Cengkih (Jawi: چڠکيه) atau nama saintifiknya Syzygium aromaticum merupakan sejenis tumbuhan yang bunganya digunakan sebagai rempah sejak zaman dahulu lagi. Ia terdapat dengan banyaknya di Zanzibar, Madagascar dan Indonesia. Rempah cengkih merupakan kuntum bunga pokok cengkih yang dikeringkan. Pokok yang berasal dari Maluku, Indonesia ini turut ditanam di Madagascar, Zanzibar, India dan Sri Lanka.

Cengkih
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
S. aromaticum
Nama binomial
Syzygium aromaticum
(L.) Merrill & Perry
Sinonim[1]
  • Caryophyllus aromaticus L.
  • Eugenia aromatica (L.) Baill.
  • Eugenia caryophyllata Thunb.
  • Eugenia caryophyllus (Spreng.) Bullock & S.G.Harrison

Botani sunting

Pokok cengkih merupakan sejenis tumbuhan malar hijau yang wangi dan tumbuh setinggi 8-12m. Daun-daunnya berkeadaan lelembing dan bergagang pendek. Bunga-bunganya terhasil pada setiap hujung ranting. Kudup-kudup bunga dipetik sebelum ia sempat mengembang menjadi bunga.

Pokok cengkih ditanam sepanjang tahun dan boleh tumbuh dengan ketinggian 10-20 m, mempunyai daun berbentuk lonjong yang berbunga pada pucuk-pucuknya. Kuntum bunga pada awalnya berwarna hijau, dan bertukar merah apabila sudah mekar. Pada waktu ini, cengkih sedia dikutip jika sudah mencapai panjang 1.5-2 cm.

Di indonesia khususnya provinsi Sulawesi Utara, cengkih menjadi salah satu komoditi hasil pertanian utama.

Penanaman sunting

Pokok cengkih memerlukan iklim panas serta lembap dan hujan sebanyak 150 - 250mm dan suhu 15° - 38 °C. Tanah yang paling sesuai baginya ialah tanah gembur yang mengandungi humus dan tanah laterit.

Cara pembiakannya ialah dengan menggunakan biji benih. Biasanya anak-anak benih ditanam 1.5 hingga 2 tahun di ladang dengan jarak 5m. antara pokok. Hasil yang pertama boleh dipungut apabila pokoknya berumur tujuh atau lapan tahun. Pokok cengkih akan terus mengeluarkan hasilnya sehingga umurnya 60 tahun atau mencapai 130 tahun. Biasanya hasil setiap tahun bagi satu pokok ialah 2.7 kg.

 
Bunga cengkih boleh dituai ketika pokoknya tumbuh setinggi 8 meter lebih.

Penyakit sunting

Pokok cengkih di Lindungan (Protectorate) Zanzibar, yang merupakan asas ekonomi pulau tersebut, dan merupakan sembilan per sepuluh bekalan dunia, kini diancam penyakit mati mengejut. Pada tahun 1950, ia kini dianggarkan sekurang-kurangnya separuh pokok cengkih di Pulau Zanzibar telahpun mati akibat penyakit mati mengejut, dan di pulau Pemba terdapat sekurang-kurangnya dua ribu wabak. Pokok tersebut kini semakin merebak semakin luas sejak tarikh tersebut.

Kegunaan sunting

 
Bunga cengkih

Dalam makanan sunting

Bunga cengkih mengeluarkan aroma, digunakan sebagai rempah dalam beberapa jenis masakan dan ia boleh juga dimakan bersama daun sirih bagi menambah rasa manis dan lebih enak. Ia merupakan antara empat rempah utama dalam masakan orang Melayu iaitu "rempah empat beradik".[2][3]

Tujuan lain sunting

Minyak cengkih digunakan dalam perusahaan membuat ubat-ubatan dan minyak wangi.

Bunga cengkih antara bahan sampingan utama semasa bersirih[4] di mana bau dan rasanya yang manis melambangkan kelembutan dan kehalusan adat budaya serta tutur kata. Di sesetengah negara seperti Indonesia, cengkih dicampurkan dengan tembakau dalam suatu rokok khas bernama kretek.[1]Bunga cengkih juga mempunyai khasiat bagi perubatan seperti sakit buah pinggang,ketumbuhan,mata kabur,sakit paru-paru,sakit perut,muntah,memanaskan badan,mulut berbau dan urat saraf.[5]

Sejarah sunting

Tumbuhan ini pada awalnya hanya dapat tumbuh di beberapa pulau kecil dalam gugusan Maluku iaitu Bacan, Makian, Moti, Ternate dan Tidore.[6][7] Sebuah pokok cengkih yang tumbuh di Ternate bergelar "Afo" dipercayai pohon tertua berusia antara 350 hingga 400 tahun pada kemuncak hayatnya mencapai ketinggian 36.60 hingga 40 meter[8] dengan batang berdiameter 198 m dan keliling 426 meter menghasilkan sekitar 400 kg bunga;[9] namun pokok ini didapati tumbang tinggal tunggul sahaja pada lewat 2012.[8]

Perdagangan rempah ini dalam kalangan orang Cina memberi nama kepada rempah ini (ejaan lama: chengkéh atau tjĕngkeh, Jawi: چڠکه‎) daripada 丁香 dīngxiāng "wangian paku" kerana bentuk ia;[10] ia turut diberi nama 雞舌香 jīshéxiāng "wangian lidah ayam".[10]

Biji-biji pokok ini dipercayai dibawa seorang ahli botani Perancis Pierre Poivre pada 1770 menyinggah di jajahan Isle de France (kini Mauritius) sebelum kemudiannya ke pulau Zanzibar, kesultanan yang memerintah pulau ini menjadi pengeluar utama rempah ini beberapa abad kemudian.[8]

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Syzygium aromaticum (L.) Merr. & L.M.Perry". Rangkaian Maklumat Sumber Germplasma (GRIN). Perkhidmatan Penyelidikan Pertanian, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat. Dicapai pada June 9, 2011.
  2. ^ Nazlina Hussin (23 April 2012). "Malay Spices". Pickle and Spices World. Dicapai pada 23 Jun 2022. Unknown parameter |orig_title= ignored (bantuan)
  3. ^ Hariati Azizan (Ogo 2, 2015). "A spicy blend of tradition". Star2. The Star. m/s. 9.
  4. ^ Mahyudin Al Mudra (2001). "Tradisi Bersirih dan Nilai Budayanya". MelayuOnline. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Mei 2014. Dicapai pada 21 Mei 2014. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  5. ^ Herba Ubatan Negeri Terengganu. Kuala Terengganu,Terengganu.: Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu. 2011. m/s. 36. ISBN 978-983-43120-3-9.
  6. ^ Agung Budi Santoso (Jun 2018). "Upaya Mempertahankan Eksistensi Cengkeh di Provinsi Maluku Melalui Rehabilitasi dan Peningkatan Produktivitas". Jurnal Penelitian dan Pengembangan Pertanian. 37 (1): 26–32. doi:10.21082/jp3.v37n1.2018.p26-32. ISSN 2541-0822.
  7. ^ Turner, Jack (2004). Spice: The History of a Temptation. Vintage Books. m/s. xxvii–xxviii. ISBN 978-0-375-70705-6.
  8. ^ a b c Worrall, Simon (23 June 2012). "The world's oldest clove tree". BBC News Magazine. Dicapai pada June 24, 2012.
  9. ^ "Duh, Pohon Cengkih Tertua di Dunia Kondisinya Merana". Kompas. 4 Disember 2009.
  10. ^ a b Donkin, R. A. (2003). Between East and West: The Moluccas and the Traffic in Spices Up to the Arrival of Europeans. Philadelphia: American Philosophical Society. m/s. 20–21. ISBN 0-87169-248-1.