Bukit Kubu yang terletak di Malaysia.[1] Bukit Kubu mempunyai tarikan tersendiri yang mampu memukau para pengunjung tempatan dan luar negara dengan keindahan dan keunikannya.

Bukit Kubu
Geografi
LokasiPerlis, Malaysia
Pendakian
Pendakian pertamatidak diketahui
Laluan paling mudahmemandu, kemudian mendaki

Terdapat Hutan Lipur Bukit Kubu di kaki bukit tersebut. Bukit Kubu, merupakan satu struktur batuan seluas 12 hektar dengan ketinggian 150-200 meter dari paras laut yang kini menarik perhatian ahli geologi untuk mengkajinya.

Daripada tinggalan batu yang terdapat di bukit Kubu, bukit itu dulu pernah menjadi pulau, manakala pintu gua hari ini berada dalam lautan. Menambah keunikan Bukit Kubu, batuan yang ada hari ini terbentuk daripada kulit kerang dan sebahagiannya seperti batu karang di lautan. Terdapat tiga lubang dikenali sebagai lubang bintang di sekitar bukit itu. Lubang bintang itu dipercayai menjadi tempat jatuhnya tahi bintang kerana ia pernah ditemui bercahaya pada malam hari, malah masyarakat setempat percaya lubang itu tidak berpenghujung. Bagi mengelak individu terjatuh ke dalamnya, lubang itu kini terpaksa dipagar.

Menurut cerita orang dahulu, Bukit Kubu mendapat nama selepas dipercayai menjadi kawasan persembunyian penduduk zaman pemerintahan Kesultanan Kedah dahulu kala di mana sebuah kubu dibina di kawasan tanah tinggi yang terletak kira-kira empat kilometer dari Kuala Perlis.[2]

Menurut Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Malaysia Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Zainol Husin, Bukit Kubu adalah bukit batu kapur yang terhasil daripada longgokan tulang-tulang hidupan laut seperti ikan yang tertimbus kira-kira 250 juta tahun dahulu.


Rujukan sunting

  1. ^ The Geology and Mineral Resources of North Kelantan and North Trengganu
    Simon MacDonald
    Geological Survey Headquaters, 1967 - Geology - 202 pages
  2. ^ "Bukit Kubu tarikan Kuala Perlis". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-18. Dicapai pada 2021-08-17.