Buka menu utama

British Council ialah sebuah pertubuhan Britain yang mengkhusus dalam perhubungan kebudayaan dan pendidikan. Pertubuhan ini beroperasi di lebih daripada 100 buah negara dengan tujuan mengalakkan pengetahuan yang lanjut mengenai United Kingdom dan bahasa Inggeris; mengalakkan kerjasama budaya, saintifik, teknologi and kebudayaan bersama negara tersebut; serta mengubah hidup orang ramai melalui peluang mendapat pendidikan, kemahiran, kelayakan, budaya dan masyarakat.

British Council
Ditubuhkan1934; 85 tahun yang lalu (1934)
PengasasKerajaan United Kingdom
JenisInstitusi budaya
Ibu pejabatLondon, United Kingdom
Kawasan berkhidmat
Seluruh dunia
ProdukPendidikan bahasa dan kebudayaan Britain
Orang penting
Christopher Rodrigues CBE (Pengerusi)
Sir Ciarán Devane (Pengerusi Eksekutif)
Pendapatan£973 juta (2014/5)[1]
Laman sesawangwww.britishcouncil.org
Bangunan British Council di Hong Kong

Pertubuhan ini merupakan pertubuhan amal yang didaftarkan di Great Britain dan Scotland, dan ia diuruskan di bawah piagam Diraja. Ia juga merupakan sebuah perbadanan awam dan badan awam bukan jabatan (nondepartmental public body, NDPB) eksekutif anjuran Pejabat Luar Negara dan Komanwel. Ibu pejabat pertubuhan ini terletak berdekatan Dataran Trafalgar.

RujukanSunting

  1. ^ Annual Report 2014–15, British Council.

Pautan luarSunting