Bukak Api merupakan filem dokumentari tahun 2000 mengenai mak nyah (transgender lelaki-kepada-wanita) yang diarahkan oleh Osman Ali. Tujuan dokumentari ini adalah untuk mendidik masyarakat tentang golongan mak nyah. [1]

Latar belakang sunting

Ketika filem ini dibuat, Osman Ali kurang dikenali sebagai pengarah di Malaysia.[1] Pekerja seks di Malaysia menggunakan frasa "bukak api" untuk merujuk kepada perbuatan seksual.[1]

Kandungan  sunting

Filem ini mengandungi beberapa elemen yang terlarang menurut undang-undang Malaysia. Elemen tersebut termasuklah penggunaan perkataan "fuck" dan kata-kata kesat yang lain, babak individu separuh bogel dan babak seks.[2] Penulis buku "The Politics of Reclaiming Identity: Representing the Mak Nyahs in Bukak Api," Andrew Hock Soon Ng berpendapat bahawa elemen-elemen tersebut mencemirkan realiti kehidupan komuniti transgender di Malaysia.[3]

Tayangan dan sambutan sunting

Penguatkuasa Kuala Lumpur mengharamkan filem tersebut daripada ditayangkan. Namun, filem tersebut dapat ditayangkan di KL Freedom Film Festival dan festival filem lain di Mesir, Perancis, New Zealand dan Singapura.[1]

Kebanyakan pengulas filem di Malaysia dan luar negara menyifatkan filem ini sebagai berani.[1]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e Hock, Google Books PT 139.
  2. ^ Hock, Google Books PT 139-140.
  3. ^ Hock, Google Books PT 140.
  • Hock, Andrew Soon Ng. "The Politics of Reclaiming Identity: Representing the Mak Nyahs in Bukak Api" (Chapter 7). In: Pullen, Christopher. LGBT Transnational Identity and the Media. Palgrave Macmillan. 29 February 2012. ISBN 0230353517, 9780230353510.