaksa tunggu kapal bantuan yang diketuai anak buahnya D. Garcia de Noronha, dan Jorge de Mello Pereira untuk datang .

Semasa di Kochin, Alfonso ada dirikan sebuah sekolah. Dalam sepucuk surat peribadi kepada Raja Manuel I, beliau beritahu yang beliau ada jumpa sebuah peti penuh dengan buku untuk didik peranakan Portugis (casados) dan pemeluk Kristian cara untuk menulis dan membaca. Dan menurut Alfonso, mereka semua "sungguh pintar dan senang tangkap apa yang diajar".[62]

Pada 10 September 1512, Alfonso belayar dari Kochi ke Goa dengan empat belas buah kapal dengan 1,700 orang askar. Dengan azam untuk tawan semula Goa, beliau perintah parit digali dan tembok ditembusi. Tetapi pada hari yang mereka mahu menyerang, Rasul Khan menyerah. Alfonso mahu kota tersebut diserahkan sekali dengan senjata, peluru meriam, kuda dan sebagainya, dan mahu pembelot diserahkan. Ada yang ikut Rasul Khan semasa Portugis terpaksa lari dari Goa pada Mei 1510, ada yang baru sahaja ikut. Rasul Khan bersetuju, dengan syarat mereka tidak dibunuh. Alfonso setuju dan tinggalkan Goa. Beliau kotakan janjinya untuk tidak bunuh mereka, tetapi sebaliknya cacatkan mereka satu per satu. Salah seorang daripada pembelot ini ialah Fernão Lopes, yang dalam perjalanan ke Portugal untuk dipenjarakan, telah melarikan diri ke pulau Saint Helena dan hidup seorang diri untuk bertahun-tahun. Selepas menawan Goa semula, bandar tersebut menjadi pendudukan Portugis yang terhebat di India.

Kempen di Laut Merah, 1513

sunting

Pada bulan Disember 1512, seorang utusan dari Habsyah datang dari Goa. Mateus dihantar oleh Ratu Eleni, berikutan kedatangan Portugis dari Soqotra pada tahun 1507, sebagai duta kepada raja Portugal untuk bersepakat menentang perkembangan Islam. Beliau diterima dengan baik di Goa dan dinaung oleh Alfonso. Kedatangannya diumumkan oleh Raja Manuel kepada Paus Leo X pada tahun 1513. Walaupun Mateus tidak dipercayai pesaing Alfonso, yang cuba buktikan Mateus sebenarnya seorang penipu atau perisik Muslim, Alfonso tetap hantarkan beliau ke Portugal.[63] Catatan mengatakan bahawa Raja Portugal berlinangan air mata mendengar laporan ini.

Pada Februari 1513, semasa Mateus di Portugal, Alfonso belayar ke Laut Merah dengan 1000 orang Portugis dan 400 orang Malabar. Beliau diperintahkan untuk rampas kuasa Laut Merah demi Portugal. Soqotra telahpun ditinggalkan kerana langsung tidak berkesan untuk mengawal selat di Laut Merah ke Lautan Hindi. Dan pendapat Alfonso yang Masawa (di Eritrea) boleh dijadikan pengkalan Portugis mungkin dipengaruhkan oleh laporan Mateus.[28]

Alfonso tahu yang tentera Mamluk sedang siapkan armada kedua di Suez, jadi beliau majukan armadanya dahulu sebelum Mamluk sampai ke Aden dan kepung kota tersebut.[64] Aden ialah kota berkubu, dan walaupun mereka ada tangga untuk panjat ia, tangga-tangga tersebut binasa semasa pertempuran. Selepas separuh hari berperang, Alfonso terpaksa berundur. Beliau belayar disekitar Bab al-Mandeb, dengan armada pertama Eropah yang pernah belayar mengikut haluan ini. Beliau cuba sampai ke Jeddah, tetapi angin tidak menentu dan beliau berteduh di pulau Kamaran di bulan Mei, sehinggalah penyakit dan kekurangan bekalan air melanda orang-orang Alfonso dan menyebabkan beliau terpaksa beredar. Pada Ogos 1513, selepas cubaan kedua masuk Aden, beliau terpaksa kembali ke India dengan tangan kosong. Dengan tujuan memusnahkan kuasa Mesir, beliau dikatakan menimbangkan idea untuk memesongkan aliran Sungai Nil dan dengan itu menjadikan seluruh negara tandus. Yang paling dahsyat sekali, beliau merancang untuk mencuri jasad Nabi Muhammad SAW, dan mahu jadikan ia sebagai tebusan sehingga seluruh umat Islam tinggalkan Tanah Suci.[65][66]

Walaupun rancangan Alfonso untuk capai Suez gagal, ini merupakan serangan mendadak Kristian pertama di Laut Merah dan telah mencetuskan panik di Kaherah, malah telah mengejutkan seluruh dunia Islam.[67]

Penundukan Kalikut

sunting
 
Kota Portugis di Kalikut

Dalam penutupan penggal Alfonso sebagai gabenor India, beliau berjaya tamatkan perbalahan antara pihak Portugis dan Zamorin, yang telah berlanjutan sejak pembunuhan orang-orang Portugis di Kalikut pada tahun 1502. Semakin binasa perdagangan dan luput lindungan dari negeri lain, akhirnya kerajaan Zamorin bersaing dengan diri sendiri. Pemerintah Zamorin akhirnya dibunuh dan digantikan dengan pihak pembangkang, dengan hasutan Alfonso. Dengan itu, perbincangan perdamaian dapat dilakukan; Portugis dibenarkan untuk bina kota di Kalikut, dan dibenarkan beli seberapa banyak pun lada dan halia yang mereka mahu, dengan harga yang ditetapkan, dan separuh sahaja ufti perlu dibayar berbanding sebelum itu.[68] Pembinaan kota bermula terus di bawah samaran ketua jurubina Tomás Fernandes.

Pentadbiran dan diplomasi di Goa, 1514

sunting
 
Badak sumbu oleh Albrecht Dürer, teknik toreh kayu (1515)
 
Lakaran gambaran Wanita-wanita Portugis dan Kristian India dalam Kodeks Casanate

Selepas perdamaian, pada tahun 1514 Alfonso habiskan masanya dengan mengurus Goa dan menerima kedutaan daripada gabenor-gabenor India, menguatkan lagi kota mereka dan menggalakkan perkahwinan antara perawan Portugis dan wanita tempatan. Pada masa itu, wanita Portugis diharamkan daripada meneroka ke laut. Dalam tahun 1511, dengan sebuah dasar yang Alfonso kuat kuasakan, kerajaan Portugis galakkan pengembara mereka untuk berkahwin dengan wanita tempatan. Untuk menggalakkan penempatan, Raja Portugal anugerahkan kebebasan dan pengecualian daripada cukai Mahkota bagi lelaki Portugis yang pergi luar negeri dan berkahwin dengan wanita di sana. Dengan ini, perkahwinan bercampur berkembang. Beliau lantik orang tempatan untuk jawatan dalam pentadbiran Portugis dan tidak kacau dengan adat tempatan (kecuali "sati", amalan membakar balu yang beliau haramkan).

Pada bulan Mac 1514, Raja Manuel utuskan kedutaan yang dibawa oleh Tristão da Cunha kepada Paus Leo X, yang pertunjukkan kota Rom dengan pelbagai haiwan eksotik dan harta dari koloni-koloni mereka dari Hindia.

Awal tahun 1514, Alfonso utuskan kedutaan kepada Sultan Muzaffar Shah II dari Gujarat, pemerintah Kambay, untuk dapat kebenaran pembinaan kota di Diu, India. Utusan beliau kembali tanpa persetujuan, tetapi pertukaran hadiah ada dilakukan, seperti seekor badak sumbu India.[69] Alfonso hantarkan hadiah tersebut yang bernama ganda, sekali dengan penjaganya Ocem, kepada Raja Manuel.[70] Pada lewat tahun 1515, Raja Manuel hantarkan toreh kayu badak sumbu Dürer kepada Paus Leo X sebagai suatu hadiah. Dürer tidak pernah lihat badak sumbu, yang ia merupakan spesimen pertama yang pernah dilihat di Eropah sejak zaman Rom.

Penaklukan Hormuz dan keuzuran

sunting
 
Alfonso de Albuquerque sebagai Gabenor India

Pada tahun 1513 di Kannur, Alfonso menerima lawatan oleh seorang duta Parsi daripada Shah Ismail I, yang juga utuskan duta-duta ke negeri Gujarat, Hormuz dan Bijapur. Duta Bijapur tersebut menjemput Alfonso untuk hantar seorang utusan balas ke negeri Parsi. Maka Miguel Ferreira pun diutuskan ke Tabriz melalui Hormuz, di mana beliau ditemu ramah dengan syah tentang rancangan untuk gulingkan Sultan Mamluk.

Pada masa yang sama, Alfonso laksanakan penaklukan Hormuz. Beliau dapat tahu yang selepas Portugis berundur dari sana pada tahun 1507, seorang raja muda naik kuasa di bawah pengaruh seorang wazir Parsi yang hebat bernama Reis Hamed, dan baginda takut akan wazir itu. Di Hormuz pada bulan Mac 1515, Alfonso pergi menghadap raja dan memohon wazir itu hadir sekali. Beliau dan rombongan pengiringnya terus tikam dan bunuh wazir, dan "membebaskan" raja daripada kuasanya. Maka Pulau Hormuz di Teluk Parsi pun tunduk dan menjadi negeri lindungan Empayar Portugis. Hormuz kekal di dalam tangan Portugis sehinggalah sebuah persekutuan di antara British dan Parsi akhirnya mengusir Portugis keluar pada tahun 1622.[71] Di Hormuz, Alfonso bertemu dengan Miguel Ferreira, yang pulang dengan pelbagai hadiah dan seorang duta yang membawa surat perutusan daripada Shah Ismail mengajak Alfonso untuk jadi tuanan tinggi di Parsi.[72] Di sana Alfonso uruskan hal ehwal diplomatik, menerima utusan dan menyelia pembinaan kota baharu, sementara juga jadi semakin uzur. Keuzuran beliau ada tertulis pada September 1515.[73]

Pada bulan November 1515, beliau menaiki kapal ke Goa, namun beliau mati semasa dalam pelayaran.

Kematian

sunting

Hidup Alfonso berakhir dengan penutup yang teruk dan memalukan. Sewaktu itu, musuh politik beliau di kerajaan Portugis sedang merancang kejatuhan Alfonso. Mereka menghasut dan berpakat menaruh perasaan iri hati dalam hati Raja Manuel terhadap Alfonso, menganginkan yang Alfonso sebenarnya mahu rampas kuasa India Portugis.[74]

Semasa pulang dari Hormuz di Teluk Parsi, berdekatan pelabuhan Syaul (atau Chaul), beliau terima khabar yang sebuah armada Portugis ada datang dari Eropah, membawa perutusan yang beliau akan digantikan dengan musuh ketatnya, Lopo Soares de Albergaria. Apabila sedar yang pesaing-pesaing beliau di kerajaan telah aniaya beliau, Alfonso suarakan hatinya dengan hampa dan sedih: "Berat sungguhlah pasti dosa aku terhadap Raja, kerana aku disisih baginda dan digantikan dengan mereka, dan juga disisih mereka bergantikan baginda."[75]

Alfonso dapat rasakan nyawanya semakin suntuk, beliau memakai mantel kesateria Golongan yang Dianugerahi Darjah Santiagonya lalu tuliskan wasiatnya, melantik ketua dan pegawai tinggi Hormuz, dan adakan mesyuarat terakhir dengan ketua-ketua beliau untuk tentukan masalah yang melanda Negeri India Portugis.[73]

Beliau tulis sepucuk surat pendek kepada Raja Manuel, memohon kurniakan kepada anak kandungnya "setinggi-tinggi kehormatan dan anugerah" yang dihutangi baginda kepada Alfonso. Beliau tuliskan surat tersebut dengan kata-kata yang lembut dan halus, untuk menguatkan yang Alfonso amat setia kepada baginda.[71][76]

Pada 16 Disember 1515, Alfonso de Albuquerque mati semasa hampir tiba ke persisiran Goa. Apabila orang dapat tahu akan kematiannya, "ada tangisan hebat dari semua rumah dan jalanan",[77] dan ramai pergi keluar ke jalan untuk saksikan mayatnya diusung atas kerusi yang dibawa oleh ketua-ketua Alfonso, dan orang-orang berarak membawa obor.[78]

Mayat Alfonso dikebumikan di Goa, seperti yang diminta dalam wasiatnya, di Gereja Nossa Senhora da Serra (Our Lady of the Hill, atau Dang Bukit Kami), yang dibina pada tahun 1513 supaya Alfonso dapat ucapkan terima kasih kepada Siti Maryam (Virgin Mary) kerana membenarkan beliau larikan diri ke pulau Kamaran.[79] Malam itu, orang Hindu juga turut bersedih dengan orang Portugis, "kerana beliau disayangi [mereka] semua",[80] dan ada yang berkata "Tuhan perlukan dia untuk suatu perang, dan oleh sebab itu Dia telah mengambilnya".[81][73]

Di Portugal, dasar Raja Manuel menjadi tidak menentu arah. Baginda masih lagi tidak dengar khabar tentang kematian Alfonso kerana teknologi komunikasi masih lagi perlahan pada zaman itu. Baginda terdengar khabar angin yang Sultan Mamluk Mesir sedang menyediakan bala tentera di Suez untuk hentikan penaklukan Hormu. Baginda insaf kerana gantikan Alfonso dahulu dan terus menulis persuratan kepada Lopo Soares de Albergaria pada Mac 1516 untuk pulangkan kuasanya balik kepada Alfonso dan berikan beliau semua sumber dan bahan untuk berdepan dengan Kesultanan Mamluk. Albergaria pun persiapkan tentera laut di Asia, dengan perintah untuk Alfonso dijadikan ketua panglima untuk berdepan dengan angkatan Sultan Kaherah (kalaulah beliau masih ada di India). Tragisnya, Raja Manuel akhirnya mendapat khabar bahawa Alfonso telahpun mati berbulan dahulu, dan pilihan baginda untuk lantik semula beliau sudahpun terlambat.[73][74]

Selepas 51 tahun, pada tahun 1566, mayat Alfonso dialihkan ke gereja Nossa Senhora da Graça (Dang Limpah Kurnia),[82] yang binasa dan dibina semula selepas kejadian gempa bumi Lisbon 1755.

Bibliografi

sunting
  • Albuquerque, Braz de (1774). Commentarios do grande Afonso Dalboquerque. Lisbon: Na Regia Officina Typografica. Available in English as The Commentaries of the Great Afonso Dalboquerque, Second Viceroy of India. Laurier Books Ltd. /AES 2000. ISBN 978-8120615144
  • Danvers, Frederick Charles (1894). The Portuguese in India. London: W. H. Allen. ISBN 978-1402150807 (reprint).
  • Diffie, Bailey W. and George D. Winius (1977). Foundations of the Portuguese Empire, 1415–1580. Minneapolis: University of Minnesota Press. ISBN 0816607826.
  • Marques, António Henrique R. de Oliveira (1972). History of Portugal, 2nd ed. New York: Columbia University Press. ISBN 023108353X.
  • Panikkar, K. M. (1929). Malabar and the Portuguese: Being a History of the Relations of the Portuguese with Malabar from 1500 to 1663. Bombay: D.B. Taraporevala Sons. ASIN B000878T7Q.

Pautan luar

sunting
  •   Rencana ini menggabungkan dan menterjemah teks dari penerbitan sekarang di domain awamChisholm, Hugh, penyunting (1911). Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-11). Cambridge University Press. Missing or empty |title= (bantuan) The article is available here: [1] Diarkibkan 2006-05-09 di Wayback Machine
  • Catholic Encyclopedia article
  1. ^ a b Stephens, Henry M. (1897). Albuquerque. Siri Rulers of India [Pemerintah India]. Asian Educational Services. m/s 1. ISBN 978-81-206-1524-3.
  2. ^ a b Aubin, J. (1982, 15 Disember). “ALBUQUERQUE, ALFONSO DE”. Encyclopædia Iranica. Dicapai 14 Jun 2019.
  3. ^ Butt, John J. (2006). The Greenwood Dictionary of World History [Kamus Sejarah Dunia Greenwood]. Greenwood Publishing Group. m/s 10. ISBN 978-0-313-32765-0.
  4. ^ Ooi, Keat G. (2004). Southeast Asia a historical encyclopedia, from Angkor Wat to East Timor (Vol. 1) [Asia Tenggara: Sebuah Ensiklopedia Sejarah, dari Angkor Wat ke East Timor (Jilid 1). Santa Barbara, Calif.: ABC-CLIO. m/s 137. ISBN 978-1-576-07770-2.
  5. ^ Ooi, Keat G. (2004). m/s 17.
  6. ^ Stevens, J. (Penyunting). (1711). A New Collection of Voyages and Travels in 2 Volumes [Himpunan Pelayaran dan Penerokaan Baharu dalam 2 jilid]. London: Universiti Oxford. m/s 113.
  7. ^ Booker, Lynne. Doubling the World: The Portuguese Explorations [Menggandakan Dunia: Pengembaraan Orang Portugis]. 8 Julai 2012. Dicapai 14 Jun 2019. Diarkibkan dari asal pada 22 Julai 2015.
  8. ^ Albuquerque, A. D., Villiers, J., & Earle, T. F. (1990). Albuquerque, Caesar of the East: Selected Texts by Afonso de Albuquerque and His Son [Albuquerque, Kaisar Timur: Teks-teks oleh Alfonso de Albuquerque dan Anaknya]. Aris & Phillips. m/s 7. ISBN 978-0-85668-488-3.
  9. ^ Diffie, Bailey W. & Winius, George D. (1977). Foundations of the Portuguese Empire: 1415–1580 [Asas Empayar Portugis: 1415–1580]. Minneapolis: Percetakan Universiti Minnesota. ISBN 978-0-8166-0782-2.
  10. ^ "ALBUQUERQUE, ALPHONSO". Encyclopædia Britannica 1911 (Net Industries). Diarkibkan dari asal pada 9 Mei 2006. Dicapai 10 Mei 2006.
  11. ^ Erickson, A. S., Goldstein, L., & Lord, C. (2012). China Goes to Sea: Maritime Transformation in Comparative Historical Perspective [China Belayar ke Laut: Perubahan Maritim dalam Perbandingan Pandangan Sejarah]. Annapolis, MD: Percetakan Institut Tentera Laut (Naval Institute Press). m/s 403. ISBN 978-1-612-51152-8.
  12. ^ Sykes, Sir Percy Molesworth (1921). A History of Persia [Sejarah Negeri Parsi]. Macmillan and Company, berhad. m/s 186.
  13. ^ a b c "Afonzo de Albuquerque". CATHOLIC ENCYCLOPEDIA. Newadvent.org. 1 Mac 1907. Dicapai 6 Oktober 2010.
  14. ^ Vilhena, M. (2001). "ARQUIPÉLAGO. História". O Preste João : Mito, literatura e história [Prester John: mitos, kesusasteraan dan sejarah], Jilid 5, Siri 2ª. Universidade dos Açores, Azores. m/s 641–642. ISSN 0871-7664.
  15. ^ Hespeler-Boultbee, John J. (2011). A Story in Stones: Portugal's Influence on Culture and Architecture in the Highlands of Ethiopia 1493–1634 [Sebuah Kisah dalam Batu: Pengaruh Portugal dari segi Budaya dan Reka Bina di Tanah Tinggi Habsyah]. CCB Publishing. m/s 186. ISBN 978-1-926-58599-4.
  16. ^ Quinn, D. B., Clough, C. H., & Hair, P. E. (1994). The European outthrust and encounter: The first phase c.1400-c.1700 [Penerajuan dan Pertemuan Eropah: Fasa pertama ~1400–1700]. Liverpool: Percetakan Universiti Liverpool. m/s 85. ISBN 978-0-853-23229-2.
  17. ^ Damião de Góis. (1954). Chronica do felicissimo rei dom Emanuel, Bhg. III, Bab IIX. Coimbra: Percetakan Universiti Coimbra.
  18. ^ Armando Cortesão (1974). Esparsos. Coimbra: Universiti Coimbra. m/s 25, 77–81.
  19. ^ Afonso de Albuquerque Blog: My Second Expedition to India: First Conquest of Socotra and Hormuz, 1507 [Pengembaraan Kedua Saya ke India: Penaklukan Pertama Soqotra dan Hormuz]. Dicapai 2 Jun 2019.
  20. ^ Couto, D., & Loureiro, R. M. (2008). Revisiting Hormuz: Portuguese Interactions in the Persian Gulf Region in the Early Modern Period [Melawat Semula Pulau Hormuz: Perhubungan Portugis di Rantau Teluk Parsi pada Awal Zaman Moden]. Wiesbaden: Harrassowitz Verlag. m/s 219. ISBN 978-3-447-05731-8.
  21. ^ Subrahmanyam, S. (2002). The career and legend of Vasco da Gama [Kerjaya dan Legenda Vasdo da Gama]. Cambridge: Percetakan Universiti Cambridge. m/s 365. ISBN 978-0-521-64629-1.
  22. ^ a b c d e "Afonso de Albuquerque". Encyclopædia Britannica. Dicapai 2 Jun 2019.
  23. ^ Crowley, R. & Parker, G. (1996, 1 Disember). "Afonso de Albuquerque". The Reader's Companion to Military History [Panduan Sejarah Tentera Pembaca]. Houghton Mifflin. ISBN 978-0-547-56146-2.
  24. ^ Henry Morse Stephens (1897). Albuquerque. Siri Rulers of India [Pemerintah India]. Asian Educational Services. ISBN 978-81-206-1524-3.
  25. ^ a b c Jayne, K. G. (1970). Vasco da Gama and his successors 1460-1580 [Vasco da Gama dan penggantinya 1460–1580]. New York: Barnes & Noble. m/s 78–79. Salinan asal dari 1910 boleh dilihat sini.
  26. ^ a b c Chisholm, H. (Ed.). (1911). "Albuquerque, Alphonso d". Encyclopædia Britannica (Jilid 1, Edisi ke-11). Percetakan Universiti Cambridge.
  27. ^ Couto, D. D., & Barros, J. D. (1777). Décadas da Ásia. Década X, livro I [Dasawarsa di Asia. Jilid 10, bab 1]. Lisbon: Na Regia officina typografica. Dicapai 2 Jun 2019 dari sini.
  28. ^ a b c d e f g h i j Diffie, B. W., Winius, G. D., & Shafer, B. C. (1985). Foundations of the Portuguese empire: 1415–1580 [Asas Empayar Portugis: 1415–1580]. Minneapolis, Minnesota: Percetakan Universiti Minnesota. m/s 239–260.
  29. ^ a b Birch, W. D. (2000). The commentaries of the great Afonso Dalboquerque, Second Viceroy of India – 4 Vols [Ulasan Afonso Dalboquerque Agung, Wizurai Kedua India – 4 Jilid]. New Delhi: Asian Educational Services. ISBN 978-81-206-1514-4.
  30. ^ Hespeler-Boultbee, J. J. (2006). A Story in Stones: Portugal's Influence on Culture and Architecture in the Highlands of Ethiopia, 1493–1634 [Sebuah Kisah dalam Batu: Pengaruh Portugal dari segi Budaya dan Reka Bina di Tanah Tinggi Habsyah, 1493–1634]. CCB Publishing. m/s 178. ISBN 978-0-9781162-1-7.
  31. ^ "...mandando-lhe dizer que aquela era a moeda que se lavrava em Portugal pera pagar páreas àqueles que as pediam aos lugares e senhorios del-rei Dom Manuel, rei de Portugal e senhor das Índias e do reino de Ormuz..." Fernão Lopes de Castanheda (1554). Historia do descobrimento e conquista de India pelos Portugueses [Sejarah penerokaan dan penaklukan Portugis terhadap]. Jilid II, m/s 211.
  32. ^ Carter, L. N. (1 Januari 1991). Persian Gulf States: Chapter 1B. The Gulf During the Medieval Period. Countries of the World [Negeri Teluk Parsi: Bab 1B. Teluk Semasa Zaman Pertengahan. Negara-negara di Dunia]. Bureau Development, Inc.
  33. ^ Alfonso mendapat jawatan sebagai gabenor: semasa melantik Wizurai Francisco de Almeida, Baginda Raja berwaad tidak akan melantik satu pun lagi selagi baginda hidup dan ia mungkin kerana baginda khuatir perkongsian kuasa yang kedudukan tersebut lambangkan.
  34. ^ Dalam awal tahun 1508, anak D. Francisco de Almeida, Lourenço de Almeida, meninggal dalam Pertempuran Chaul dan ada laporan yang berkata bahawa wizurai mereka yang bijaksana dan mulia bertukar kejam dan zalim.
  35. ^ Fernão Lopes de Castanheda (1833). Historia do Descobrimento e Conquista da India pelos Portugueses. Lisbon: Typographia Rollandiana.
  36. ^ Stephens, H. M. (1897). m/s 61–62.
  37. ^ Whitewayy, R. S. (1995). The Rise of Portuguese Power in India (1497–1550) [Kebangkitan Kuasa Portugis di India]. m/s 126. ISBN 978-81-206-0500-8.
  38. ^ Neto, Ricardo Bonalume (1 April 2002). "Lightning rod of Portuguese India [Pengalir kilat India Portugis]". MHQ: The Quarterly Journal of Military History [MHQ: Jurnal Suku Tahunan Berkenaan Sejarah Ketenteraan]. Cowles Enthusiast Media Spring. m/s 68.
  39. ^ Neto, Ricardo Bonalume (1 April 2002). "Lightning rod of Portuguese India [Pengalir kilat India Portugis]". MHQ: The Quarterly Journal of Military History [MHQ: Jurnal Suku Tahunan Berkenaan Sejarah Ketenteraan]. Cowles Enthusiast Media Spring. m/s 68. (Akhbar muka pada 20 Oktober 2006)
  40. ^ Almeida kembali ke Portugal lima hari kemudian, tetapi mati dalam pertempuran dengan Khoikhoi berdekatan Tanjung Harapan.
  41. ^ a b Andaya, B. W. dan Andaya, L. Y. (1984). A History of Malaysia [Sejarah Malaysia]. Palgrave MacMillan. ISBN 978-0-312-38121-9.
  42. ^ a b c Shastry, B. S., & Borges, C. J. (2000). Goa-Kanara portuguese relations, 1498-1763 [Hubungan Goa-Portugis Kanara, 1498-1763]. New Delhi: Concept Publishing. m/s 34–36.
  43. ^ Kerr, Robert (1824)
  44. ^ Goa Through the Ages: An economic history [Goa Merentas Zaman, Sebuah sejarah ekonomi]. 1990. m/s 220–221. ISBN 978-81-7022-226-2
  45. ^ "Commentarios do grande Afonso Dalboquerque", m/s 157
  46. ^ Sebastião Rodolfo Dalgado (1982). Glossário Luso-Asiático. Buske Verlag. m/s 382. ISBN 978-3-87118-479-6.
  47. ^ Correia, G (1923). Lendas da Índia, buku II pustaka II, bahagian I m/s 440–441.
  48. ^ Germano de Sousa (2013) História da Medicina Portuguesa Durante a Expansão. Lisbon: Circulo de Leitores.
  49. ^ "Afonso de Albuquerque, the Great | Portuguese conqueror | Britannica.com". britannica.com. Dicapai 9 Oktober 2015.
  50. ^ a b c Ricklefs, M.C. (1991). A History of Modern Indonesia Since c. 1300, 2nd Ed. [Sejarah Indonesia Moden Sejak 1300, Edisi ke-2]. London: MacMillan. m/s 23. ISBN 0-333-57689-6.
  51. ^ Bosworth, Clifford Edmund (2007). Historic cities of the Islamic world [Bandar-bandar bersejarah di dunia Islam]. BRILL. m/s 317. ISBN 978-90-04-15388-2. Dicapai 23 Ogos 2011.
  52. ^ Afonso, A. d. (1774). Commentarios do grande Afonso Dalboquerque: capitão geral que foi das Indias Orientaes em tempo do muito poderoso rey D. Manuel, o primeiro deste nome. Lisbon: Na Regia Officina Typografica.
  53. ^ de Souza, Teotónio R. (1985). Indo-Portuguese History: Old Issues, New Questions [Sejarah Indonesia dan Portugis: Masalah Lama, Soalan Baharu]. Concept Publishing Company. m/s 60.
  54. ^ Orfas del Rei, bermaksud "Yatim Raja", ialah anak yatim Portugis yang dihantar ke koloni-koloni untuk mendiami tempat itu. McDonogh, Gary (2009). Iberian Worlds (edisi berilustrasi). Taylor & Francis. m/s 167. ISBN 978-0-415-94771-8.
  55. ^ Sarkissian, Margaret (2000). D'Albuquerque's Children: Performing Tradition in Malaysia's Portuguese Settlement [Anak-anak Alfonso: Melakukan Tradisi dalam Penempatan Portugis Malaysia] (edisi berilustrasi). Percetakan Universiti Chicago. m/s 21. ISBN 978-0-226-73498-9.
  56. ^ Teixeira, Manuel (1963). The Portuguese missions in Malacca and Singapore (1511–1958) [Misi Portugis di Melaka dan Singapura (1511–1958)]. Lisbon: Agensi Luar Negara.
  57. ^ Pires, Tomé (1990). Suma Oriental of Tome Pires – 2 Jilid. Asian Educational Services. ISBN 978-81-206-0535-0.
  58. ^ a b Lach, D. F. (1994). Asia in the Making of Europe, Volume I: The Century of Discovery [Pembentukan Asia oleh Eropah, Jilid I: Abad Penemuan]. Percetakan Universiti Chicago. m/s 520–521, 571. ISBN 978-0-226-46731-3.
  59. ^ Ricklefs, M. C. (1981). A History of Modern Indonesia since c. 1300 [Sejarah Indonesia Moden Sejak 1300]. Macmillan Education UK. ISBN 978-0-333-24378-7.
  60. ^ Milton, Giles (1999). Nathaniel's Nutmeg: How One Man's Courage Changed the Course of History [Buah Pala Nathaniel: Bagaimana Keberanian Seseorang Merubah Haluan Sejarah]. London: Hodder & Stoughton. ISBN 9780340696750.
  61. ^ Mote, F. W., & Twitchett, D. C. (1998). The Cambridge history of China [Sejarah China oleh Cambridge] (Jilid 7–8). Cambridge: Percetakan Universiti Cambridge. m/s 340. ISBN 0-521-243-327, ISBN 0-521-24333-5.
  62. ^ Albuquerque, A. D. (1942). Cartas para El-Rei d. Manuel I [Persuratan kepada Raja Manuel I] (A. Baião, Penyunting). Lisbon: Livraria Sá da Costa. Surat 1 April 1512.
  63. ^ Rogers, Francis M. (1962). The Quest for Eastern Christians [Pencarian Kristian Bawah Angin]. Percetakan Universiti Minnesota. m/s 1. ISBN 978-0-8166-0275-9.
  64. ^ Newitt, M. (2005). A history of Portuguese overseas expansion: 1400-1668 [Sejarah perkembangan Portugis di luar negeri: 1400–1668]. London: Routledge. m/s 87. ISBN 978-0-415-23979-0.
  65. ^ McGregor, A. J. (2006). A Military History of Modern Egypt: From the Ottoman Conquest to the Ramadan War [Sejarah Ketenteraan Mesir Moden: Daripada Penaklukan Uthmaniyah ke Perang Ramadan]. Westport, CT: Praeger. m/s. 20. ISBN 978-0-275-98601-8.
  66. ^ Albuquerque, A. D. (1999). The Commentaries of the Great Afonso Dalboquerque, Second Viceroy of India [Ulasan Afonso Dalboquerque Agung, Wizurai Kedua India] (W. D. Birch, Penyunting). Elibron Classics. ISBN 978-1-4021-9508-2.
  67. ^ Crowley, R. (2016). Conquerors: How Portugal Forged the First Global Empire [Penakluk: Bagaimana Portugal Tempakan Empayar Raya Pertama]. London: Faber & Faber. m/s 335. ISBN 978-0-571-29090-1.
  68. ^ Sanceau, E. (1936). Indies Adventure: The Amazing Career of Afonso de Albuquerque, Captain-general and Governor of India [Pengembaraan Hindia: Kerjaya Hebat si Alfonso de Albuquerque, Kapten-jeneral dan Gabenor India] (1509-1515). London: Blackie. m/s 227.
  69. ^ Bedini, m/s 112.
  70. ^ Projecto Lambe-Lambe (tiada tarikh). "História do famoso rhinocerus de Albrecht Dürer [Kisah masyhur badak sumbu Albrecht Dürer]" (dalam bahasa Portugis). Diarkibkan dari asal Diarkibkan 2009-02-18 di Wayback Machine pada 18 Februari 2009 di Wayback Machine.
  71. ^ a b Droodkin. (2012, 9 Julai). Alfonso de Albuquerque: History Figure of the Month (July 2012). Dicapai 14 Jun 2019.
  72. ^ Rose, John H., Benians, Ernest A. & Newton, Arthur P. (1928). The Cambridge History of the British Empire [Sejarah Empayar British oleh Cambridge]. Cambridge: Arkib Percetakan Universiti Cambridge. m/s 12.
  73. ^ a b c d Muchembled, R., & Monter, W. (2006). Cultural Exchange in Early Modern Europe [Pertukaran Kebudayaan pada Zaman Awal Eropah]. Cambridge: Percetakan Universiti Cambridge. m/s 238. ISBN 978-0-521-84548-9.
  74. ^ a b Albuquerque, A. D. (1774). Commentarios do grande Afonso Dalboquerque, Parte IV (Jilis 4). Lisbon: Na Regia Officina Typografica. m/s 200–206.
  75. ^ Correian Gaspar (1860). Lendas da Índia [Cerita Legenda India] (Jilid 2). m/s 458.
  76. ^ Rinehart, Robert (1 Januari 1991). Portugal: Chapter 2B. The Expansion of Portugal. Countries of the World [Perkembangan Empayar Portugal. Negara-negara Dunia]. Bureau Development, Inc.
  77. ^ "O que sabido, na cidade se aleuantarao grandes prantos por todolas casas e ruas, poque de todos era muy amado. [Apa yang tidak disangkal, di bandar ada tangisan hebat dari semua rumah dan jalanan, kerana mereka semua sangat menyayanginya]" Corrêa, Gaspar (1860). Lendas da Índia. Percetakan Akademi Sains Diraja Lisbon, m/s 459. Diarkibkan 24 Januari 2017 di archive.org
  78. ^ "Os capitães o leuarão assy assentado na cadeira, posto sobre hum palanquim, que era visto de todo o povo...[Ketua-ketua letakkan beliau di atas kerusi, yang diletakkan di atas tandu, yang diperlihatkan oleh semua orang]" Corrêa, Gaspar (1860). Lendas da Índia. Percetakan Akademi Sains Diraja Lisbon, m/s 460. Diarkibkan 24 Januari 2017 di archive.org
  79. ^ Gereja ini kemudiannya dimusnahkan pada tahun 1811 dan 1842, "Demolida em 1811 a igreja, que se achava bastante arruinada, esteve em pe apenas o seu frontispicio ate 1842... [Gereja tersebut yang telah pun binasa, dimusnahkan pada tahun 1811, dan tinggal hanya tampak utama sahaja sehingga tahun 1842...]". Gabriel de Saldanha, M. J. (1898). História de Goa: (Política e Arqueológica), (Jilid 2: História Arqueológica). Panaji: Arkadia Timur dan Barat Goa. m/s 145–146. ISBN 81-206-0590-X.
  80. ^ "se ajuntou moltidão do povo com grandes prantos, christãos e gentios. [perkabungan rakyat disertai dengan tangisan hebat, daripada orang Kristian dan orang yang bukan.]" Corrêa, Gaspar (1860). Lendas da Índia. Percetakan Akademi Sains Diraja Lisbon, m/s 460. Diarkibkan 24 Januari 2017 di archive.org
  81. ^ "...que dizião que Deos o havia lá mister para guerras e por ysso o leuara..." Corrêa, Gaspar (1860). Lendas da Índia. Percetakan Akademi Sains Diraja Lisbon, m/s 460. Diarkibkan 24 Januari 2017 di archive.org
  82. ^ Machado, Diôgo. B. (1741). Bibliotheca Lusitana (Tomo I). m/s 23. Lisboa, Portugal: António Isidoro da Fonseca.