Sultan Buisan adalah penguasa yang keenam Kesultanan Maguindanao di selatan Filipina, yang memerintah antara 1597-1619.[1][2] Ia kerap berperang melawan Sepanyol dalam usahanya membangunkan penguasaan Maguindanao atas kepulauan Visayas.[1] Selain gelaran Sultan, ia juga disebut dengan gelaran Datu,[3] Kapitan Laut,[2] dan Kaicil.[4]

Sultan Buisan
Pemerintahan1597–1619
Tempat keputeraanMaguindanao, Filipina
Mangkat1619
PendahuluGugu Sarikula
PenggantiMuhammad Kudarat
AyahandaDatu Bangkaya
BondaUmbun
AgamaIslam

Salasilah sunting

Buisan adalah anak kepada Datu Bangkaya, penguasa ketiga Maguindanao,[2] sedangkan ibunya bernama Umbun, seorang wanita dari Slangan.[5] Anak-anak lelaki Datu Bangkaya adalah Dimasangcay Adel, Gugu Sarikula dan Buisan, yang berturut-turut menjadi pemerintah selepasnya.[2] Keluarga mereka adalah keturunan dari Shariff Mohammed Kabungsuwan, seorang Arab-Melayu dari Johor yang menyebarkan Islam dan menubuhkan kesultanan di Maguindanao pada tahun 1515.[2][6][7]

Masa pentadbiran sunting

Pada masa kekuasaan Buisan, Maguindanao mewujudkan kerjasama yang erat dengan pihak berkuasa lain di pulau Mindanao, antara lain dengan para rajah dan datu daripada Buayan, Sangil (Ozamis), Tagolanda (Tagoloan), Cotabato, dan Taguima (Basilan), dalam menghadapi Sepanyol dan penduduk asli sekutunya.[8] Kesultanan Ternate juga sering saling membantu dengan Kesultanan Maguindanao dalam perang menentang Sepanyol.[8][7]

Buisan mengetuai serangan besar pertama pada tahun 1602, di mana 145 buah kapal perang menyerang Calamianes, Mindoro dan selatan Luzon.[9] Tentera Maguindanao dibantu oleh Datu Sirongan dari Buayan, serta tentera sekutu lainnya dari Ternate, Sangihe, Basilan dan Tagolanda.[9] Pada bulan Oktober 1603, Buisan kembali membawa tentera lebih daripada 1,000 orang dengan 50 kapal perang menyerang datu-datu pulau Leyte.[3] Seminggu kemudian, ia kembali lagi dan meminta para datu Leyte tersebut untuk bersekutu dengannya, dan memutuskan hubungan dengan Sepanyol.[3] Kebanyakan datu tersebut kemudian mengikat perhubungan dengannya, yang dirasmikan dengan satu upacara adat.[3]

Tetapi pada 1605, sekutu utama Buisan iaitu Datu Sirongan dari Buayan menandatangani perjanjian damai dengan Sepanyol, dan Sepanyol mengiktiraf Datu Sirongan sebagai pemerintah tertinggi Maguindanao.[3] Buisan kemudian secara berasingan mengukuhkan pertahanan dirinya sendiri di pantai Cotabato.[10] Selepas itu, tercatat bahawa Buisan masih sekali lagi memimpin pengikut Maguindanaonya untuk menyerang Leyte, Samar dan Negros, iaitu pada tahun 1608.[9]

Penerus sunting

Dari istrinya Imbang, seorang wanita dari Slangan, Buisan memiliki anak bernama Muhammad Kudarat.[5] Setelah Buisan meninggal pada tahun 1619, Kudarat menjadi penguasa Maguindanao berikutnya.[1][2]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c M.C. Ricklefs, Bruce Lockhart, Albert Lau, Portia Reyes, Maitrii Aung-Thwin (2010). A New History of Southeast Asia. Palgrave Macmillan. m/s. 165. ISBN 1137015543, 9781137015549.CS1 maint: uses authors parameter (link)
  2. ^ a b c d e f Isaac Donoso (2013). Historia cultural de la lengua española en Filipinas: ayer y hoy. Verbum Editorial. m/s. 200. ISBN 8479628138, 9788479628130.
  3. ^ a b c d e William Larousse (2001). A Local Church Living for Dialogue: Muslim-Christian Relations in Mindanao-Sulu, Philippines : 1965-2000. 4 (ed. berilustrasi). Gregorian Biblical BookShop. m/s. 69-72. ISBN 8876528792, 9788876528798.
  4. ^ IAHA Conference (1962). Biennial Conference Proceedings, Masalah 1. Philippine Historical Association. m/s. 76.
  5. ^ a b Michael O. Mastura (1984). Muslim Filipino Experience: A Collection of Essays. Ministry of Muslim Affairs. m/s. 6–7, 21.
  6. ^ Jan Gonda, penyunting (1975). Handbook of Oriental Studies. Section 3 Southeast Asia, Religions, Religionen. BRILL. m/s. 92–93. ISBN 9004043306, 9789004043305.
  7. ^ a b Heru Susetyo (2009). The journal of a Muslim traveler: Sebuah jurnal perjalanan melintasi Asia, Amerika, Eropa, & Australia. PT Mizan Publika. m/s. 7. ISBN 6028436143, 9786028436144.
  8. ^ a b Sebastian Sta. Cruz Serag (1997). The Remnants of the Great Ilonggo Nation. Rex Bookstore, Inc. m/s. 194–196. ISBN 9712321428, 9789712321429.
  9. ^ a b c Linda A. Newson (2009). Conquest and Pestilence in the Early Spanish Philippines (ed. berilustrasi). University of Hawaii Press. m/s. 147, 271. ISBN 0824832728, 9780824832728.
  10. ^ Carlos Quirino (1981). Filipinos at War. Vera-Reyes. m/s. 46.