Bushidō (, Bushidō) yang bererti "Jalan Para Pahlawan", ialah satu kod perilaku Jepun dan satu cara hidup yang agak menyerupai konsep kesateriaan Eropah dan konsep jawanmardi Iran. Ia berasal daripada kod moral samurai dan ia menekankan kehematan, kesetiaan, penguasaan seni mempertahankan diri dan kehormatan sehingga mati.

Samurai Jepun berpakaian baju zirah, 1860-an. Gambar oleh Felice Beato

Menurut kamus Jepun Shogakukan Kokugo Daijiten, "Bushido ditakrifkan sebagai satu falsafah (ronri) yang unik, yang tersebar di kalangan kelas pahlawan sejak zaman Muromachi pertengahan". Nitobe Inazō dalam bukunya yang berjudul Bushidō: The Soul of Japan menggambarkannya begini. "...justeru itu Bushido adalah kod prinsip-prinsip moral yang samurai dikehendaki atau diarahkan untuk mematuhinya... Kerap kali ia adalah kod yang tidak berlisan dan tidak bertulis... Ia adalah pertumbuhan organik dekad-dekad dan kurun-kurun karier ketenteraan."

Di bawah naungan Keshogunan Tokugawa, Bushido mula dirasmikan ke dalam Undang-Undang Feudal Jepun. Kod-kod kehormatan masih lagi digunapakai pada hari ini.

Sejarah perkembangan

sunting

Sejarah awal

sunting

Terdapat bukti kehadiran Bushido dalam kesusasteraan awal yang menyarankan bahawa bentuk-bentuk telah pun wujud dalam kesusasteraan Jepun dari sejarah kesusasteraan bertulis Jepun terawal. Kojiki adalah antara karya kesusasteraan tertua Jepun yang masih wujud. Ditulis pada tahun 712, ia mengandungi petikan-petikan mengenai Yamato Takeru, putera Maharaja Keiko. Ia menyediakan petunjuk awal mengenai nilai-nilai dan imej kendiri kesusasteraan ideal bushido, termasuklah rujukan terhadap penggunaan dan pemujaan pedang oleh pahlawan Jepun. Yamato Takeru mungkin dianggap sebagai ideal pahlawan Jepun yang kasar. Dia jujur dan setia, mencincang musuh-musuh bapanya "bagaikan melon", tegas tetapi masih berperasaan, sebagaimana yang dapat dilihat dalam tangisannya terhadap kehilangan isteri dan kampung halaman, dan dalam kesanggupannya untuk bertempur dengan musuh berseorangan. Paling utama, gambarannya dalam Kojiki menunjukkan bahawa ideal mengharmonikan kesusasteraan dengan ketenteraan mungkin merupakan ciri-ciri awal ketamadunan Jepun, yang menarik perhatian orang Jepun lama sebelum ia diperkenalkan dari China yang mengamalkan Confucianisme.

Pengkonsepsian awal imej kendiri "pahlawan ideal" ini dapat ditemui dengan lebih lanjut dalam Shoku Nihongi, sebuah sejarah awal bertulis Jepun yang ditulis pada tahun 797. Satu bahagian buku tersebut yang meliputi tahun 721 terkenal dengan penggunaan awal istilah 武士 (cara baca tidak diketahui disebabkan gaya kanbun; kini dibaca sebagai bushi) dalam kesusasteraan Jepun dan sebuah rujukan terhadap ideal pemuisi-pahlawan yang terpelajar. Istilah bushi memasuki perbendaharaan bahasa Jepun dengan pengenalan umum kesusasteraan Cina dan ditambah kepada perkataan-perkataan asli, tsuwamono dan mononofu.

Dalam Kokin Wakashū (awal kurun ke-10), antologi puisi diraja pertama, terdapat rujukan awal terhadap Saburau — pada asalnya satu kata kerja yang bererti "menanti atau mengiringi seseorang yang berkedudukan tinggi dalam masyarakat". Dalam bahasa Jepun, sebutan tersebut menjadi saburai. Pada akhir kurun ke-12, saburai, perkataan lama untuk samurai, menjadi sinonim dengan bushi hampir sepenuhnya dan perkataan tersebut berkait rapat dengan kelas pertengahan dan atasan dalam kelas pahlawan.

Kurun-kurun ke-13 hingga 16

sunting

Berdasarkan kesusasteraan Bushido kurun ke-13 hingga 16, terdapat banyak rujukan-rujukan kesusasteraan terhadap ideal-ideal Bushido.

Ditulis pada tahun 1371, Heike Monogatari mencatatkan pertarungan antara suku Minamoto dengan suku Taira untuk menguasai Jepun pada akhir kurun ke-12 - sebuah konflik yang dikenali sebagai Perang Gempei. Digambarkan dengan jelas dalam setiap sudut Heike Monogatari adalah ideal pahlawan yang dipupuk. Para pahlawan dalam Heike Monogatari bertindak sebagai model-model bagi pahlawan terpelajar generasi-generasi terkemudian, dan ideal-ideal yang digambarkan oleh mereka tidak dikira melampaui pencapaian. Malahan, ideal-ideal ini dikejar dengan penuh semangat oleh kelas atasan masyarakat pahlawan dan dituntut sebagai bentuk pahlawan Jepun yang sepatutnya.

Contoh-contoh lain evolusi dalam kesusasteraan Bushido kurun ke-13 hingga 16 termasuklah:

Tempoh perkembangan awal Bushido ini, seperti yang digambarkan dalam pelbagai penulisan dan kod-kod keluarga ini, telah pun membabitkan konsep-konsep kesetiaan sepenuhnya terhadap ketua, ketaatan terhadap ibu bapa dan penghormatan terhadap maharaja. Ia menunjukkan keperluan terhadap belas kasihan bagi mereka yang berada di lapisan bawahan, dan terhadap pemeliharaan nama baik.[perlu rujukan] Kesusasteraan awal Bushido selanjutnya menekankan keperluan untuk mengendali diri sendiri dengan tenang, sama rata, adil dan sopan.[perlu rujukan] Hubungan antara pembelajaran dan jalan pahlawan dinyatakan dengan jelas, seseorang adalah pasangan semulajadi kepada seseorang yang lain. Mencari kematian yang sewajarnya dalam pertempuran, demi ketua mereka, juga adalah ciri kuat dalam sejarah awal ini.[perlu rujukan]

Kurun-kurun ke-17 hingga 19

sunting

Walapun Jepun menikmati tempoh keamanan semasa tempoh Sakoku ("dasar tutup pintu") dari kurun ke-17 hingga pertengahan kurun ke-19, kelas samurai terus kekal memainkan peranan utama dalam membentuk negara. Dikatakan bahawa tempoh keamanan yang agak relatif ini membawa kepada penapisan dan formalisme Bushido yang dapat dijejaki kembali ke era feudal Jepun, atau Zaman Edo. Kesusasteraan kurun ke-17 hingga 19 mengandungi banyak idea falsafah Bushido. Ini termasuklah:

Rukun-rukun

sunting

Bushido mengembangkan dan membentuk kod samurai terdahulu, dan menekankan kehematan, kesetiaan, penguasaan seni mempertahankan diri, dan kehormatan hingga mati. Di bawah ideal Bushido, jika seorang samurai gagal mendukung kehormatannya dia dapat memperolehinya dengan melakukan seppuku (upacara bunuh diri).

Dalam satu petikan daripada buku Samurai: The World of the Warrior,[1], sejarawan Stephen Turnbull menggambarkan peranan seppuku dalam Jepun feudal:

Dalam dunia pahlawan, seppuku adalah perbuatan berani yang disanjung samurai yang tahu dia dikalahkan, dimalukan, atau dicederakan dengan parah. Ia bermaksud bahawa dia dapat menamatkan hari-harinya dengan pelanggarannya dihilangkan dan dengan reputasinya tidak hanya terjejas malah sebenarnya meningkat. Perlakuan mengerat perut membebaskan semangat samurai dalam cara yang dramatik, tetapi ia adalah cara mati yang amat menyakitkan dan tidak menyenangkan, dan kadang kala samurai yang melakukan perbuatan itu meminta rakan yang setia untuk memancung kepalanya pada saat kesakitan yang amat sangat itu.

Bushido telah diamalkan secara meluas dan ia menghairankan bagaimana membentuk kod samurai yang kekal bertahan sejak dahulu, merentasi semua latar belakang geografi dan sosio-ekonomi samurai. Samurai mewakili peratusan yang besar diangkai dari 7% hingga 10% dalam populasi Jepun, bancian pertama Zaman Meiji pada akhir kurun ke-19 mencatatkan seramai 1,282,000 orang anggota "samurai atasan" yang dibenarkan menunggang kuda, dan seramai 492,000 orang anggota "samurai bawahan" yang dibenarkan membawa dua bilah pedang tetapi tidak dibenarkan menunggang kuda, dalam negara 25 milion orang.[2]

Bahagian lain dalam falsafah Bushido meliputi kaedah-kaedah membesarkan anak-anak, penampilan dan kebersihan, dan yang paling utama, persiapan tetap untuk menghadapi mati. Seseorang mungkin dapat mengatakan bahawa pusat sebenar Bushido sebagai matlamat keseluruhan- untuk mati dengan kematian yang baik dan dengan kehormatan seseorang tidak terjejas.

Tujuh Nilai

sunting

Kod Bushido diwakili oleh tujuh nilai berikut:

-Terjemahan daripada: Random House's Japanese-English, English-Japanese Dictionary

Nilai-nilai lain yang kadang kala ditambah selain yang di atas:

Bushido moden

sunting

Sesetengah orang di Jepun dan juga di negara-negara lain masih mengamalkan nilai-nilai yang sama yang disenaraikan di atas di bawah istilah falsafah bushido moden. Idea tersebut berasal daripada fakta bahawa lelaki Jepun seharusnya menerima pakai kepercayaan dan falsafahnya dalam dunia yang sedang berubah.

Dalam satu petikan artikel tulisan James Williams yang berjudul "Virtue of the sword", penjelasan yang agak sederhana mengenai bushido moden dapat dikesan:[3]

Pahlawan melindungi dan mempertahankan kerana dia sedar akan nilai orang lain. Dia tahu bahawa mereka penting kepada masyarakat dan, sebagai balasan terhadap khidmatnya, mengiktiraf dan menghargai mereka... mengambil masa tambahan di lot-lot meletak kereta pada waktu malam untuk memastikan bahawa seorang wanita dapat masuk ke dalam keretanya dengan selamat sebelum beredar. Penglibatan harian dalam perlakuan-perlakuan sebegini adalah seumpama sebahagian daripada latihan sebagaimana masa yang dihabiskan di dojo (pusat latihan seni mempertahankan diri), dan sesungguhnya seharusnya menjadi sebab bagi masa tersebut menghabiskan latihan... Apabila berhadapan dengan seorang wanita atau kanak-kanak dalam satu situasi yang mereka mudah terdedah kepada bahaya, terdapat dua jenis lelaki: mereka yang akan menawarkan pertolongan, dan mereka yang mengambil kesempatan terhadap mereka. Dan dalam masyarakat moden, terdapat golongan yang menjijikkan yang sama sekali tidak menghiraukan pahit getir mereka!

Tokoh-tokoh utama yang dikaitkan dengan bushidō

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "excerpt from Samurai: The World of the Warrior by Stephen Turnbull". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-03-15. Dicapai pada 2007-12-14.
  2. ^ "Japan. A historical survey" Mikiso Hane
  3. ^ "excerpt of James Williams' article "Virtue of the sword"". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-12-13. Dicapai pada 2007-12-19.

Pautan luar dan bacaan lanjut

sunting
  • William Scott Wilson, Ideals of the Samurai: Writings of Japanese Warriors (Kodansha, 1982) ISBN 0-89750-081-4
  • The Message Of Master Gokurakuji--Hōjō Shigetoki (1198A.D.-1261A.D.) [2]
  • Sunset of The Samurai--The True Story of Saigo Takamori Military History Magazine [3]
  • Onoda, Hiroo, No Surrender: My Thirty-Year War. Trans. Charles S. Terry. (New York, Kodansha International Ltd, 1974) ISBN 1-55750-663-9 [4]
  • Osprey, "Elite and Warrior Series" Assorted. [6]