Bulmastif

baka anjing dari England, United Kingdom

Bulmastif atau bullmastiff[a] ialah satu baka anjing Inggeris daripada jenis mastif dan bersaiz besar dengan tubuh pejal dan muncung pendek. Ia dikembangkan sebagai anjing pengawal pada abad kesembilan belas melalui pembiakbakaan silang antara mastif Inggeris dengan buldog lama Inggeris yang kini pupus. Ia diiktiraf sebagai baka oleh The Kennel Club pada tahun 1924.

Bulmastif
Negara asalEngland
Trait
Berat Jantan 50–59 kg (110–130 lb)[1]
Betina 41–50 kg (90–110 lb)[1]
Tinggi Jantan 64–69 cm (25–27 in)[1]
Betina 61–66 cm (24–26 in)[1]
Bulu Pendek dan kalis cuaca
Warna
  • mana-mana cahaya warna brindle
  • merah
  • perang kekuning-kuningan
Jangka hayat 10.2 tahun
Anjing (Canis lupus familiaris)

Sejarah sunting

Asal usul bulmastif tidak jelas. Pada abad ke-18, di sesetengah kawasan di England, mastif lama Inggeris dan buldog Inggeris lazimnya dibiakbakakan secara bersilang untuk menghasilkan anjing yang sesuai untuk menjaga orang dan harta benda mereka. Menjelang permulaan abad ke-20, baka silang ini digunakan secara meluas sebagai pembantu kepada penjaga mergastua dalam pengawalan pemburuan haram.[2] Ia dibiakbakakan untuk kekuatan, saiz, dan kelajuan dengan menggunakan silangan antara buldog teguh, berat, dan agresif dari abad ke-19 dengan mastif besar, kuat, dan kurang agresif.[3] Hasilnya, bulmastif dikenali sebagai anjing malam si penjaga mergastua.

Bulmastif telah diiktiraf sebagai baka oleh The Kennel Club pada tahun 1924. Anjing perlu mempunyai sekurang-kurangnya empat generasi keturunan daripada ternakan bulmastif tanpa input daripada buldog mahupun mastif; haiwan baka silang tidak dapat didaftarkan.[2] American Kennel Club mengiktirafnya pada tahun 1934.[4] Ia diterima secara muktamad oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 1955.[5]

Pada tahun 1928, syarikat perlombongan intan De Beers mengimport bulmastif ke Afrika Selatan untuk menjaga lombong.[6]

Penampilan sunting

 
Seekor bulmastif perang kekuning-kuningan jantan
 
Seperinduk anak bulmastif
 
Anak anjing
 
Bulmastif jantan muda yang berdiri dalam pertunjukan
 
Bulmastif brindle'

Bulmastif ialah anjing besar. Betina berdiri setinggi kira-kira 61–66 cm (24–26 in) pada paras kelasa, dan biasanya berukuran seberat 41–50 kg (90–110 lb); secara purata, jantan berdiri lebih tinggi sebanyak kira-kira 3 cm (1.2 in) dan lebih berat sebanyak 9 kg (20 lb).[1]

Lapis bulu mungkin berwarna perang kekuning-kuningan, merah, atau brindle, dengan mana-mana cahaya warna; sesetengah tanda putih terhad pada dada diizinkan. Muncungnya hitam, yang menjadi lebih pudar ke arah mata.[1]

Bulmastif adalah brakisefalik, iaitu bermuka rata dan bermuncung pendek, tetapi ini tidak menjejaskan pernafasannya.[7][tiada dalam ayat yang diberikan]

Kesihatan sunting

Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 10.2 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[8]

Kebimbangan kesihatan pada baka ini termasuk displasia pinggul dan siku, atrofi retina progresif, kembung, dan kanser, dengan insiden agak tinggi bagi limfoma dan tumor sel masta.[9][10][11] Bulmastif terdedah kepada penyakit keturunan tertentu, termasuk:

  • Displasia pinggul, yang menjejaskan 24.5% individu;[12]
  • Displasia siku, yang menjejaskan 13.8% individu;[13]
  • Entropion, hipotiroidisme yang menjejaskan 2.8% individu;[14]
  • Limfoma;
  • Atrofi retina progresif ialah masalah khusus, kerana traitnya ialah trait dominan autosom. (Ini baru-baru ini telah dipersoalkan oleh satu lagi pasukan perubatan dan sesetengah bulmastif telah terbukti mempunyai gen PRA resesif autosom. Di Amerika, ini sedang disiasat oleh American Bullmastiff Health and Research Committee dan ujian DNA Optigen hanya berfungsi untuk gen dominan, jadi, ini dianggap tidak cukup pada masa ini.)[15]

Lihat juga sunting

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: بولمستيف; bahasa Inggeris: bullmastiff

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f "FCI-Standard N° 157 BULLMASTIFF" [Piawaian FCI No. 157 Bulmastif] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). 11 September 2023. Dicapai pada 8 Januari 2024.
  2. ^ a b Eric Makins ([1938]). The Bullmastiff (Inggeris). Manchester: 'Our Dogs' Publishing Co.
  3. ^ Walkey B. The Bullmastiff Fancier's Manual (Inggeris). Sechelt, British Columbia, Kanada: Coast Arts Publishing; 1992
  4. ^ Get to Know the Bullmastiff (Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 8 Januari 2024.
  5. ^ "FCI breeds nomenclature: Bullmastiff (157)". Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Januari 2024.
  6. ^ "Breed standard (Appendix A)" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Sabt.co.za. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 16 Ogos 2012. Dicapai pada 13 Januari 2024.
  7. ^ Brachycephalic dogs (Inggeris). The Kennel Club.
  8. ^ McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death". Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Springer Science and Business Media LLC. 14 (1). doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check |pmc= value (bantuan).
  9. ^ Bell J, Cavanagh K, Tilley L, Smith FWK. Veterinary Medical Guide to Dog and Cat Breeds (Inggeris). Hoboken: Teton NewMedia; 2012.
  10. ^ Edwards DS, Henley WE, Harding EF, Dobson JM, Wood JLN (2003). "Breed incidence of lymphoma in a UK population of insured dogs". Veterinary and Comparative Oncology (dalam bahasa Inggeris). 1 (4): 200–206. doi:10.1111/j.1476-5810.2003.00025.x. PMID 19379181.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  11. ^ Dobson JM (2013). "Breed-predisposition to cancer in pedigree dogs". ISRN Veterinary Science (dalam bahasa Inggeris). 2013: 1–23. doi:10.1155/2013/941275. PMC 3658424. PMID 23738139.
  12. ^ Orthopedic Foundation for Animals. "Hip Dysplasia Statistics" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Oktober 2010. Dicapai pada 13 Januari 2024.
  13. ^ Orthopedic Foundation for Animals. "Elbow Dysplasia Statistics" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 3 September 2011. Dicapai pada 13 Januari 2024.
  14. ^ Orthopedic Foundation for Animals. "Thyroid Statistics" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Mei 2013. Dicapai pada 13 Januari 2024.
  15. ^ "PRA" (dalam bahasa Sweden). Svenska Bullmastiffklubben. 6 April 2023.