CLC (kumpulan muzik)

CLC (Hangul: 씨엘씨), singkatan untuk "CrystaL Clear" adalah kumpulan wanita dari Korea Selatan dibentuk oleh Cube Entertainment pada tahun 2015. Kumpulan ini terdiri daripada enam orang ahli: Seunghee, Yujin, Seungyeon, Sorn, Yeeun dan Eunbin. Elkie meninggalkan kumpulan ini pada Februari 2021.

CLC
190217 CLC No. 1 Fansign in Guro District, Seoul.png
CLC di acara peminat di Seoul, pada bulan Februari 2019
Dari kiri ke kanan: Seunghee, Yujin, Seungyeon, Sorn, Eunbin, Elkie (bekas ahli) dan Yeeun
Latar belakang
Berasal dariSeoul, Korea Selatan
Genre
Tahun aktif2015 (2015)–sekarang
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
United Cube
Laman sesawang
cubeent.co.kr/clc
Ahli
  • Seunghee
  • Yujin
  • Seungyeon
  • Sorn
  • Yeeun
  • Eunbin
Bekas ahli
  • Elkie

Kumpulan ini debut menerusi Album mini First dengan single utama "Pepe", dikeluarkan pada 19 Mac 2015 dengan lima ahli orang kumpulan: Seunghee, Yujin, Seungyeon, Sorn dan Yeeun. Selebihnya dua orang ahli, Elkie dan Eunbin, ditambahkan ke kumpulan semasa album mini ketiga mereka, Refresh, dikeluarkan pada 29 Februari 2016, walaupun Eunbin tidak ikut serta promosi sehingga perilisan album mini keempat mereka, Nu.clear, pada bulan Mei 2016.

SejarahSunting

Pra-debutSunting

Sorn merupakan pemenang musim pertama K-Pop Star Hunt pada tahun 2011 dimana beliau kemudiannya menjadi pelatih dibawah Cube Entertainment.[1] Seungyeon dan Seunghee (dikredit sebagai Cube Girls) merupakan sebahagian daripada lagu kolaborasi bertajuk "Perfume" oleh Yoseob dari Beast untuk Projek Suara Cube yang dikeluarkan pada tahun 2013.[2] Seunghee bersama Sungjae dari BTOB mengeluarkan runut bunyi "Curious" untuk drama Plus Nine Boys pada tahun 2014.[3] Seunghee juga muncul dalam video muzik BTOB, "2nd Confession" dan "The Winter's Tale". CLC juga mengambil bahagian di dalam video muzik G.NA untuk lagu "Secret" dan berperanan sebagai penari latar belakang semasa persembahan pentas dalam rancangan muzik. Seungyeon, Yujin dan Yeeun juga muncul dalam video muzik BtoB untuk lagu "Beep Beep" sebagai penari.[4] Kumpulan ini mula mendapat perhatian pada tahun 2014 kerana persembahan jalanan bukan keuntungan mereka untuk membantu kanak-kanak kurang upaya.[5] Ia dipaparkan dalam dokumentari pertama mereka, "CLC's Love Chemistry".[6]

2015: Debut dengan First Love dan QuestionSunting

 
CLC pada bulan Mac 2015

CLC pada asalnya membuat kemunculan pertama dengan 5 ahli iaitu Seunghee, Yujin, Seungyeon, Sorn dan Yeeun.[7] Pada bulan Mac 2015, CLC mendedahkan teaser untuk kemunculan pertama mereka dengan lagu "Pepe".[8] Mereka mengadakan persembahan pertama mereka pada 18 Mac di Hotel Acts, Seoul.[9][10] Mereka membuat kemunculan rasmi pertama mereka pada 19 Mac menerusi video muzik "Pepe" dari album mini pertama mereka, First Love. Pada hari yang sama, mereka juga membuat persembahan pertama mereka dalam M! Countdown.[11]

Pada 16 April, CLC mengeluarkan lagu single istimewa bertajuk "Eighteen".[12] Pada 17 April, kumpulan ini memulakan promosi mereka untuk "Eighteen" di dalam Music Bank.[13][14] Pada 28 Mei, CLC membuat kemunculan kembali mereka menerusi album mini kedua, Question dan mempromosi lagu utama, "Curious (Like)".[15] Mereka mengadakan persembahan kemunculan kembali mereka dalam M! Countdown.[16] Pada 10–11 Oktober, CLC mengadakan jelajah promosi luar negara pertama mereka di Malaysia bertajuk "First Love Promo Tour in Malaysia". Universal Music Malaysia mengadakan keluaran "Edisi Istimewa Asia" album Question. Album ini mengandungi lagu daripada First Love, Question dan lagu single "Eighteen".[17][18]

2016: Perubahan sebagai 7 ahli, Refresh, debut Jepun, NU.CLEAR dan ChamismaSunting

 
CLC di Pentas Muzik Asia pada 3 September 2016

Pada 24 Februari 2016, CUBE Entertainment mengumumkan bahawa CLC akan membuat kemunculan kembali pada 29 Februari menerusi album mini ketiga, Refresh dan dua ahli baru, Elkie Chong dari Hong Kong dan Kwon Eunbin, seorang pelatih Cube Entertainment yang mengambil bahagian dalam Produce 101. Menurut Cube Entertainment, Eunbin pada asalnya telah menyertai CLC pada tahun 2015 tetapi ditukarkan kembali kepada status pelatih selepas kelewatan album baru kumpulan ini. Oleh kerana sekatan kontrak Produce 101, beliau tidak akan mempromosi "High Heels" dalam rancangan muzik atau siaran lain dan babaknya di dalam video muzik dipotong. Rancangan agensi ini untuk Eunbin menyertai promosi "High Heels" jika beliau tersingkir daripada rancangan ini atau untuk menangguhkan aktiviti beliau sebagai sebahagian daripada kumpulan ini sehingga selepas promosi Produce 101 jika beliau diumumkan sebagai pemenang.[19] Pada 29 Februari, CLC mengeluarkan versi pendek video muzik "High Heels" yang memasukkan Elkie tetapi meninggalkan Eunbin.[20][21] Versi penuh video muzik yang memasukkan bahagian Eunbin dikeluarkan pada 21 Mac.[22]

CLC membuat kemunculan Jepun pertama mereka pada 13 April menerusi pengeluaran albu mini Bahasa Jepun pertama mereka, "High Heels". Album ini mengandungi versi Bahasa Jepun untuk lagu "Pepe", "First Love", "Like" dan "High Heels".[23] Pada 12 Mei, CLC melancarkan saluran Aplikasi V Naver rasmi mereka disusuli dengan siaran penampilan langsung pertama Eunbin bersama kumpulan ini.[24][25] Kumpulan ini mengeluarkan album mini keempat mereka, Nu.Clear pada 30 Mei bersama lagu utama "No Oh Oh" yang ditulis oleh Shinsadong Tiger. CLC menjalankan promosi album sebagai kumpulan tujuh ahli pada bulan Jun. Pada 27 Julai, CLC mengeluarkan EP Bahasa Jepun kedua mereka, Chamisma.[26]

2017: Crystyle dan Free'smSunting

 
CLC di showcase album mini Crystyle pada 17 Januari 2017.

Pada 17 Januari 2017, CLC mengeluarkan album mini kelima mereka, Crystyle.[27] EP ini mengandungi enam lagu termasuk lagu utama "Hobgoblin" (도깨비) yang ditulis oleh Seo Jae-woo, Big Sancho, Son Yeong-jin dan Hyuna. Crystyle menduduki tempat keenam di dalam carta Album Dunia Billboard manakala lagu "Hobgoblin" menduduki tempat keempat di dalam carta Jualan Lagu Digital Dunia.[28] CLC mengeluarkan album mini keenam mereka, Free'sm pada 3 Ogos. Ia mengandungi enam lagu termasuk lagu utama, "Where Are You?" (어디야?).[29][30][31]

2018: Black DressSunting

 
CLC di K-POP Sharing Festival pada bulan April 2018.

Kumpulan ini mengeluarkan lagu "To The Sky" pada 1 Februari 2018 sebagai lagu pra-pengeluaran dari album mini mereka yang akan datang.[32][33] Kumpulan ini mengeluarkan album mini ketujuh mereka, Black Dress pada 22 Februari.[34] CLC mengadakan konsert ulang tahun ketiga mereka "Black Dress" pada 1 April. Ia adalah konsert amal berasaskan derma di mana para peserta membuat sumbangan kepada Diabetes Association.[35] CLC mengadakan konsert CLC Live Show In Hong Kong 2018 - Black Dress mereka di Macpherson Stadium di Hong Kong pada 20 Julai.[36]

Pada 17 November, CLC dilantik sebagai duta besar untuk "Korea Insulin Dependent Diabetes Association".[37]

2019: No.1, Me dan DevilSunting

Pada 30 Januari 2019, CLC mengeluarkan album mini kelapan mereka No.1, dengan single utama "No".[38] "No" dihasilkan bersama dan ditulis bersama oleh rakan label Jeon So-yeon dan ditulis bersama oleh ahli Yeeun.[39] No.1 memulakan debutnya di No 5 di Billboard's World Albums chart.[40] Pada 12 Februari, CLC memperoleh kemenangan program rancangan muzik pertama di The Show untuk single.[41] "No".

Pada 29 Mei, kumpulan ini mengeluarkan "Me" sebagai single digital. Lagu itu ditulis bersama oleh ahli Yeeun.[42][43]

Pada 6 September, CLC mengeluarkan single digital keempat mereka "Devil", dengan Yeeun sebagai menyumbang lirik.[44]

2020-sekarang: "Helicopter" dan Elkie meninggalkan kumpulanSunting

Pada 1 Mac 2020, Billboard melaporkan bahawa single "Me" dan "Devil" memulakan debutnya di nombor 5 dan 7, masing-masing di US World Digital Songs chart, beberapa bulan selepas perilisan rasmi mereka dengan "Me" menjadi yang kedua lagu terlaris minggu itu hanya selepas "Black Swan" dari BTS.[45]

Pada 13 Ogos 2020, Cube Entertainment mengumumkan bahawa CLC akan membuat comeback pada 2 September 2020, hampir setahun setelah perilisan terakhir mereka.[46] Pada 20 Ogos, CLC mengeluarkan logo baru, monogram yang lebih sederhana dan matang dengan huruf 'L' bergaya untuk kelihatan seperti '7' terbalik merujuk kepada tujuh orang ahli.[47] Pada 21 Ogos, Dive Studios mengumumkan bahawa kumpulan ini akan menjadi tuan rumah podcast musim ketiga Idol 42, mengikuti CIX dan Verivery, mulai 27 Ogos. Pada 2 September, CLC mengeluarkan single "Helicopter." Digambarkan sebagai "trap pop dan EDM powerhouse song", "Helicopter" ditulis bersama oleh ahli Yeeun.[48]

Pada 17 September 2020, CLC mengeluarkam video promosi bekerjasama dengan daerah Seongdong-gu, untuk mempromosikan pertumbuhan semula kota di daerah itu.[49]

Pada 25 Disember 2020, Elkie mengirim notis undang-undang kepada Cube Entertainment yang meminta penamatan kontraknya. Dia mengatakan bahawa dia belum dibayar untuk kegiatan lakonannya, dan bahawa Cube Entertainment telah menghentikan "sokongan pembangunan" mereka terhadap CLC, sehingga masa depan kumpulan itu ditangguhkan.[50]

Pada 3 Februari 2021, Cube Entertainment mengesahkan Elkie meninggalkan kumpulan ini, dan kontraknya dengan syarikat itu telah ditamatkan.[51]

AhliSunting

Ahli Pengenalan ringkas
  Seunghee
(승희)
  • Nama penuh: Oh Seung-hee (오승희)
  • Tarikh lahir: (1995-10-10) 10 Oktober 1995 (umur 25)
  • Tempat lahir:   Gwangju, Korea Selatan
  Yujin
(유진)
  Seungyeon
(승연)
  • Nama penuh: Jang Seung-yeon (장승연)
  • Tarikh lahir: (1996-11-06) 6 November 1996 (umur 24)
  • Tempat lahir:   Gyeonggi, Korea Selatan
  Sorn
(손)
  • Nama penuh: Chonnasorn Sajakul (ชลนสร สัจจกุล)
  • Tarikh lahir: (1996-11-18) 18 November 1996 (umur 24)
  • Tempat lahir:   Bangkok, Thailand
  Yeeun
(예은)
  • Nama penuh: Jang Ye-eun (장예은)
  • Tarikh lahir: (1998-08-10) 10 Ogos 1998 (umur 22)
  • Tempat lahir:   Gyeonggi, Korea Selatan
  Eunbin
(은빈)
  • Nama penuh: Kwon Eun-bin (권은빈)
  • Tarikh lahir: (2000-01-06) 6 Januari 2000 (umur 21)
  • Tempat lahir:   Seoul, Korea Selatan

Bekas ahliSunting

Ahli Pengenalan ringkas
  Elkie
(엘키)
  • Nama penuh: Chong Ting Yan (莊錠欣)
  • Tarikh lahir: (1998-11-02) 2 November 1998 (umur 22)
  • Tempat lahir:   Hong Kong, China

Garis masaSunting

DiskografiSunting

Album mini Korea

  • First Love (2015)
  • Question (2015)
  • Refresh (2016)
  • Nu.Clear (2016)
  • Crystyle (2017)
  • Free'sm (2017)
  • Black Dress (2018)
  • No.1 (2019)

Album mini Jepun

  • High Heels (2016)
  • Chamisma (2016)

FilemografiSunting

Rancangan realitiSunting

  • CLC's Love Chemistry (2015)
  • CLC's Queen's Game (2015)
  • CLC's Beautiful Mission (2015)
  • CLC Is (2016 – 2017)
  • PRODUSORN (2017–sekarang)
  • CLC's Cheat Key (2017–sekarang)
  • Doom-CLC, Doodoom-CLC (2018)
  • Seongdong-gu Resident CLC (성동구민 씨엘씨) (2018)[52][53]

Pautan luarSunting

RujukanSunting

  1. ^ "Sorn, The Rising K-Pop Star From Thailand". Hype. 20 Julai 2012. Dicapai pada 19 Mac 2015.
  2. ^ "B2ST's Yoseob and Cube Girls release "Perfume"". 30 April 2013. Dicapai pada 19 Mac 2015.
  3. ^ "Melon Music "Curious" song page". Melon Music. Dicapai pada 6 Jun 2015.
  4. ^ "Cube to Debut New Girl Group CLC in Mid-March". Mwave. Mac 3, 2015. Dicapai pada Mac 19, 2015.
  5. ^ "(ko)실검보고서, '착한 버스킹' 독자노선 걷는 씨엘씨, 성공할까?". 18 Mac 2015. Dicapai pada 23 Mac 2015.
  6. ^ Lee, Jeong-hyun (13 Mac 2015). "큐브 새 걸그룹 씨엘씨, 리얼다큐 '러브 케미스트리' 2화 공개". Sports Hankooki (dalam bahasa Korea).
  7. ^ Ahn, Woorim (9 Mac 2015). "CLC To Debut Next Week!". BNTnews.
  8. ^ "Cube's new girl group CLC is casual and colorful in new teasers for "Pepe" debut EP". Koreaboo. 15 Mac 2015. Dicapai pada 19 Mac 2015.
  9. ^ "(ko)씨엘씨(CLC), '첫사랑처럼 순수한 다섯 소녀의 멜로디'-CLC, 'The five member's melody like a first love' (article talking about their showcase)". My Daily. 19 Mac 2015. Dicapai pada 23 Mac 2015.
  10. ^ "(ko)'데뷔' 씨엘씨 "실력 인정받고 싶어… 선배들 응원 힘 된다" - We want our skills to be recognized - Our seniors support us. The article talks about CLC having the showcase after busking in Hongdae". Sports Hankooki. 21 Mac 2015. Dicapai pada 23 Mac 2015.
  11. ^ "(ko) '엠카운트다운' 씨엘씨, 데뷔무대 성공적으로 마쳐 '기대되는 소녀들' - CLC held their debut stage in M! Countdown". Tenasia. 19 Mac 2015. Dicapai pada 23 Mac 2015.
  12. ^ You, Bin-ha (15 April 2015). "CLC Will Release Its New Song 'Eighteen,18'". BNTnews.
  13. ^ "(ko) 씨엘씨, 신곡 '에잇틴'으로 방송활동 지속 [ CLC, Single 'Eighteen' will begin promoting activities]". Yonhapnews. 16 April 2015. Dicapai pada 16 April 2015.
  14. ^ "(ko) 걸그룹 씨엘씨, 16일 신곡 '에이틴' 공개 스페셜 활동 돌입 [Girl group CLC, 16th will release special single 'Eighteen']". Naver. 15 April 2015. Dicapai pada 15 April 2015.
  15. ^ "(ko) 씨엘씨(CLC), 28일 초고속 컴백 확정..티저 속 '여름 소녀' 변신 [ CLC, on the 28th will comeback...the teaser shows the transformation of the girls as Summer Girls]". TheStar. 20 Mei 2015. Dicapai pada 20 Mei 2015.
  16. ^ "CLC Transforms into Adorable Girls in Love for "Like" MV". Soompi.
  17. ^ Ahn, Woorim (8 Oktober 2015). "CLC To Begin Its Promotions in Malaysia". BNTnews.
  18. ^ "CLC Reveal Deatails For 'First Love' Promotional Tour In Malaysia Next Month". KpopStarz. 17 September 2015.
  19. ^ Kim, Jin-seok. "큐브 측 "권은빈 출연 분량 M/V 다 들어낸다"[공식]". Ilgan Sports. DramaHouse & J Content Hub Co.,Ltd. Dicapai pada 1 Mac 2016.
  20. ^ Kim, Ye-na. "[핫100신곡] 앙큼한 씨엘씨, 하이힐신고 더 '예뻐지게'…미완성 7인조". TV Report. TV Report. Dicapai pada 1 Mac 2016.
  21. ^ Seon, Mi-gyeong. "[한밤의 신곡] 씨엘씨, 리즈 찍은 앙큼돌의 여자 공감송..'예뻐지게'". OSEN. OSEN. Dicapai pada 1 Mac 2016.
  22. ^ "CLC Reveals "High Heels" MV That Includes Kwon Eunbin From "Produce 101″". soompi. 21 Mac 2016. Dicapai pada 25 Mac 2016.
  23. ^ Choi, Na-young. "씨엘씨, 한일 동시 프로젝트 가동..4월 日미니음반 발매". Osen. Dicapai pada 4 Mac 2016.
  24. ^ "CLC Official V App Channel". Naver. Dicapai pada 12 Mei 2016.
  25. ^ Yoon, Sung-yeol (12 Mei 2016). "Produce 101's Kwon Eun Bin Joins CLC".
  26. ^ "CLC JAPAN 2nd mini アルバム『チャミスマ』発売決定!!". 16 Jun 2016.
  27. ^ Moon, Wan-sik (4 Januari 2017). "씨엘씨, 'CRYSTYLE'로 17일 컴백..걸그룹 대전 합류". Star News. Naver. Dicapai pada 4 Januari 2017.
  28. ^ Benjamin, Jeff (26 Januari 2017). "CLC Debut on World Digital Song Sales & World Albums Charts Thanks to 'Hobgoblin'". Billboard. Dicapai pada 9 Julai 2017.
  29. ^ Hong, Se-young (17 Julai 2017). "CLC, 8월 컴백 씨엘씨, 티저 공개… 몽환美 뿜뿜". Sedaily. Dicapai pada 27 Julai 2017.
  30. ^ Lee, Ha-na (28 Julai 2017). "씨엘씨(CLC), 여섯 번째 미니앨범 'FREE'SM'트랙리스트 공개". Sedaily. Dicapai pada 3 Ogos 2017.
  31. ^ Chang, Dong-woo (3 Ogos 2017). "Girl group CLC goes retro R&B with new EP 'Free'sm'". Yonhap. Yonhap News Agency. Dicapai pada 4 Ogos 2017.
  32. ^ POP, 헤럴드 (29 Januari 2018). "CLC, 대국민 응원송 '투 더 스카이' 티저 공개 '무한 긍정송'" (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 29 Januari 2018.
  33. ^ "[단독] '비투비 여동생' 씨엘씨, 2월 가요대전 합류.."컴백 준비"" (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 4 Februari 2018.
  34. ^ [공식입장] 씨엘씨, 2월 22일 컴백 확정 (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2018-02-09.
  35. ^ 데뷔 3주년, 기부 콘서트, 씨엘씨 마음 (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2018-03-22.
  36. ^ "CLC to Hold 'Black Dress' Live Show in Hong Kong this July". Dicapai pada 2018-07-17.
  37. ^ "CLC, '한국소아당뇨인협회' 홍보대사 표창장 수상.."환우에게 더 많은 관심을"". Heraldpop. 19 October 2018.
  38. ^ "[퇴근길 신곡] "I Love Me"....CLC, 가장 CLC다운 당당 자신감 'NO'". Osen. 30 January 2019.
  39. ^ "CLC, 오늘(30일) 'NO.1' 발매‥(여자)아이들 소연 작곡[공식]". Heraldpop. 30 January 2019.
  40. ^ "CLC Score Best U.S. Sales Week Yet, First Top 5 Entry on World Albums With 'No.1'". 2019-02-08. Dicapai pada 2019-02-08.
  41. ^ "'더쇼' CLC, 'NO'로 첫 1위.."팬들 감사" 눈물 [★밤TView]". entertain.naver.com (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2019-02-12.
  42. ^ ME – Single by CLC (dalam bahasa Inggeris), dicapai pada 2019-05-31
  43. ^ "CLC Are All About the Beautiful 'ME' in Captivating New Music Video: Watch". Billboard. Dicapai pada 2019-05-31.
  44. ^ "CLC Warns Against the 'Devil' in New Single: Watch the Music Video". Billboard. Dicapai pada 2019-09-08.
  45. ^ "CLC Land Two Hits on World Digital Song Sales Chart". Billboard. 2020-03-01. Dicapai pada 2020-03-02.
  46. ^ "[단독] 씨엘씨, 9월 컴백 확정…'굿걸' 활약 이어 출격". n.news.naver.com (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2020-08-28.
  47. ^ "CLC, 컴백 앞두고 커버 영상 시리즈 공개..'체셔' 위한 깜짝 선물". n.news.naver.com (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2020-08-28.
  48. ^ "CLC, '헬리콥터' 오디오 티저 오픈..방탄소년단 작곡가 참여로 기대감 UP [공식]". 다음 연예 (dalam bahasa Korea). 2020-08-27. Dicapai pada 2020-09-02.
  49. ^ 임화섭 (2020-09-17). "Girl group CLC releases promotional video for urban regeneration in Seongdong-gu, Seoul". 연합뉴스 (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2021-01-01.
  50. ^ "CLC 활동 힘들어지나…엘키 "스스로 답답했다" 의미심장 자필편지". 스포티비뉴스 (dalam bahasa Korea). 2020-12-31. Dicapai pada 2020-12-31.
  51. ^ "[전문] 엘키, CLC 탈퇴한다". Mydaily (dalam bahasa Korea). 2021-02-03. Dicapai pada 2021-02-03.
  52. ^ "CLC, 자급자족 리얼리티 '성동구민 CLC' 선보인다…생생한 일상 오픈". Xportsnews. 26 October 2018.
  53. ^ "CLC, Moving from Cheongdam-dong→Seongsu-dong. 'Seongdong-gu Resident CLC' Reveals Their New Home". Star News. 31 October 2018.