Bukit Bintang City Centre

Bukit Bintang City Centre (BBCC) merupakan projek pembangunan komersial yang dibina di bekas tapak Penjara Pudu, Kuala Lumpur. Agensi kerajaan, UDA Holdings Bhd diberi tanggungjawab untuk membangunkan tapak itu . UDA telah menyerahkan pelan induk terbaru kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Lokasinya cukup strategik kerana terletak di kawasan segi tiga emas, Kuala Lumpur. Kos keseluruhan ialah RM6.7 bilion. Kawasan seluas 7.6 hektar itu akan membabitkan pembinaan 1,100 unit kondominium, hotel, ruang pejabat dan pusat komersial. BBCC terbahagi kepada enam fasa dengan keseluruhan kawasan ruang niaga 540,000 meter persegi dan dijangka siap dalam tempoh hingga lapan tahun atau pada 2015.

60 % akan dijual kepada individu dan institusi Bumiputera seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Yayasan Pembangunan Bumiputera (YPB). 40 % lagi dijual kepada awam.

BBCC akan siap dibina sebelum pembinaan Menara Warisan 100 tingkat, Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (IFC) serta pembangunan semula Lapangan Terbang Sungai Besi.[1]

KontroversiSunting

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir mempertikaikan ura-ura UDA melantik sebuah syarikat hartanah terkemuka dari China bagi membangunkan BBCC atas alasan tiada syarikat bumiputera yang layak. Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali menggesa SPRM menyiasat pengurusan UDA Holdings Berhad kerana terdapat dakwaan penyalahgunaan kuasa membabitkan Nur Jazlan.[2][3]

Pengerusi UDA Holdings Bhd., Datuk Nur Jazlan Mohamed menjelaskan bahawa UDA Holdings Bhd sudah menjemput 14 syarikat asing dan tempatan untuk mengemukakan kertas cadangan. Malangnya 11 syarikat hadir membentangkan kertas kerja kepada Anggota Lembaga Pengarah UDA Holdings Bhd pada 7 dan 8 Mac 2011 dengan semuanya bukan milik Bumiputera sepenuhnya kecuali satu.[4]

Pada 29 Mei 2011, Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mustafar Ali menyatakan siasatan akan diteliti.

UDA tidak mahu yang terjadi kepada projek Bandar Wawasan di Kampung Baru dan Plaza Rakyat berulang. UDA Holdings mahu meminimumkan risiko kewangan terhadap syarikat dengan menjalin kerjasama dengan rakan kongsi strategik yang bertindak sebagai pelabur dan bukannya kontraktor.

Warisan Penjara PuduSunting

Penjara Pudu bukanlah bangunan warisan oleh Organisasi Pelajaran, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco). Oleh itu keseluruhan bangunan akan dirobohkan.[5]

RujukanSunting