Burung Hantu Punggur

(Dilencongkan dari Burung Hantu Punggor)

Burung Hantu Punggur (bahasa Inggeris: Brown Wood Owl) ialah sejenis burung hantu yang terdapat di Asia Selatan, dari India dan Sri Lanka ke Indonesia barat dan China selatan. Nama sainsnya Strix leptogrammica.[2]

Burung Hantu Punggur
Strix leptogrammica -Kakegawa Kacho-en, Kakegawa, Shizuoka, Japan-8a.jpg
Burung Hantu Punggur di Kakegawa Kacho-en, Kakegawa, Shizuoka, Jepun
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
S. leptogrammica
Nama binomial
Strix leptogrammica
Temminck, 1831

Burung hantu ini boleh digolongkan dalam dua famili utama, iaitu:

  • famili Strigidae yang merupakan kumpulan burung hantu yang lebih besar. Oleh sebab kumpulan ini merangkumi kebanyakan burung hantu, kumpulan ini juga dikenali sebagai "burung hantu tipikal";
  • famili Tytonidae.

Burung Hantu Punggur ialah burung hutan yang jarang ditemui. Burung ini bersarang di dalam lubang pokok atau pada batang pokok bercabang, dan menghasilkan dua biji telur.

Ciri-ciri fizikalSunting

 
S. l. ochrogenis di Welimada, Sri Lanka

Burung Hantu Punggur mempunyai saiz yang sederhana, antara 45 dan 57 sentimeter. Bahagian atasnya berwarna coklat tua yang rata, dengan bintik-bintik putih yang kelam pada bahunya, manakala bahagian bawahnya berwarna kuning pucat dengan jalur coklat.

Bulatan muka burung ini, yang tidak mempunyai bulatan sepusat, berwarna coklat atau seakan-akan merah, dengan tepi yang putih. Matanya berwarna coklat tua, dan lehernya mempunyai jalur yang putih. Kedua-dua jantina mempunyai ciri-ciri yang sama.

TabiatSunting

Spesies ini amat nokturnal tetapi burung hantu ini sering dapat dikesan oleh burung-burung kecil yang mengerumuninya sewaktu burung ini bertenggek di atas pokok. Burung ini makan mamalia yang kecil, burung, dan reptilia. Bunyi burung hantu ini hoohoohoohoohoohoo atau pekikan yang kuat.

RujukanSunting

  1. ^ BirdLife International (2012). "Strix leptogrammica". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN Versi 2013.2. Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa. Dicapai pada 26 November 2013.
  2. ^ ENAKMEN-ENAKMEN YANG BERKAITAN DENGAN PEMULIHARAAN DI SABAH, 1) Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997
  • Burung-burung India oleh Grimmett, Inskipp dan Inskipp, ISBN 0-691-04910-6.
  • Grimmett, Richard; Inskipp, Carol, Inskipp, Tim & Byers, Clive (1999): Birds of India, Pakistan, Nepal, Bangladesh, Bhutan, Sri Lanka, and the Maldives. Princeton University Press, Princeton, N.J.. ISBN 0-691-04910-6
  • Holt, Denver W., Berkley, Regan; Deppe, Caroline; Enríquez Rocha, Paula L.; Olsen, Penny D.; Petersen, Julie L.; Rangel Salazar, José Luis; Segars, Kelley P. & Wood, Kristin L. (1999): 96. Brown Wood Owl. In: del Hoyo, J.; Elliott, A. & Sargatal, J. (eds): Handbook of Birds of the World, Volume 5: Barn-owls to Hummingbirds: 197-198, plate 12. Lynx Edicions, Barcelona. ISBN 84-87334-25-3