Bruno Manser
Bruno Manser (25 Ogos 1954 - ) merupakan pejuang hak asasi kaum Penan di hutan Baram , Sarawak. Bruno Manser merupakan rakyat Switzerland dan datang beberapa kali ke Sarawak .
Penan
suntingTahun 1983 Bruno pernah ke Terengganu dan mengenali adat budaya orang Melayu di negeri Terengganu.
Tahun 1984 beliau menggunakan visa pelawat untuk bersama kumpulan ekspedisi ke Gunung Mulu , Miri dan ke Baram di Sarawak . Sejak itu beliau terus berminat dan terpikat dengan kumpulan Penan dan mendalami adat budaya serta nasib buruk mereka.
Beliau berjaya bertutur dalam bahasa Penan , menjiwai permasalahan orang Penan dan mengedarkan surat-surat kepada media antarabangsa dan NGO.
Orang Penan juga bertindak melalui undang-undang dan mahkamah. Beberapa pemimpin Penan telah diatur untuk menemui Ketua Menteri Sarawak dan Menteri-menteri di Kuala Lumpur.
Tangkapan pertama
suntingInspektor Lores Matios pernah menangkap Bruno Manser di Long Napir, Limbang pada 1986. Pada 10 April 1986 , Inspektor Lores Matios sedang bercuti di kampungnya di Long Napir, Limbang dan terserempak dengan Bruno Manser dan terus memberkasnya untuk dibawa ke Balai Polis Limbang. Bruno Manser tidak digari kerana tidak ada gari bersamanya.
Di pertengahan jalan , kira-kira 90 minit perjalanan ke Limbang, Land Rover yang dinaiki kehabisan minyak petrol di jambatan Wong-Fujita.Ketika pemandu mengisi minyak, Bruno Manser telah melarikan diri. Inspektor Lores Matios menjerit kepada Bruno dan melepaskan dua das tembakan amaran tetapi sudah terlambat.
Dibiarkan
suntingPolis Sarawak didakwa sengaja membiarkan Bruno Manser melarikan diri ke hutan Sarawak pada 25 Mac 1990 bagi mengelakkan tekanan antarabangsa.
Pegawai polis itu ialah Inspektor Lores Matios yang menaiki pesawat Twin Otter dari Miri ke Kuching . Bruno Manser pula bersama dengan Anja Katarina seorang aktivis alam sekitar secara kebetulan sahaja bersama dengan inspektor polis tersebut. Polis tersebut tidak mengiringi atau menangkap Bruno Manser.
Bruno Manser mungkin dapat mengecam pegawai polis tersebut kerana sebelum ini pernah menangkap Bruno. Sebenarnya Inspektor Lores Matios dalam perjalanan mengambil peperiksaan undang-undang di Kuching, Sarawak.
Ketika itu Bruno sudah mencukur jambang dan memakai kot. Oleh itu sukar untuk dicamkan. Bruno menggunakan nama Alex Betge bersama Anja dan menginap di hotel Holiday Inn Damai, Kuching. Manser dan Anja berlepas ke Kuala Lumpur menggunakan pesawat MAS MH517.
Khabar angin semakin kuat apabila Duta Switzerland Charles Steinhaeuslin membuat lawatan mengejut ke Kuching untuk bertemu dengan Ketua Menteri Sarawak , Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada 27 Mac 1990.
Liputan antarabangsa
suntingIsu kaum Penan yang dibangkitkan oleh Bruno Manser telah mendapat liputan meluas oleh media antarabangsa, NGO , persatuan anti kayu tropika dan kerajaan-kerajaan asing. Malaysia dikecam dari pelbagi sudut dan mereka bertindak tidak membeli kayu tropika.
Buku
sunting- Buku Bruno Manser : The Inside Story ditulis oleh James Richie , seorang wartawan The New Strait Times diterbitkan pada 1994.