Borneo Dihati atau borneodihati ialah sebuah laman web perintis berteraskan "socialtainment" yang diwujudkan di wilayah Borneo.

Laman borneodihati.org dibangunkan seawal tahun 2016 oleh Laksamana Chin Hoe berserta dengan rakan-rakan dengan misi untuk berkongsi pelbagai kisah yang mempunyai nilai positif, berinspirasi serta pelbagai maklumat dan informasi semasa yang memberi fokus khusus kepada Malaysia Timur iaitu Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.[1]

Produk dan fokus penulisan sunting

Pendidikan sunting

Antara artikel awal yang banyak diterbitkan di Borneo Dihati ialah artikel berkaitan dengan kisah kejayaan generasi muda khususnya dari kawasan luar bandar serta kisah anak-anak daripada etnik minoriti yang berhasil mencapai prestasi cemerlang sehingga ke tahap Sarjana dan PhD. Antara contoh artikel yang berkaitan dengan topik ini adalah seperti kisah kejayaan wanita muda Iban yang bernama Patricia Ganing menyiapkan PhD dan kini bergelar Dr. Patricia Ganing.[2]

Khazanah Alam sunting

Makanan dan Restoran Berkonsepkan Borneo sunting

Antara topik artikel yang sering kali menjadi perhatian di laman Borneo Dihati adalah senarai restoran atau kafe berteraskan makanan Borneo yang terdapat di sekita Selangor dan Kuala Lumpur.

Ini kerana terdapat ramai anak-anak Sabah dan Sarawak yang menetap di Semenanjung Malaysia, sama ada mereka yang bekerja atau untuk menyambung pengajian di peringkat universiti. Oleh itu, permintaan terhadap makanan tradisi Sabah dan Sarawak adalah sangat tinggi.

Namun begitu, apa yang seringkali berlaku adalah usahawan atau peniaga dalam kalangan Sabahan dan Sarawak yang mengusahakan perniagaan restoran berasaskan makanan Borneo amat jarang dilaporkan dan mendapat liputan, membuatkan warga Borneo yang berada di Semenanjung tidak menyedari kewujudan restoran ataupun tempat makanan tersebut.

Antara restoran dan kafe yang diusahakan oleh orang-orang Borneo di Selangor dan Kuala Lumpur yang mendapat liputan di Borneo Dihati adalah seperti : [3]

  • Sarawak's Bowl
  • SALTed
  • Charlie’s Cafe
  • Restoran Pinggan Borneo
  • 7th Mile Kitchen
  • Restoran Javian Kitchen
  • Kafe Sarawak
  • Restoran Aunty Christina Laksa
  • Restoran Ah Soon Kor
  • Restoran Dapur Sarawak
  • 101 Pork Noodle
  • Mom's Cafe
  • DP Ice Cream
  • Rumah Asap Tan 16
  • Rasa Borneo
  • Warung Tribago Borneo
  • Impian Sarawak Cafe
  • Dapopuro
  • Deport Pub & Restaurant
  • Sarawak Product Pavillion
  • Dayang Sarawak Corner
  • Rumah Asap Dara Kenyalang
  • Borneo SS Wood Cafe
  • Muzzy Food Truck
  • Flying Tomato Food Truck
  • Secubits Food Truck
  • Pasar Borneo Seri Kembangan Selangor

Isu Semasa sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Sarawak Students Receive Surprise Gift From Monarch. (BruDirect.Com)
  2. ^ "Kejayaan anak Iban dapat PhD! – Dr. Patricia Ganing". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-07. Dicapai pada 2018-03-06.
  3. ^ "19 Buah Restoran Tawarkan Hidangan Sabah & Sarawak di KL & Selangor". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-08. Dicapai pada 2018-03-08.

Pautan luar sunting