Bukit Hijau terletak di Hutan Simpan Gunung Inas, 42 km dari Kulim dan 45 km dari Baling, Kedah. Bukit Hijau terkenal kerana adanya Lata Bukit Hijau. Lata ini telah diklasifikasikan sebagai sebagai hutan penyelidikan dan pendidikan. Dengan menggunakan jalan lama pengunjung-pengunjug perlu melalui Labu Besar dan Pekan Malau.

Jenis hutan sunting

Hutan Simpan Gunung Inas merupakan hutan Dipterokarp Pamah terletak antara 150 km hingga 200 meter dari aras laut.

Daya tarikan sunting

Lata Bukit Hijau ini mempunyai keunikan air terjun 5 tingkat yang amat mempersonakan yang dapat menarik perhatian pengunjung. Selain daripada itu pengunjung-pengunjung berpeluang melalui denai hutan sejauh 3 km melalui hutan dara menuju ke Gunung Inas yang tingginya 1454 meter. Denai-denai hutan ini juga membawa ke Bukit Hijau (8 km), 15 km ke Gunung Bintang Utara (bersempadan Negeri Perak) atau ke Bukit Baubak (15 km).

Kemudahan sunting

Beberapa kemudahan asas disediakan untuk mandi-manda, berkelah, berkhemah, trekking dan jogging. Kemudahan seperti chalet, gerai makan serta surau juga disediakan. Di sini pengunjung berpeluang bersiar-siar, mendaki gunung, melihat hidupan liar, dan arboretum untuk kegunaam pengunjung.

Flora dan fauna sunting

Terdapat pelbagai spesies flora dan fauna jenis hutan Dipterokarp Tanah Pamah seperti meranti, seraya, meranti tembaga dan meranti melantai.

Di antara haiwan yang terdapat di sini ialah gajah, harimau, tapir, kijang, lotong kekabu, tupai, dan pelbagai jenis burung liar.

Penghargaan sunting

Kawasan lata ini telah memenangi pertandingan landskap kategori pertanian/hutan anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan pada tahun 1997.

Pautan luar sunting